Tuesday, 26 November 2013

Ujian Allah Bertimpa2 pada HambaNya

Salam,

Hye dearies, chumellicious....


maafkan shaye agak lama menyepikan diri.. huhuhu bukan ape, ujian Allah membataskan pergerakan saya untuk menghapdate blog saya..ahaha sorry kalau datang sawan "gonjeng" sekejap2 tukar nama ganti diri ketiga, eh betulke..hentam la labu.. kihkihkih

just nak sharing ngan kawan2 semua, selepas seminggu nenek tersayang menghadap Ilahi, Sabtu lepas, atok sebelah ayah plak menghadap Ilahi...dalam keadaan yang cukup tenang , tapi daku terkejut kerana merasakan Allah mengambil orang yang kusayang sekelip mata jew... lepas seorang , seorang tempat berkongsi kasihku pergi.. Allahurabbi, bukan tak redha, cuma tak menyangka secepat ini...huhuhuhu


Masa terima berita around kul 6 petang, rasa cam tak percaya, pastu mak convince, and kata percayalah..dah jom kita balik kg.. Allah rasa semacam semalam jew nenek pergi, kini atok plak yang pergi... Kematian akan datang, cuma kita yang tak tahu bile, semalam mungkin kita tertawa bersama, bercoleteh tentang isu dunia, hari nie, kita diam seribu bahasa tanpa ade sebarang reaksi, hanya DOA sebagai pengganti diri... tenanglah kamoo di sana. Amin...

Allahu Akhbar,

Yang pergi memang takkan kembali,
Kucuba redha dan pasrah ketentuan Ilahi,
Moga seribu hikmah membanjiri diri,
dan moga ak kembali pada Ilahi...

Ya Allah,
Ak manusia biasa,
Terpalit dosa dan pahala,
Andai ini ujian yang harus ak jalani,
Ku redhakan hati,
Ikhlaskan diri,

Ku tahu ak jua akan dipanggil menghadapMu,
Entahkan esok , lusa, semua ditanganMu,
Ku doa agar diriku dimatikan dalam keadaan khusnul khatimah,
Sama seperti atok dan nenekku...

Allahurabbi,
Kaulah perancang terbaik,
Moga diri ini kuat menghadapi hari-hari mendatang..

Sungguh ak sedih, tp ak bersyukur ak masih punya mak n ayah, suami serta si chomel aisyah.
Terima kasih atas ujian yang mengingatkan ak padaMu ,
Allahurabbi....

Our Journey Still Far, Its Just A Beginning...

*Lots Of LoVe,
Ainie.Humpis



Monday, 18 November 2013

UjiAN Allah, Nenek Pergi MenghadapMu

Salam,

hye dearies,

sob, sob.... tajuk entri pun dh tahu kan apa yang bakal dikongsi pada entri kali ini. huhuhuhu nenek yang kusayang telah pergi dan takkan kembali.. Al-Fatihah, semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Nenek pergi tanpa anak2 dan cucu di sisi...nenek pergi setelah  bersarapan pagi bersama atok... huhuhu semasa dpt panggilan dr mak kata nenek pengsan, Allah, bagai direntap jantung ini...

Nenek pergi ari Jumaat, walaupun tanpa anak2 disisi dan cucu2nya, nenek pergi dengan mudah, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengambil nenek dalam keadaan yang baik sekali..tanpa sakit yang berpanjangan, matimu dalam Khusnul Khatimah. Moga kita pun begitu jua..

Setahu ak, nenek sehat, tanpa ade penyakit merbahya hingga mampu meragut nyawanya. Tapi sebagai hamba Allah, kematian memang tak dapat nak dielakkan, kita yang masih hidup nie tak tahu bila nyawa akan diambil dan bagaimana keadaannya..

Nenek, pemergianmu ak redha, tenanglah kamo di sana... Di sini ak kongsikan gambar arwah utk kenangan..

Last makan2, makan mee bandung, owh sangat feveret, and nenek jugak suka makan KFC, kalau ak balik, mesti tak lupa bungkuskan untuk die.. Allahurabbi, moga ak kuat ...






Tiada lagi mata tua yang dapat ku tenung, 
Mata tua yang menyimpan seribu satu cerita, 
Setiap cerita menyelit makna yang berbeza, 

Tiada lagi ulas senyum, 
mahupun ketawa girang terukir di bibir mungil itu, 
Tiada lagi kata nasihat dan juga pesanan berguna buat diriku, 

Tiada lagi masakan penuh cinta, 
dari tangan yang membelai penuh kasih sayang, 

Tiada lagi sambutan mesra serta dakapan erat, 
tatkala pulang ke kampung, 

Sungguh ak rindu, ak rindu dengan tawamu, dengan nasihatmu, dengan masakanmu, dengan pujukannmu, serta nasihatmu... yang pergi tetap pergi, tak mungkin akan kembali, 
izinkanku menyimpul rapi segala kenangan dan memori...


Yang merinduimu selalu, 
Cucumu...

Our Journey still FAr, Its Just A BegInning,

*Lots Of LOve,
Ainie.Humpis

Wednesday, 13 November 2013

A video Of AisYah

Salam dearies,


heheh just nak sharing video aisyah...si jantung hati.. owh how tyme flies so fast.. n really hope you will be more healthier sayang.. :D video is taken during aisyah is 14 days old...






Our Journey stiLL Far, Its just a BeginnIng, 

*Lots Of LoVe, 
AInie.HumPis

Me LoVe u, AnAK...

Salam dearies,


Ngee, tak tahu nak mulakan entri nie macam mana. Rasa sgt terpukul membaca blog seorang hamba Allah nie, Sememangnya Allah  menguji die.. dengan ujian yang ak pun belum tentu menghadapinya bagaimana. tp siapalah ak unutk menidakkan ujian2 Allah cuma ku mohon, "Ya Allah, agar jgn ditimpakan ak ujian sepertimana ujian yang ditimpakan padanya, kerana ak tak cukup kuat , tak cukup tabah untuk melaluinya." seBAB,

skarang nie Allah uji ak dengan anak ak sakit. huhuhuhu Aisyah demam dh berhari2, dr ahad ari tue, kalau congak2 today dh almost 5 days die demam, plus batuk and selsema, full package. walaupun tempoh Allah pinjamkan Aisyah padaku skrang nie masuk 4 months plus2, tp ak rasa sgt kehilangan die, sebab bile die sehat selalunya bile ak balik kerja mesti die akan excited , nak berdukung n main2 dengan ak. tp skrang lembik jew, kalau dukung, melepek je kepala kat dada ak.. Owh sedeynya... Aisyah please fight ... u r a fighter, mama rindu aisyah yang dulu..






Ya Allah sembuhkanlah anakku, legakanlah batuk, selsema dan kebahkan demamnya......
Mama sayang kamo ketat2...

Our Journey Still FAr, Its Just a Beginning.

*Lots Of LoVe,
Ainie.Humpis

PerKaRa SunaT di 10 MUhaRRAM

Salam dearies,


Pejam celik, pejam celik dh 10 Muharram. So untuk entri kali ini, saya nak share pasal perkara2 sunat yang boleh dilakukan untuk melipat gandakan pahala kita. In sha Allah. :D

JOm, lets do it together...

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
   Fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
    Fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
    Fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkan ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat / Memberikan petunjuk pada yang bermasalah
    Fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / Mengusap kepala anak yatim
    Fadhilat : Allah akan mengurniakan sepohon poko di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah
    Fadhilat : Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti       dari kecil hingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia.

7. Memelihara kehormatana diri
    Fadhilat : Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimana.

8.Mandi sunat
   Fadhilat : Tidak sakit (berat) pada tahun itu.
   Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Membaca Surah Al-Ikhlas 1000x
    Fadhilat : Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

10. Menjamu orang berbuka puasa
     Fadhilat : Di beri pahala seperti memberi sekalian orang ISLAM berbuka puasa.

Semoga dapat memberikan manfaat pada semua. Jom kita amalkan, cakap tak guna, tembak tak kena.


Our Journey still Far, Its Just a Beginning...


*Lots Of LoVe,
Ainie.Humpis


Tuesday, 12 November 2013

IstilAh DapAt Dan BerI

Salam,


hye dearies,


ngee, tajuk entri pada kali ini agak cliche kan... tapi sememangnya memberikan 1001 makna pada sesiapa yang memahami maksudnya. Memandang pada fizikal mungkin tak bermakna , tapi pada dasarnya... sepelaung pun belum tentu dapat mencapainya.

Memberi bukan sahaja dari segi barang, tapi juga kasih sayang, kejujuran, kesetiaan , kewangan...dan macam2 ke..an lagi.... Memberi kasih sayang, pasti dibalas kasih sayang dan mungkin juga belaian...kita berikan kejujuran dalam hubungan , in sha Allah, kejujuran pasangan yang kita dapat..begitu juga dengan yang lain2. Indahkan... Selalunya kita akan dapat lebih dari apa yang kita berikan pada seseorang tue.

Credit to Mr gooGle


Tara.... betul sesangat..sape setuju angkat tangan...hehehhe kita membina hidup kita dengan apa yang kita dapat. Dapat kasih sayang, kita bina hidup penuh dengan kasih sayang..hidup yang bahagia.. In Sha Allah. Kita dapat kereta, kita bina hidup kita menjadi lebih bermakna, kunjungi ibu bapa dan juga saudara mara, moga hidup yang kita bina lebih diberkati. Macam2 yang kita dapat untuk kita membina hidup kita..

Tapi.....

Kita selalu terlupa, kita membina kehidupan kita dengan apa yang kita berikan. Kita selalu mengharapkan dan berdoa agar Allah memberikan kita kehidupan yang lebih baik.. dapat itu, dapat ini.. Tapi kita lokek, kita lupa nak beri apa yang kita dapat, kita lupa nak share skit dengan keluarga kita, kita lupa bila kita dapat rezeki, kita beri sedikit pada orang lain dan  Allah akan balas berlipat kali ganda dengan ape yang kita berikan.

Pengalaman saya sendiri, (sorry bukan nak kata diri kerdil ini baik , tapi cuma ingin berkongsi betapa sweetnya Allah)... Kejadian berlaku di klinik, seorang adik kecil ingin membeli coklat berharga RM 2.00, tapi die tak de duit kecik, die hulur duit besar, mak cik kat kaunter tak de duit tukar, ak pun hulur dua hengget, tak pe la saya bayar kataku pada makcik di kaunter. Diorang buat muka pelik, aik, awak kenal ke budak2 nie, jawab saya tak. Tak pe saya bayar jugak. Diorang pun terima.

Budak yg dua orang td, senyum sampai ke telinga sambil mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Ya Allah, betapa gembiranya diorang, dan ak Ya Allah terasa hilang semua sakit, nikmatnya perasaan ini.. Walaupun cuma dua hengget, tp  ak yakin Allah balas dengan rasa aman yang teramat. Rasa sgt damai yang tak mungkin ak dapat beli dengan hanya bayar RM 2.00...

Inilah kehidupan.


Our Journey still Far, Its Just a BeginnIng.


*Lots Of LoVe,
Ainie.Humpis

Its NoVEMBeR..and Its NevER a NoVemBER RaIN.. It WAs FAnTasTiC NoVemBEr

Salam,

Hye dearies...

Ngee walAupun lambat but still we r in novemBer.. heheheh so have a very sWEet NovemBer...


Hello NovemBer - From Mr Google







Semoga bulan ini lebih baik dari sepuluh bulan yang dahulu... :D 




Our Journey Still Far, Its Just a Beginning...


*Lots Of LoVE, 
Ainie.Humpis

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...