Thursday 28 November 2013

Pneumokokal : Hati2 WahAi Si IbU

Salam,


Hye dearies, chumel2 semua,

Ari nie ainie ade baca entry pasal seorang ibu yang kehilangan anaknya yang berusia 1 tahun 2 bulan, anak comel , semoga dia tenang di sana. Korang nak baca? meh g blog nie , Cerita Erina .. ainie sedey coz teringat kes aisyah yang ade simptom2 yang sama..huhuhu semoga dia dijauhkan dari semua ini. Amin..

Hurm, bercakap mengenai penyakit ini, pneumokokal atau sebutannya neu-mo-ko-kal merupakan penyakit yang merbahaya especially pada baby..huhuu kalau dulu tak de pun dengar kes nie di kalangan kanak2 dan baby, but lately nie..banyak plak dengar..huhuhu n the most sad thing is, ainie frequently gak dengar pasal baby yang baru umur sebulan dah warded coz batu berkahak sampai kena nebulizer and sedut bagai.. aisyah kena 2 kali, owh sedey, ummi die pun turut sama nanges , tgk si aisyah menangis bersungguh2.. Ya Allah semoga die cepat sembuh, dan di jauhkan dr segala penyakit merbahaya.. semua ummi n ibu2 pun sama kan, jom kita sama2 doa ea..

Simptom2 yang perlu ummi and ibu2 and mama2 and mak2 semua kena alert :

1. Batuk berkahak
2. Demam panas
3. Sakit telinga / lelehan telinga
4. Menangis / meragam
5. Kurang aktif
6. Lesu dan nampak sakit

Kindly alert ye mummy2...

*Tapi, gejala2 yang ainie kongsi nie tak semestinya dapat dikesan semasa didiagnos.

Stay alert on your kids condition. :D (Mr.Google)

Siapa yang berisiko ye ummi and ibu2 and mama2 and mak2 semua ?

Anak2 yang kita sayang di bawah 5 tahun dan juga golongan berusia kerana pada usia ini, sistem imun badan sgt lemah. Furthermore, mereka yang ada diabetes , penyakit jantung kronik, paru-paru, buah pinggang, hati, gangguan kekurangan imun (immunodeficiency) , HIV/AIDS, serta implan kornea. Individu tanpa limpa atau limpa tidak berfungsi seperti sepatutnya dan juga individu yang pernah mendapat rawatan pneumonia juga berisiko. 


Punca penyakit dan cara ia merebak : 
Stay alert ye semua , 

1. Bakterium streptococcus pneumonia atau pneumokokus.
2. Merebak dengan orang yang sedang sakit dan juga pembawa. 
3. Titisan air melalui pernafasan dr hidung atau mulut orang yang telah dijangkiti. 

Langkah pencegahan :

1. Pencegahan diri dari segi kebersihan. 
2. Pengambilan makanan yang berkhasiat
3. Pengambilan vitamin/supplemen 
4. Membina sistem imun yang sihat melalui vaksin (G ambik ea kat klinik2 yang ainie akan senaraikan)
5. Penyusuan ekslusif 


Risiko sekiranya tidak dicegah :
1. Pekak
2. Cacat Otak
3. Jangkitan Paru - Paru (Pneumonia)
4. Jangkitan Saluran Pernafasan
5. Keradangan Telinga tengah
6. Sinusitis
7. Sepsis (Jangkitan aliran darah)
8. Meningitis (Jangkitan selaput otak)
9. Sawan
10. Lumpuh
11. Kematian

See ummi2, ibu2 , mummy2 semua, merbahaya kan penyakit nie. Pastinya kita mahukan yang terbaik tuk anak2 kesayangan kita. Jom, lets us do something and change it, bukan nak melawan takdir, tapi kita berusaha yang termampu.. Jom ambik inisiatif , ambik vaksin to fight this disease. Dengar2 cite , now ade NGO yang tengah berkempen supaya ibu bapa sedar akan penyakit ini dan pentingnya vaksin untuk diberikan pada anak2 kita. Hope usaha murni NGO ini di ambil peduli oleh kerajaan dan dapat memberikan vaksin ini secara percuma pada semua baby2.. yay....

Okay now, ainie kongsi beberapa klinik yang memberikan perkhidmatan vaksin pneumokokal nie ... Check it out..

SELANGOR

1. Poliklinik Shaik , Kota Kemuning, Shah Alam : RM 50 1st Dose, RM 220 2nd Dose. 
2. KPJ Shah Alam  : RM 240++
3. DEMC : RM 200++
4. KPMC, Kajang : RM 240++
5. An-Nur Specialist, Hospital, Bangi : RM 250
6. Pusat Rawatan Islam Az-zahra : RM 250
7. Klinik Medi Nur , Puchong : RM 200
8. Klinik Pakar Kanak-Kanak Chua , Kota Damansara : RM 290
9. Klinik An-Nur , Presint 15 : RM 245
10. Poliklinik UKM : RM 180

                                       
KUALA LUMPUR

1. Hospital Pusrawi : RM 227
2. Klinik Seri Indah , Taman Samudera, Batu Caves : RM 210
3. Hospital Columbia Asia, Setapak : RM 245
4. Hospital Al-Islam, Kg Baru : RM 250
5. Klinik Fauziah, Ampang : RM 210

MELAKA

1. Poliklinik Wahidah, Ayer Keroh : RM 220


PAHANG 

1. Klinik Al-Farabi / Hospital PRK Muip , Kuantan : RM 220

Sumber : Cerita Erina Blogspot


Ops sebelum terlupa, nie ade beberapa artikel yang ainie jumpa , kalau ade masa baca ea..  


Jom, kita vaksin anak2 kita. Semoga mereka semua terhindar daripada penyakit ini. Yeay, lega.. hehhe td tepon mak, mak kata aisyah okay tak demam and tak batuk cuma kurang minum susu skit.. Mungkin kena tukar susu kot..ngee...


Our Journey Still Far, Its Just A Beginning....

*LoTS of LOVe, 
  Ummi.Safiyya






No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...