Friday 3 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam semua,

Sempena raya aidiladha yang bakal menjelma, so ainie nak ucapkan selamat hari raya, mohon maaf andai ada yang terasa..

Semoga raya ini lebih bermakna...

Kenapa Hari Raya ini disambut?

Hari Raya Aidiladha disambut oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan ibadah Haji. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana umat Islam yang mampu untuk mengerjakan ibadah korban boleh berbuat demikian dengan menyembelih haiwan seperti unta, lembu, kambing dan juga biri-biri (ikut kemampuan masing2)

Ibadah korban dijalankan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail A.S kerana patuh dan taat kepada perintah Allah S.W.T. Namun, berkat kesabaran, ketaatan dan kecintaan yang tinggi pada Allah, maka Allah telah menggantikan dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahi bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini dirakamkan di dalam surah di bawah,


" Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." Surah As-Soffaat: 101 - 108


Selain bercerita tentang pengorbanan, korban , taat dan sabar pada jalan Allah, ia juga menyaksikan sedekah dan amal jariah yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah kerana, daging korban yang ada akan diagih-agihkan pada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi golongan yang difikirkan perlu. 


Semoga segala amalan dan ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.




Salam AidilAdha, 
Ainie.Humpis

No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...