Wednesday 22 October 2014

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut : Perhatian ibu

Salam semua,

Ainie nak kongsikan skit berkenaan dengan penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai HFMD... huhuhu sebab aisyah kena penyakit ini,..


Harap aisyah cepat sembuh..

Okay, tentang penyakit ini,

ianya disebabkan virus yang dikenali sebagai Enterovirus. Pada tahap awal, penyakit ini tidak berbahaya, tetapi apabila sampai tahap melibatkan keradangan, itu adalah TAHAP SERIUS dan boleh membawa MAUT.




Pic : Ihsan Google (Tanda2 lepuhan dan ruam pada tangan dan kaki)


Penyakit ini tiada ubat yang spesifik, ia akan sembuh dengan sendirinya.. Doktor hanya akan memberikan ubat bg mengurangkan rengsa ulser di dalam mulut kanak2 yang dijangkiti penyakit ini.
dan juga ubat demam sekiranya pesakit demam.


Bagaimana ia menular ?

Penyakit ini menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuhan dan juga najis kanak2 itu . Selain dr itu, ia juga akan menjangkiti kanak2 melalui sentuhan pada alat permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Tanda2 anak anda dijangkiti :

1) Demam panas
2) Luka atau ulcer di mulut
3) Ruam atau lepuh pada tapak tangan dan kaki

Tanda2 kritikal :

1) Anak menjadi pasif
2) Tidak mahu makan atau minum
3) Cirit birit berterusan

Psst.. cepat2 bawa ke hospital bg tindakan selanjutnya. Virus mungkin merebak ke jantng dan jika ini berlaku ia sgt berbahaya kerana ia akan menyebabkan jangkitan pada sistem tubuh yang lain.

Langkah2 pencegahan :

1) Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

2) Kuarantinkan anak agar penyakit ini tidak menjangkiti kanak2 lain.


TIPS :

1) Bagi makanan yang lembut seperti tau fu fa dan disejukkan memandangkan ulser atau luka di dalam mulut kanak2 terbabit.


Salam kasih,
Ummi Safiya


No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...