Wednesday 29 October 2014

Buat Bondaku

Buat bondaku, 

Besarlah harapan anakandamu ini agar bonda tetap kekal kuat menghadapi setiap dugaaan yang Allah hadirkan dalam hidupmu....

Apabila Allah uji dengan hadirkan manusia yang berhati busuk, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan manusia yang bermulut puaka, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan manusia yang pandai mengambil kesempatan, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan sakit, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan mereka yang tidak memahami kamu, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah mengujjimu, 
Sedarlah Allah sgt menyayangimu.. 
Allah rindu rintihanmu, 
Allah rindu ingin selalu bersama denganmu, 
Allah rindu doamu, 
Allah rindu solatmu, 

Mungkin mereka lupa Allah sentiasa bersama dengan orang yang teraniaya, dan doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah. 

Banyakkan  berdoa bondaku....


Datanglah ujian yang bagaimana besar dan hebatnya, 
Ingatlah setiap ujian yang Allah hadirkan pasti bonda mampu menghadapinya, 
Kerana bonda masih punya Allah yang memberikan ujian mengikut kemampuan hambaNya, 
dan bonda masih ada kami, 
Kami sentiasa menyokongmu.... dan akan menyokongmu sampai bila2...
Hanya maut memisahkan kita. 







Salam manis bondaku, 
Ainie.Humpis

No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...