Wednesday 28 May 2014

Sekadar Renungan

Salam semua,

saje nak share thought, rasa cam dh lama tak berkongsi cerita dan pandangan..
Dalam hidup nie, Allah datangkan pelbagai ujian pada setiap orang...

Ada orang, pendidikan tinggi, 
Ada orang , pendidikan rendah, 
Yang berpendidikan tinggi belum tentu gajinya tinggi, 
dan yang berpendidikan rendah , belum tentu gajinya rendah, 
Betul tak ?


Ada orang, sebulan kahwin, bunting, 
Ada orang berpuluh bulan kahwin, tak bunting2, 
Betul tak?

Ada dalam komuniti kita, 
yang miskin, anaknya ramai, 
Ada yang kaya, anaknya satu, 
Betul tak?

Ada orang rumah besar, kereta mewah, 
Tapi fikirannya tak tenang, tidurnya tak lena, 
Ada orang rumahnya kecil, kereta mungkin tiada, 
Tapi hatinya riang, tidurnya enak.
Betul tak ?

Ada orang, 10 lauk di depan, 
Tapi katanya Tiada selera, 
Ada orang 1 lauk di depan, 
Tapi makannya sgt berselera, 
Betul tak?

Ada orang cantik, tapi pasangannya kurang hensem,
Ada orang tinggi lampai, tapi pasangannya kurang tinggi,
Ada orang hensem, tapi pasangan kurang cantik,
Betul tak ?


Sungguh, bukan ainie nak buat perbandingan secara lahiriah, yang penting melihat menerusi mata HATI.
Ramai orang fikir, adanya pendidikan yang tinggi akan menjamin masa depan yang baik, yang bagus.. TIDAK sama sekali....tolong bungkus pemikiran yang begitu... bukan salah, bagus, tapi bila di lihat pada sudut masa kini, yang berpengalaman, yang pandai membawa diri, yang pandai bekerja, yang pandai sosial, itula yang mampu survive.... plus yang jiwanya kental...

Untuk bekerja dalam bidang2 tertentu, ada yang perlukan sijil, atau pengiktirafan pendidikan peringkat tertinggi, kalau bekerja di site, sebagai WELDER, apakah perlu ijazah, master mahupun PHD ? tidak cukup sekadar sijil... kamu mampu meraih puluhan ribu .

Kalau nak jadik lecturer, mestilah master , phd dan doktoret dipandang, andai kamu hanya memiliki sijil, GOOD BYE.

Anak, is gifted, TOLONG bersyukur dengan apa yang Allah beri.. Yang halal, Allah uji, macam2 ujian, dapat anak, mungkin sakit, dapat anak, mungkin lambat, Sabar, SABAR is the key.... and PLEASE jgn putus asa.... Usaha selagi termampu dan banyakkan DOA, sebab DOA senjata orang mukmin....

Yang miskin, anaknya ramai. Orang kata KAYA anak. Yang kaya, anaknya SATU, Orang kata miskin anak. Biarla apa orang nak kata, kerna Allah jualah yang tahu hikmahnya.

Ada orang rumahnya besar, keretanya besar, tp hatinya mungkin tidak tenang.. memikirkan pelbagai masalah dan kemungkinan, misalnya ada orang akan masuk rumah, ataupun orang curik kereta..
Ada juga orang yang rumahnya kecil, kereta juga mungkin tiada, tapi hatinya tenang, tiada gundah. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan, pastinya rumah kecil yang tidak banyak barang, tidak menarik minat pencuri, apatah lagi tiada kereta.

Ada orang, makanannya mewah, mampu makan apa sahaja... tp mungkin tak makan, sebab tiada selera atau mungkin penyakitnya banyak, itu tak boleh makan, ini tak boleh makan... Ada orang, lauknya cuma satu, tapi makannya selera sekali, lauknya mungkin bukan ayam hari2 , mungkin bukan daging, mahupun ketam dan juga udang...

Ada orang, cantik, tp pasangannya, kurang hensem, ada orang kurang cantik tp pasangannya hensem, begitu juga sebaliknya.... Allah menciptakan manusia dan pelbagai lagi ciptaan DIA berpasang - pasangan... dan apa yang kita dapat itu la yang terbaik buat kita, buat kehidupan kita. Dia mungkin pasangan yang sempurna untuk kita, tp dia pasangan yang MELENGKAPKAN hidup kita, bukankah bila lengkap itu samadengan sempurna..

Rancangan dan rencana Allah itu lebih baik, apatah lagi kita hanya sebagai hambaNYA.
Renung2kan...


Salam renungan,
Ainie.Humpis






No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...