Friday 6 February 2015

Kencing Kotor

Salam semua,

Hai, today entry nak share pasal Kencing Kotor, penyakit yang selalu melanda perempuan yang preggy ... huhuhuhu....

Ainie jugak tak terlepas terkena penyakit ini... huhuhu

Alhamdulillah, ainie check baru2 nie, kadar kencing kotor dh menurun.. Semoga after a week consume ubat and antibiotik ainie sembuh 100%, no more kencing kotor...

Nak tahu ape itu kencing kotor ?

Menurut blog Dr Zubaidi, Kencing Kotor atau Urinary Tract Infection merupakan satu penyakit melibatkan jangkitan kuman di pundi kencing, ginjal, salur kencing urether dan saluran kencing urethra.

Jangkitan ini ini terjadi berikutan kuman yang datang dr faraj, kulit dubur atau lubang dubur. Kuman akan bergerak dr urethra dan pergi ke buah pinggang dan akan mengakibatkan radang pada buah pinggang dan seterusnya membengkak.


Cara pencegahan :

1) kena make sure semua wanita basuh bersih2 kemaluan dan pastikan mengamalkan amalan kebersihan yang tinggi.

2) Kalau nak lap kemaluan, jangan mula dr dubur dan ke kemaluan, sebaiknya lap sehingga kering kemaluan barulah lap dubur, ini kerana apabila kita lap dr dubur ke kemaluan, maka kuman akan mengikut dan mengakibatkan kencing kotor.

3) Selepas mengadakan jima' atau hubungan seks, pastikan anda kencing bagi mengeluarkan kuman yang sedang merebak.


Tanda2 anda dijangkiti Kencing Kotor :

Sebelum ainie jelaskan dengan lebih mendalam, untuk pengetahuan semua, setiap wanita mungkin mengalami simptom2 yang berbeza, tidak semestinya kita tidak mengalami simptom2 yang disenaraikan di sini kita tidak mengalami kencing kotor. Hati - hati ya. 

1) Kencing rasa "terbakar" ini disebabkan pengecutan pundi kencing yang mengalami keradangan ketika menolak air kencing keluar menyebabkan rasa sakit.

2) Kerap kencing atau mengalami kencing tak lawas, selepas kencing terasa nak kencing lagi.

3) Air kencing bewarna pekat dan bercampur darah.

4) Merasa sakit di bawah abdomen.

5) Demam dan seram sejuk.


Mengapa WaniTa Hamil Lebih Kerap Kena ?

Pertama disebabkan perubahan hormon di dalam tempoh kehamilan . Ini kerana semasa tempoh kehamilan perubahan hormon menyebabkan kekuatan otot salur kencing dan pundi kencing lemah, seterusnya meregang dan melambatkan pengeluaran air kencing.

Pada masa yang sama juga, rahim membesar dan menekan salur kencing hingga menyebabkannya tersekat.

Apabila ini terjadi, maka pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis lalu mengeluarkan air kencing secara keseluruhannya dan meninggalkan sisa air kencing di dalam pundi kencing dan ini memudahkan kuman di pundi kencing membiak.

Dan seterusnya , air kencing wanita hamil lebih tinggi kandungan asid dan gula dan ini menyebabkan kuman lebih mudah untuk membiak.

Rawatan Kencing Kotor...

Selalunya doktor akan memberikan antibiotik, untuk tempoh seminggu, haruslah dihabiskan walaupun demam atau sakit perut sudah berkurangan.

Lagi satu, banyakkan minum air masak, atau air putih untuk membantu mengeluarkan kuman yang terdapat di dalam pundi kencing .

Cara Mencegah :

1) Larutkan satu sudu kecil baking soda ke dalam air, dan minum setiap 6 jam bagi menawarkan asid di dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

2) Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.

3) Terus buang air kecil jika berasa ingin berbuat demikian . Menangguhkan akan menyebabkan pembiakan bakteria.

4) Lap alat sulit dr depan ke belakang.

5) Pakai pakaian dalam yang diperbuat drpd kapas, dan sesuai, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

6) Tukar tuala wanita atau panty liner dengan kerap sekiranya berasa tidak selesa.

7) Buang air kecil selepas mengadakan hubungan seks.

8) Kurangkan minum minuman yang manis dan elakkan minum kaffein.

*Sumber Blog Dr Zubaidi..



Jom kita amil peduli dan amalkan sama2. Mudah2an beransur pulih..

Amiiinnn...

Salam kasih,
Ainie.Humpis







RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...