Monday 5 January 2015

Perhatian : Streptokokus Kumpulan B

Salam semua,

Entry kali nie, khas buat mommies2 and mommy to be yang tgh pregnant... Satu penyakit yang dipanggil Streptokokus Kumpulan B, ataupun lebih dikenali sebagai GBS.

Jom kita kenal dengan lebih lanjut berkenaan dengan penyakit ini.

Apa itu Streptokokus Kumpulan B atau GBS ?

Salah satu daripada bakteria yang ada di dalam badan manusia. Kira2 satu pertiga daripada kita membawa bakteria ini di dalam usus kita tanpa kita sedari.

Dan, kira2 1/4 daripada wanita dewasa mempunyai bakteria ini di dalam faraj mereka dan tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana ia tidak mendatangkan simptom2 tertentu atau membawa masalah pada si pembawa.

Walaubagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku ia mampu membawa kepada penyakit yang lebih serius dan boleh membawa kematian kepada bayi yang baru lahir.

Bagaimana mengetahui bahawa saya pembawa GBS ?

Terdapat satu ujian GBS tetapi ia tidak dilakukan secara rutin semasa hamil. Selalunya, bakteria ini akan diketahui secara tidak sengaja semasa proses calitan faraj,  (Vaginal Swab) , Jangkitan ini boleh datang dan pergi, walaupun anda disahkan mempunyai penyakit ini di awal kehamilan , tetapi anda mungkin tiada jangkitan semasa di akhir kehamilan.

Sebagai wanita hamil, Info ini sgt Berguna

Kebanyakan bayi terdedah kepada penyakit ini sebelum atau selepas kelahiran tanpa sebarang kesan buruk. Apa yang pasti, kebanyakan jangkitan GBS terhadap bayi yang baru lahir boleh dicegah.

Wanita yang mempunyai risiko yang tinggi, mereka akan diberikan antibiotik intravena samada semasa hendak bersalin , ataupun selepas air ketuban mula pecah, mana yang dulu.

Perhatian, pembedahan CEASERAN tidak digalakkan untuk mencegah jangkitan GBS kepada bayi kerana ia tidak menghapuskan risiko GBS pada bayi.


Faktor Mengesan Bayi anda Cenderung Dijangkiti GBS


  1. Anda menunjukkan tanda bersalin awal, sebelum minggu ke 37 kehamilan. 
  2. Air ketuban pecah 18jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan. 
  3. Suhu badan anda naik melebihi 38 degree semasa proses kelahiran. 
  4. Sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS. 
  5. Anda didapati membawa GBS di faraj atau di dubur anda semasa kehamilan.

Bagaimana meguruskan proses bersalin dan kelahiran ?


Sekiranya anda didapati positif pembawa GBS dan berisiko tinggi, maka anda akan diberikan antibiotik intravena bermula dr tempoh proses bersalin atau apabila air ketuban telah pecah sehinggalah bayi anda dilahirkan. Bagi bersalin normal.

Sekiranya anda bersalin secara CEASARAN, antibiotik intravena tidak diperlukan melainkan jika air ketuban telah pecah atau proses bersalin telah bermula.

Sekiranya bayi anda berisiko tinggi terhadap jangkitan GBS,


  1. Dia harus diperiksa serta merta selepas kelahirannya. 
  2. Jika anda dan bayi benar2 sihat, dan mendapat rawatan penuh antibiotik intravena , maka bayi anda mungkin akan diberikan antibiotik intravena. 
  3. Jika anda berdua sihat dan tidak menerima rawatan antibiotik intravena, bayi anda akan diberikan antibiotik intravena sehingga dia benar2 sihat. 
  4. Jika anda atau bayi anda didapati dijangkiti GBS , maka dengan serta merta anda dan bayi akan diberikan antibiotik intravena.

Risiko2 rawatan 


  1. Cirit- birit atau loya
  2. Keseimbangan bakteria flora di dalam usus bayi

Tanda2 jangkitan GBS pada bayi anda 

Kebanyakan jangkitan GBS berlaku pada bayi setelah 12 jam kelahirannya, Ataupun jangkitan ini boleh diketahui semasa atau sebaik kelahirannya. Antara gejala yang ditunjukkan adalah seperti :

  1. Mendengus 
  2. Kurang menyusu
  3. Kelesuan 
  4. Cepat Meragam 
  5. Tekanan darah rendah 
  6. Suhu badan tinggi / rendah , kadar denyutan nadi / kadar pernafasan yang luar biasa.

Sekiranya anda dijangkiti GBS 

Sekiranya anda dijangkiti GBS pada kehamilan sebelum ini, atau sedang dijangkiti GBS pada kehamilan kali ini, jgn khuatir, berbincanglah dengan doktor anda tentang langkah2 yang wajar diambil bagi mengurangkan risiko2 yang leih buruk pada anda serta bayi yang anda kandungkan.

Apa2 pun ini semua rancangan dan ujian dr Allah S.W.T. Banyakkan berdoa, kerana itulah senjata orang muslim, semoga kita semua dan bayi kita sihat dan dilindungi daripada penyakit ini,

Sumber : Babycenter Malaysia

Salam kasih,
Ainie.Humpis




No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...