Tuesday 10 April 2018

Stay Positive

Salam semua, and especially mommies yang baca blog ainie nie.

Terima kasih, terima kasih kerana sudi baca post2 ainie. hihi kadang2 kita dihimpit badai sampai rasa nak lemas dah, nyawa dh dihujung tanduk, tapi Allah bantu kita di saat2 kita rasa dah tak harapan dah untuk meneruskan hidup....

Allahu, padahal ada 3 orang permata yang perlu dijaga seeloknya, ada seorang suami yang perlu dikasihi... Betapa rapuhnya jiwa dan iman ketika itu hanya Allah yang tahu....

nak tahu ape aini buat tuk bangkit ?
.
Pertama,
Cuba meletakkan diri dan bandingkan diri kita dengan orang yang kurang atau lebih susah dari kita. Yang terima ujian yang lagi berat dari kita, macam orang-orang yang keluar dekat TV3 tue, alamak lupa la, dia punya tajuk. huhuhuh

Di dalam kita susah, kita masih ada beras utk dimasak, dalam kita susah kita masih ada nugget untuk digoreng, dalam kita susah , kita masih ada telur untuk digoreng, dalam kita susah, kita masih ada sirap untuk dibancuh tika tekak minta diisi. Nikmat ape lagi yang engkau dustakan , Allahuakhbar...... memang terduduk....

Orang lain, tak de beras, orang lain tak de lauk, orang lain tak sirap. Ape lagi yang kau mahu Ainie??? huhuhuu kita mahukan ape yang bukan milik kita kan ? kita nak ape yang kita tak de, kita tak syukuri ape yang kita miliki....
.


Ihsan Mr Google 

Allahuakbar, di dalam masa Allah berikan kita nikmat lain, kita mengeluh ? Apekah kita akan bersyukur andai nikmat yang kita minta Allah kabulkan ? 
Teringat Ainie kisah yang suami ceritakan, Kisah ini kisah benar. Begini kisahnya, ada seorang ustaz berceramah ke satu tempat, dan di situ beliau terjumpa seorang orang kampung yang rajin solatnya, solat di masjid, banyak amalnya, bersedekah, telah berkahwin agak lama, tetapi tidak dikurniakan anak. Ustaz bingung, kenapa orang soleh tidak dikurniakan zuriat oleh Allah dan tidak mempunyai harta yang banyak (agak susah)Tetapi fikiran ustaz dibiarkan begitu sahaja. Sehinggalah suatu hari, beliau bersama orang soleh itu menaiki kereta untuk ke satu tempat, dan ........

Beliau sungguh terkejut di sepanjang perjalanan , orang soleh itu tadi asyik marah2 dan bersifat panas baran. 

Allahu, ustaz terfikir, andai Allah memberikan nikmat kemewahan , nikmat zuriat, nikmat mempunyai kenderaan, agak2 bagaimana sikap dan reaksi orang soleh itu tadi ? 

Kadang2, apa yang kita miliki, membuatkan iman kita makin bertambah, sebenarnya kita makin dekat dengan Allah, sebab kita pasti akan solat, kita pasti akan berdoa, dan amalan-amalan ini yang akan buatkan Allah ada dalam jiwa kita. 

Kenapa Allah membiarkan kita dalam keadaan sekarang, kerana Dia lebih tahu andai lebih banyak nikmat yang diberikan kita menjadi alpa dan lupa padaNya. Jadi untuk ape Allah berikan ape yang kita mahu , sedangkan kita akan engkar padaNya. Itulah indahnya perjalanan kita sebagai manusia. Ape yang penting, serahkan semuanya , semua sekali pada Allah.Barulah hati akan berasa lapang, walaupun kita mungkin punya duit yang cukup2, anak yang ramai. Yang pasti, kita dan anak2 kita tak pernah tak cukup makan dan pakai kan ?

Okaylah, jumpa lagi next entry....

Ainie nak share tentang lain2 plak. especially kehidupan. 

Salam kasih, 
Ainie 
XOXO

Monday 9 April 2018

Salam Tahun 2018

Assalammualaikum semua.

.
Allahu, lama betul tak bersiaran kan.. huuhuu maafkan sistur, agak bz skit dengan anak 3 orang.. phewwww hanya Allah yang tahu, dan tahun 2017 adalah tahun yang sgt mencabar, sukar buat ainie sekeluarga..
.
Macam2 Allah timpakan ujian buat keluarga kecil kami. Tapi syukur sangattttt sebab di dalam Allah mencelup kami dalam ujian , tetap Allah berikan kami ganjaran kesenangan dan jalan keluar di akhir ujian yang kami hadapi.
.
Sungguh, ianya sukar buat ainie.. but Allah jualah tempat kita memohon pertolongan. Masa inilah doa kita kirimkan banyak-banyak pada Allah dengan harapan Allah akan makbulkan doa kita dalam masa sekelip mata, tapi kita silap.....

Allah lebih mengetahui bila masa, bagaimana dan atas tujuan ape pertolongan Allah akan sampai pada kita. Hari ini kita rasa duitlah segala-galanya, duitlah yang mampu mengeluarkan kita dari kesusahan, dari susah hati, dari beban hutang, dari fitnah masyarakat, tapi.... kita silap.....

Duit bukanlah segala-galanya... duit hanya sampingan.... yang penting bagaimana kita mengukir doa agar jalan penyelesiannya kita temui.

ehhhh... tak mo la sedih2 sangat.ini kan first post tuk tahun 2018.. kihkih..

So kita nak chill supaya dapat motivasikan hidup kita.
.
Next entry ainie share ape yang membuatkan ainie bangkit dr kejatuhan ainie. Jatuh bukan skit, tersungkur habis..

Nah... ainie belanja dulu gambar permata hati ainie. dan inilah salah satu big why kenapa ainie terus teguh berdiri. Luv you all...


Ammar Husien ~ 2 tahun 11 bulan (nak masuk 3 tahun 20 April 2018)



kakak Aisyah Safiyya dan Ammar Husien. 


Baby Auni Fatihah bersama Tok Ayah. :)


Salam Manis, 
Ainie Humpis



RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...