Monday 24 February 2014

Kudapan Ibu Bapa 1 : 22 Cara Mendidik Anak




Salam, 



Hye dearies semua.....


heheheh sehat? alhamdulillah.. Jom .. today ainie nak sharekan 22 tips untuk mendidik anak.. Hehehe ainie pun baru belajar, lets we learn together....  Jom didik dia dengan cara yang betul, moga dia membesar menjadi insan yang berguna....



TIPS MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dr lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/ anggota badan kita untuk memukul anak , nanti anak akan menjadi nakal dan tak boleh control. (Sebab tue Rasullullah nasihat gunakan benda macam rotan)

3) Rotan / Pukul anak di bahagian tapak kaki, sebab secara saintifiknya ia merangsang pengaliran darah ke otak. 

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Hurm sebab tue dalam islam digalakkan memberi nama anak yang mempunyai maksud yang baik. 

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari. Sebab ia akan merangsang IQ anak menjadi lebih kuat. Opps baru teringat, as parents, yang jugak husband and wife pun kena peluk2 ea before g keje, in sha Allah umur akan panjang. (Please note, both fakta dapat melalui kajian) 

6) Pandang anak anda dengan penuh kasih sayang, sebab ia mampu membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran yang lebih mencabar. 

7) Berikan peneguhan kepada anak anda setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Contohnya pujian, pelukan, hadiah atau sekurang2nya ciuman tanda kasih)

8) Jangan mengharapkan anak anda yang belum matang untuk melakukan kebaikan secara berterusan. Sedangkan kita juga melakukan kesilapan. 

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah antara kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Kerana kerja boleh dicari dan diselesaikan, tp keluarga, SATU, and that it is, can not mix and match and even replace it with a better one, sebab siapa yang hadir sebagai keluarga kita, itulah kurniaan terhebat Allah pada hambaNYA. 

10) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tidak akan anda dengari lagi pada masa akan datang. 

11) Jangan pernah MENGELUH selama mana anda membesarkan anak anda, keluhan akan membuatkan anak2 terasa mereka sebagai beban. 

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. 

13) Ajari anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri, mereka akan menirunya. 

14) Buatlah sedikir persediaan bagi menyambut hari lahirnya, dan berikanlah hadiah yang unik untuk mereka, walaupun harganya murah. Apabila kita menghargai die, maka die juga akan belajar untuk menghargai orang2 disekililing mereka. 

15) Kemungkinan besar, anak kita memerlukan pengajaran yang lebih dr sekali.. huhuhu teringat iklan petronas, itu burung ape ayah? burung murai... Burung ape? Burung murai....

16) Luangkan masa bersama mereka diluar, dan pegang tangan mereka sewaktu berjalan. Sebab mereka akan merasa pentingnya kehadiran mereka di antara ibu dan bapanya. 

17) Dengarlah cerita mimpi ngeri mereka, sebab mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka akan belajar untuk menghargai barang2 anda. 
Elakkan dari terus membuang mainan kesayangan mereka walaupun sudah rosak, mintalah izin dari mereka. 

19) Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. 

20) Terimalah bahawa kita bukanlah ibu bapa yang sempurna, ini akan mengurankan stress anda. 

21) Jangan membawa bebanan kerja ke rumah, nanti anak2 akan belajar bahawa kerja adalah lebih penting berbanding keluarga. 

22 ) Anak2 anda menangis untuk menarik perhatian anda , layanlah mereka seadanya , and make sure jgn membiarkan anak anda menangis untuk jangka masa lebih lama, kalau boleh jgn melebihi 5 saat. Sebab semakin lama anda membiarkan anak anda menangis, anda mendidik anak anda untuk menjadi seorang yang suka memberontak. 






All pics, credit to google, tp yang pic last nie si jantung hati saya, Aisyah Safiyya. 


That all, till we meet again. 

LoT Of LoVe, 
Ummi.Safiyya











No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...