Tuesday 19 August 2014

Rezeki : Part 1

Salam,

Alhamdulillah..perihal rezeki ini memang AWESOME. Memang MAGIC. So.... ari nie nak kongsi cerita tentang REZEKI..

Tahun 2010, ainie mula menceburkan diri dalam dunia pekerjaan sebagai kerani biasa.. berbekalkan sekeping ijazah, tp ainie redha, sebab ainie nak timba pengalaman and memang nak cari duit untuk tampung kehidupan sehari-hari. takkanla nak berharap pada parents kan,, lagipun parents bukannya orang ada- ada... dan ainie tak pernah dididik untuk meminta2 kalau perlukan sesuatu selagi boleh berusaha sendiri. Alhamdulillah inilah rezeki....

Dengan gaji yang ainie dapat, ainie bentuk kehidupan ainie, ainie bentuk diri , ainie bentuk motto dan visi hidup sendiri.. Alhamdulillah... rezeki..dan inilah perancangan Allah... dan inilah yang terbaik....

Tahun 2011,
Memegang jawatan yang sama tetapi bertambah dengan tanggungjawab baru, iaitu kerani ISO... owh seriously , inilah hal dan tanggungjawab menyebabkan ainie mula rasa nak give up... Tapi sebab tanggungjawab pada diri, pada keluarga, pada adik2, ainie gagahkan diri menghadapi setiap dugaan dan cabaran...

Alhamdulillah, dengan adanya Allah, tempat bergantung no.1 , ainie dapat melalui 365 hari, 12 bulan yang mencabar minda, hati , emosi dan perasaan dengan jaya... Terima Kasih Ya Allah...

Tahun 2012,
Tahun yang sgt bz dan sgt bermakna.. Tahun pertama dapat merasa nikmat BONUS.. alhamdulillah rezeki... dengan duit bonus, alhamdulillah ainie mampu berkahwin , dan memang niat tak nak pinjam kat sesape, include parents sendiri termakbul.. Alhamdulillah, bukan rasa nak menunjuk, cuma nak bgtau REZEKI  Allah datang tepat pada waktu... Pertolongan Allah tidak terduga.. sampai ada saudara yang tanya, "Eh, ko pinjam duit ngan sapa" ainie hanya jawab, Tak da sapa2.. Alhamdulillah Allah cukupkan rezeki..

Nowadays ramai yang cakap pasal kahwin perlu guna banyak duit.. it depends on you.. Kalau u nak majlis ala2 puteri raja, tp tak mampu sebenarnya jgnla impikan majlis yang macam tue... Berpijak pada realiti.. Ya memang kahwin sekali seumur hidup.. Tapi bersederhana itu kan sunnah...

Ainie kahwin, tak de videographer, pelamin pun tiada.. Alhamdulillah itulah majlis kahwin yang sgt bermakna, kerana maksud kahwin itu sendiri ainie dah capai.. majlis makan2 hanyalah untuk meraikan tetamu dan memperkenalkan pengantin.. Cukupla dengan berjalan dan menyapa tetamu, kerana itu lebih baik caranya dalam memperkenalkan diri dan pasangan pada tetamu.. Dan bukankah sebenarnya itulah tujuan utama majlis..

Huhu nak sambung recce tempat... nanti sambung lagi..

Salam kasih,
Ainie.Humpis.


No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...