Thursday 15 October 2015

Gout ? Apakah itu Gout ?


Salam semua, hari nie nak share pasal penyakit GOUT, dan ainie rasa ramai yang mengalami sakit ini, terutamany KAUM ABAH kita. 

Penyakit ini tidaklah spesifik pada lelaki SAHAJA, tetapi kebanyakkan LELAKI mengalami sakit ini. 

Jom kita baca dan selusuri tentang GOUT. 

Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".

Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.




Pic : Ihsan Mr Google

Tanda penyakit Gout
  • Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
  • Demam gred rendah
  • Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan
  • Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
  • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
  • Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
 Elakkan makanan berikut
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
 Kurangkan Makan makanan berikut
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans dan peas
  • Roti jagung dan bijirin
 Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. Anda juga dicadangkan untuk mengambil supplement berikut bagi mengurangkan kesan serangan gout. 

Jom amalkan Minum Miracle Aprimas. Ramai dh berJAYA atasi masalah GOUT ini. 

Nanti ainie share TESTIMONI. 

Salam Lawan GOUT, 
Ainie.Othman

No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...