Tuesday 10 April 2018

Stay Positive

Salam semua, and especially mommies yang baca blog ainie nie.

Terima kasih, terima kasih kerana sudi baca post2 ainie. hihi kadang2 kita dihimpit badai sampai rasa nak lemas dah, nyawa dh dihujung tanduk, tapi Allah bantu kita di saat2 kita rasa dah tak harapan dah untuk meneruskan hidup....

Allahu, padahal ada 3 orang permata yang perlu dijaga seeloknya, ada seorang suami yang perlu dikasihi... Betapa rapuhnya jiwa dan iman ketika itu hanya Allah yang tahu....

nak tahu ape aini buat tuk bangkit ?
.
Pertama,
Cuba meletakkan diri dan bandingkan diri kita dengan orang yang kurang atau lebih susah dari kita. Yang terima ujian yang lagi berat dari kita, macam orang-orang yang keluar dekat TV3 tue, alamak lupa la, dia punya tajuk. huhuhuh

Di dalam kita susah, kita masih ada beras utk dimasak, dalam kita susah kita masih ada nugget untuk digoreng, dalam kita susah , kita masih ada telur untuk digoreng, dalam kita susah, kita masih ada sirap untuk dibancuh tika tekak minta diisi. Nikmat ape lagi yang engkau dustakan , Allahuakhbar...... memang terduduk....

Orang lain, tak de beras, orang lain tak de lauk, orang lain tak sirap. Ape lagi yang kau mahu Ainie??? huhuhuu kita mahukan ape yang bukan milik kita kan ? kita nak ape yang kita tak de, kita tak syukuri ape yang kita miliki....
.


Ihsan Mr Google 

Allahuakbar, di dalam masa Allah berikan kita nikmat lain, kita mengeluh ? Apekah kita akan bersyukur andai nikmat yang kita minta Allah kabulkan ? 
Teringat Ainie kisah yang suami ceritakan, Kisah ini kisah benar. Begini kisahnya, ada seorang ustaz berceramah ke satu tempat, dan di situ beliau terjumpa seorang orang kampung yang rajin solatnya, solat di masjid, banyak amalnya, bersedekah, telah berkahwin agak lama, tetapi tidak dikurniakan anak. Ustaz bingung, kenapa orang soleh tidak dikurniakan zuriat oleh Allah dan tidak mempunyai harta yang banyak (agak susah)Tetapi fikiran ustaz dibiarkan begitu sahaja. Sehinggalah suatu hari, beliau bersama orang soleh itu menaiki kereta untuk ke satu tempat, dan ........

Beliau sungguh terkejut di sepanjang perjalanan , orang soleh itu tadi asyik marah2 dan bersifat panas baran. 

Allahu, ustaz terfikir, andai Allah memberikan nikmat kemewahan , nikmat zuriat, nikmat mempunyai kenderaan, agak2 bagaimana sikap dan reaksi orang soleh itu tadi ? 

Kadang2, apa yang kita miliki, membuatkan iman kita makin bertambah, sebenarnya kita makin dekat dengan Allah, sebab kita pasti akan solat, kita pasti akan berdoa, dan amalan-amalan ini yang akan buatkan Allah ada dalam jiwa kita. 

Kenapa Allah membiarkan kita dalam keadaan sekarang, kerana Dia lebih tahu andai lebih banyak nikmat yang diberikan kita menjadi alpa dan lupa padaNya. Jadi untuk ape Allah berikan ape yang kita mahu , sedangkan kita akan engkar padaNya. Itulah indahnya perjalanan kita sebagai manusia. Ape yang penting, serahkan semuanya , semua sekali pada Allah.Barulah hati akan berasa lapang, walaupun kita mungkin punya duit yang cukup2, anak yang ramai. Yang pasti, kita dan anak2 kita tak pernah tak cukup makan dan pakai kan ?

Okaylah, jumpa lagi next entry....

Ainie nak share tentang lain2 plak. especially kehidupan. 

Salam kasih, 
Ainie 
XOXO

No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...