Monday 2 March 2015

Placenta Previa : Uri di bawah



Salam semua, 

Hai, today nak share about Placenta Previa...... Ape tue eak... 

Nie nak share nie... kih3...

Placenta Previa adalah yang disebut orang kita sebagai uri di bawah.. Uri merupakan sumber oksigen dan makanan kepada baby di dalam kandungan semasa tempoh 9 bulan kehamilan... 

Semasa tempoh kehamilan , uri akan bergerak dan membesar. Ianya adalah normal bagi uri berada di bawah di awal kehamilan , tetapi semasa tempoh kehamilan sehingga sembilan bulan, uri akan bergerak ke atas. Semasa peringkat kehamilan mencecah peringkat ketiga trimester, uri sepatutnya berada di atas bagi membolehkan bayi di dalam kandungan dapat dilahirkan tanpa sebarang halangan dan masalah. 

Apabila, uri terletak di ruang serviks semasa bulan terakhir kehamilan, ini dikenali sebagai Placenta Previa. Keadaan inilah yang menyebabkan pendarahan sebelum atau semasa proses kelahiran. 

Placenta Previa terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu daripada tahap serius hingga ke tahap kurang serius. Bergantung kepada jenis-jenisnya , seorang wanita yang didiagnos mempunyai placenta previa kemungkinan besar tidak boleh bersalin secara normal dan perlu menjalani pembedahan C-Section atau Cesaren. Kebanyakan ibu hamil didalam keadaan memerlukan rehat secukupnya ataupun bed rest. 


Hurm... macam kawan ainie, kandungan dia berusia 7 bulan dah kena bed rest...since die punya jenis placenta previa tahap 4. 

Jom kita tgk jenis2 placenta previa , 




Okay, 
1) Jenis Pertama : Type I ataupun dikenali sebagai Kedudukan Rendah 
    Uri akan berada di segmen yang rendah pada rahim kita tetapi tidak menghalang pintu     
    serviks. 

2) Jenis Kedua : Type II ataupun dikenali sebagai Marginal 
     Uri akan menyentuh permukaan serviks tetapi tidak menutupinya. 

3) Jenis Ketiga : Type III ataupun dikenali sebagai Sebahagian (Partial)
    Uri menutup sebahagian permukaan serviks. 

4) Jenis Keempat : Type IV ataupun dikenali sebagai Keseluruhan 
    Uri menutup keseluruhan permukaan serviks .. 

Sampai sinie je ainie share tuk entry nie, lepas nie kita share pasal simptom plak.. 

Salam Kasih, 
Ainie.Humpis




No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...