Friday 23 January 2015

Umma Lacto Review

Salam semua,


Salam hari jumaat yang indah, moga semuanya sihat dan dalam lindungan Allah S.W.T.  Hari ini ainie nak review pasal produk Umma Lacto from Legacy Secret.

Ainie ada cerita skit pasal Umma Lacto dekat previous entry. So, kali ini ainie nak share mengenai keadaan selepas consume Umma Lacto almost 1 week.

So , this is the result.


1. Badan ainie dulu before consume Umma Lacto every morning, badan letih jew, since minum Umma Lacto, Alhamdulillah, dengan iziNya badan ainie jadik bertenaga dan tak lesu seperti sebelum ini.

2.Alhamdulillah proses penyahtinjaan (poo poo) pun senang. Normally kalau pregnant kan kita consume Iron Tablet, bila makan iron table nie, dia akan membuatkan sembelit sebab serat terlampau tinggi. Sekarang tidak lagi.... (>_<)

Buat masa sekarang ini, ini sahaja yang ainie mampu share. So lepas nie, kita tunggu after ainie deliver okay... 

Mudah2an apa yang ainie impikan akan menjadi kenyataan. 

Aminnnnn....

Salam rindu, 
Ainie.Humpis

Monday 19 January 2015

Nasi Buluh Sg Klah

Salam semua,

Hai, just nak share pasal Nasi Buluh Sungai Klah. Sape pernah dengar? hehheh angkat tangan...

Okay, actually ainie pun tak tahu pasal kewujudan nasi buluh ini sampaila dia masuk TV3, heheehhe so hati kecilku ini meronta2 ingin merasa, dapat skit pun cukupla.. hehehheh

Then, nak dijadikan cerita, ainie ditakdirkan ke Sungai Klah untuk program CSR company, and program paintball. Okay bukan sesaja nak pilih tempat tue, but kalau tempat lain, dekat sgt, plus senang buat program 2 in 1.. hehehheh ada yang seronok, and ada jugak yang menerima bantuan drpd company.

Heheheh ..alhamdulilllah , Allah jualah yang sebaik2 perancang...

So meh sinie ak kongsikan beberapa gambar kenangan masa makan kat sana..

Okay this first , two pictures ainie ambik dr mr google .




Pic: Ihsan Mr Google

Nasi beralaskan daun pisang , dan di dalam buluh... heheh sebab tue la ak nak cuba, plus mengandung lagi..heheheh memang menggugat jiwa.. 



Pic : Ihsan Mr Google 

Diorang punya signage. hehehe



Nie nasik ak.. yummy, lauk macam2 hado.. lepas tue setiap hari lauk2 diorang sediakan berlainan. heheh disebabkan ak suke makan kerang n lala, so ak makan lauk nie je la.. heheheh 

Owh, ...lagi satu, lauk daging secoet tue, atas ihsan kengkawan, heehheheh at last dpt jugak makan.... hehehhehe



Ak dan juga nasi yang ak makan... yummy2 




Nie masa program CSR.. hehehehhe


Nie masa paintball.. heheheh disebabkan ak pregnant, so ak dikecualikan.. 


So , moh le kita ke Sungai Klah, tak jauh pun... heheheh sungkai je pun, dalam sejam 45 minit dr gombak.. hehehheh 

Belum cuba , belum tahu... 

hehehhe 


Salam Kasih, 
Ainie.Humpis



Tuesday 13 January 2015

Supplement 2 in 1 : Umma Lacto (Preggy dan Susu Badan)

Salam semua,

Sape nak tahu supplement yang tengah hangat diperkatakan sekarang nie.. angkat tangan . 
hehehe ainie sure mesti ramai yang ambik supplement masa pregnant untuk menambahkan tenaga serta untuk kebaikan baby yang dikandung.. Ehem2... sape pernah dengar pasal UMMA LACTO?

Ye, UMMA LACTO merupakan produk terbaru drpd Legacy Secret... 

Nie la produk dia.. 





pic : Ihsan Mr Google 

Okay, nape ainie cerita tentang produk nie, sebab ainie tgk testimoni yang diberikan memang menarik dan hati ini tertarik untuk mencubanya sebagai salah satu ikhtiar untuk ainie memberikan susu badan pada anak second.. 

Huhuhu sebenarnya berdasarkan pengalaman sebelum ni, aisyah cuma dpt minum susu badan 2 minggu jew, pastu susu kering, macam2 makan makanan yang boleh tambahkan susu badan, n minum supplement, tp nampaknya tiada kesan yang positif. T_T kalau pam 1/2 jam , huhuhu 1 oz pun susah nak dapat. 

Sedih, hancur luluh hati ini.. Sungguh nak bagi susu badan, tp itula semua ini rezeki, kalau Allah S.W.T nak bagi, melimpah ruah... tak perlu minum and ambik supplement, tp sebagai hambaNya, ainie harap dengan ikhtiar ini, ainie dpt susukan baby second yang akan lahir hujung bulan April nanti, in Sha Allah. Doakan yang baik2 ye tuk ainie n future baby. 

Okay, berbalik pada matlamat asal, gituuuu.....

Mengenai UMMA LACTO, 

ainie tertarik dengan bahan2 yang digunakan , dan yang paling penting sekali, ia merupakan minuman, heheheh ye la ainie kan takut makan ubat, dalam bentuk tablet... ahahhah klakar kan.. hurm kalau panadol siap patah dua.. adoi la tekak...sabo je la.... 

okay, ape bahan2 yang terkandung dalam umma lacto nie, 


Pic : Ihsan Mr Google 


See, ada macam2 kan, legacy secret blend it together and terhasilla umma lacto. 

drpd gambar tue, kita dpt lihat ada :


  1. Ekstrak kurma
  2. Ekstrak Halba
  3. Ekstrak Alfafa
  4. Habbatus Sauda
dan lain2 lagi, dan ainie sure sememangnya bagus untuk ibu yang ingin menambahkan susu badan, since ainie punya kes special skit, ainie beli siap2 walaupun tgh pregnant 6 months, pengambilan yang biasanya diambil waktu berpantang ini, mampu mengurangkan jaundice pada baby sekirannya diamalkan dr preggy lagi.. 

dan , ada macam2 lagi kelebihan umma lacto nie, 

antaranya, 


* membantu pengeluaran susu ibu dan perbanyakkan susu ibu
* memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
* membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
* membantu mengekalkan zat besi dan mineral yang secukupnya untuk ibu dan bayi
* membantu mengelakkan sembelit
* membantu kesihatan perut dan kolon
sebagai prebiotik ibu dan anak
* membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
* membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
* membantu mengurangkan kadar kolestrol pada badan
* membantu mengekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
* membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
* membantu mengeluarkan angin dalam badan dan  mengelakkan kembung perut 

Sekarang ada promosi, ainie beli dengan sis Umma Lacto, korang g FB search user name nie. Kakak nie pun peramah, peramah n bukan pemarah okay.. hehehhe kalau nak tahu lebih lanjut korang PM dia lelaju okay. 

Now, dia tgh buat promosi, beli 2 kotak, RM 120 aje, free postage and free sekotak .. IYE, free sekotak Umma Lacto, so, cukupla penggunaan untuk sebulan. 

MAHAL? hurm, ape salahnya invest untuk anak kita kan... Memula memang agak mahal jugak, sekotak RM 60 hengget, dalamnya ada 10 sachet, so means satu sachet costing you RM 6 hengget, tp kalau difikirkan balik, apelah sgt RM 6 hengget, ais blended , chatime boleh beli, ape salahnya untuk kebaikan ibu dan anak kan... 

Ainie nak cuba dan harap2 berhasil dengan jayanya.. Nanti ainie share lagi okay... 

Salam Kasih, 
Ainie.Humpis

Thursday 8 January 2015

2nd Pregnancy : Sungguh Mencabar

Salam semua,

hai, today nak tulis pasal second pregnancy.... Yang tgh preggy second pregnancy ataupun yang telah mengalaminya mesti setuju dengan apa yang ainie nak share ini..

Huhuhhu sememangnya second pregnancy lebih mencabar dr yang first pregnancy... Nape eak ainie cakap cam nie.. Sebab berdasarkan pengalaman dek non.... ffffuuuuhhhhhhh......

Since ainie disahkan mengandung oleh Doktor di Gombak Medical Center, pada last bulan september 2014, badan ainie nie terasa letih selalu.... dan ape yang paling memeranjatkan, selepas dua minggu pergi check doktor, jumpa balik doktor yang sama sebab kes mual , loya, and muntah yang semakin menjadi2 sampai berat berkurangan dua kilo.... huhuuuhu

Sebelum nie, masa mengandungkan aisyah, berat naik tanpa segan silu walaupun morning sickness... huhuhuu ujian.... kata mak, "Setiap anak yang kita bawa dalam rahim kita, mempunyai ragam yang tersendiri... Ape2 pun semoga urusan kelahiran anak ini dipermudahkan....

Then, yang lebih memeranjatkan ialah, ainie disahkan kencing kotor, dan disebabkan kencing kotor, ia lagi memburukkan keadaan....

So minum la air banyak2 n plus ubat cuci urine yang doktor bekalkan..Alhamdulillah, sembuh....

But , a month later, masa check up, doktor detect lagi ada kencing kotor... huhuhu ak as usual la.. cuak... sebab ada jugak bahaya yang tersendiri pada ibu hamil dan kandungannya... Susah hati sangat rasanya dapat perkhabaran itu...lalu daku terus memujuk hati untuk lebih banyak minum air, dan berdoa agar tiada apa2 yang lebih buruk berlaku....

Then , masa kandunganku mencecah 20 minggu, bleeding sedikit, cam coklat spotting kat panties, ak, ofkos tersangat cuak kuasa 16, sebab ak syg anak ini, dan ak percaya semua ibu pun begitu jua.. Kita seakan sudah kenal ngan anak kita walaupun kita tak jumpa and tgk wajah dia directly , tp ALLAH dh memberikan kita nikmat tendangan di perut..

Boleh dikatakan 24-7 dia akan bergerak... then bile tak gerak kita akan gosok2...supaya dia bergerak.....  Saat artikel ini ditulis, ak rasa dia tido tak pun rehat sebab, kemain dia buat aksi gimrama akrobatik dalam perut nie td after lunch, mungkin ak makan makanan yang menepati citarasa dia.. cheeewaaahhhhh......
hehehehheheh

Untuk second pregnancy ini, ak lebih cepat menjadi letih dan lesu.... huhu rasa nak duduk umah goyang kaki.... pleasseeee......

Tapi demimu anak2 umi, baik aisyah mahupun yang bakal lahir ini, ummi gagahkan diri untuk memberikan kamoo kemudahan yang terbaik... pakaian yang bagus, makanan yang elok...

Doakan ummi, cukup kuat ea...

Sekarang minggu ke 23, nak masuk minggu ke 24, another 16 weeks left, rasa2 cam baru semalam dpt berita pregnant kali ke-2... sekejap jew masa berlalu.....

Owh ..sebelum terlupa, since pregnant second nie, aisyah menjadi manja semacam , nak berdukung selalu, nak bermanja selalu.... Kadang2 ak rasa kesian dengan dia, kecik2 lagi dh nak jadik kakak dan berkongsi kasih, in sha Allah, ummi akan berlaku adil... Aisyah ummi sayang, adik aisyah pun ummi sayang....

Okaylah, t sambung lagi pot pet...


Salam gagah,
Ainie.Humpis

Wednesday 7 January 2015

Its New Year : 2015

Salam semua,

hai, diam tak diam almost a week kita dalam tahun baru 2015....

ye..  2015....


Adakah tahun ini bercorak abstrak... penuh dengan modenisasi dan pelbagai lagi cara hidup baru.. 


atau




2015 yang penuh dengan percutian yang mengasyikkan .... santai ...... relaks..... 


atau......




2015 yang penuh dengan bunga2 cinta..... 


Walauapapun tahun 2015 ini perjalanannya..... KITA yang mencorakkannya.... KITA nak ia sibuk...... kita sibukkan diri, kalau KITA nak ia santai dan just go with the flow.... KITA jua yang pilih, Atau mungkin kita mahukan tahun yang penuh dengan bunga2 jiwang gitu....

Semua terserah pada KITA....

Tepuk dada tanyala SELERA....yang pasti, KITA hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan ..


Bagi ainie, hanya dua harapan yang besar disandarkan pada ALLAH tahun ini, 

pertama, 

Semoga ainie selamat melahirkan seorang lagi KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini....




kedua, 

semoga kedua permata hati yang sedia dianugerahkan ini akan bertambah erat kasihnya... semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, dan bersama2 dalam meniti kehidupan yang akan datang... 

Ummi love both of you so muccccchhhhhh......

Semoga ikatan perkahwinan kita kekal until jannah...

Ammmiiiinnnnnnnnnnnnnnnn...................







All pic dari no1 - no4 is from google, yang atas from my phone.. ngeeee....

Sampai berjumpa lagi... Selamat Tahun Baru...

Salam Kasih, 
Ainie.Humpis 






Monday 5 January 2015

Perhatian : Streptokokus Kumpulan B

Salam semua,

Entry kali nie, khas buat mommies2 and mommy to be yang tgh pregnant... Satu penyakit yang dipanggil Streptokokus Kumpulan B, ataupun lebih dikenali sebagai GBS.

Jom kita kenal dengan lebih lanjut berkenaan dengan penyakit ini.

Apa itu Streptokokus Kumpulan B atau GBS ?

Salah satu daripada bakteria yang ada di dalam badan manusia. Kira2 satu pertiga daripada kita membawa bakteria ini di dalam usus kita tanpa kita sedari.

Dan, kira2 1/4 daripada wanita dewasa mempunyai bakteria ini di dalam faraj mereka dan tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana ia tidak mendatangkan simptom2 tertentu atau membawa masalah pada si pembawa.

Walaubagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku ia mampu membawa kepada penyakit yang lebih serius dan boleh membawa kematian kepada bayi yang baru lahir.

Bagaimana mengetahui bahawa saya pembawa GBS ?

Terdapat satu ujian GBS tetapi ia tidak dilakukan secara rutin semasa hamil. Selalunya, bakteria ini akan diketahui secara tidak sengaja semasa proses calitan faraj,  (Vaginal Swab) , Jangkitan ini boleh datang dan pergi, walaupun anda disahkan mempunyai penyakit ini di awal kehamilan , tetapi anda mungkin tiada jangkitan semasa di akhir kehamilan.

Sebagai wanita hamil, Info ini sgt Berguna

Kebanyakan bayi terdedah kepada penyakit ini sebelum atau selepas kelahiran tanpa sebarang kesan buruk. Apa yang pasti, kebanyakan jangkitan GBS terhadap bayi yang baru lahir boleh dicegah.

Wanita yang mempunyai risiko yang tinggi, mereka akan diberikan antibiotik intravena samada semasa hendak bersalin , ataupun selepas air ketuban mula pecah, mana yang dulu.

Perhatian, pembedahan CEASERAN tidak digalakkan untuk mencegah jangkitan GBS kepada bayi kerana ia tidak menghapuskan risiko GBS pada bayi.


Faktor Mengesan Bayi anda Cenderung Dijangkiti GBS


  1. Anda menunjukkan tanda bersalin awal, sebelum minggu ke 37 kehamilan. 
  2. Air ketuban pecah 18jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan. 
  3. Suhu badan anda naik melebihi 38 degree semasa proses kelahiran. 
  4. Sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS. 
  5. Anda didapati membawa GBS di faraj atau di dubur anda semasa kehamilan.

Bagaimana meguruskan proses bersalin dan kelahiran ?


Sekiranya anda didapati positif pembawa GBS dan berisiko tinggi, maka anda akan diberikan antibiotik intravena bermula dr tempoh proses bersalin atau apabila air ketuban telah pecah sehinggalah bayi anda dilahirkan. Bagi bersalin normal.

Sekiranya anda bersalin secara CEASARAN, antibiotik intravena tidak diperlukan melainkan jika air ketuban telah pecah atau proses bersalin telah bermula.

Sekiranya bayi anda berisiko tinggi terhadap jangkitan GBS,


  1. Dia harus diperiksa serta merta selepas kelahirannya. 
  2. Jika anda dan bayi benar2 sihat, dan mendapat rawatan penuh antibiotik intravena , maka bayi anda mungkin akan diberikan antibiotik intravena. 
  3. Jika anda berdua sihat dan tidak menerima rawatan antibiotik intravena, bayi anda akan diberikan antibiotik intravena sehingga dia benar2 sihat. 
  4. Jika anda atau bayi anda didapati dijangkiti GBS , maka dengan serta merta anda dan bayi akan diberikan antibiotik intravena.

Risiko2 rawatan 


  1. Cirit- birit atau loya
  2. Keseimbangan bakteria flora di dalam usus bayi

Tanda2 jangkitan GBS pada bayi anda 

Kebanyakan jangkitan GBS berlaku pada bayi setelah 12 jam kelahirannya, Ataupun jangkitan ini boleh diketahui semasa atau sebaik kelahirannya. Antara gejala yang ditunjukkan adalah seperti :

  1. Mendengus 
  2. Kurang menyusu
  3. Kelesuan 
  4. Cepat Meragam 
  5. Tekanan darah rendah 
  6. Suhu badan tinggi / rendah , kadar denyutan nadi / kadar pernafasan yang luar biasa.

Sekiranya anda dijangkiti GBS 

Sekiranya anda dijangkiti GBS pada kehamilan sebelum ini, atau sedang dijangkiti GBS pada kehamilan kali ini, jgn khuatir, berbincanglah dengan doktor anda tentang langkah2 yang wajar diambil bagi mengurangkan risiko2 yang leih buruk pada anda serta bayi yang anda kandungkan.

Apa2 pun ini semua rancangan dan ujian dr Allah S.W.T. Banyakkan berdoa, kerana itulah senjata orang muslim, semoga kita semua dan bayi kita sihat dan dilindungi daripada penyakit ini,

Sumber : Babycenter Malaysia

Salam kasih,
Ainie.Humpis




RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...