hye dearies,
sob, sob.... tajuk entri pun dh tahu kan apa yang bakal dikongsi pada entri kali ini. huhuhuhu nenek yang kusayang telah pergi dan takkan kembali.. Al-Fatihah, semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Nenek pergi tanpa anak2 dan cucu di sisi...nenek pergi setelah bersarapan pagi bersama atok... huhuhu semasa dpt panggilan dr mak kata nenek pengsan, Allah, bagai direntap jantung ini...
Nenek pergi ari Jumaat, walaupun tanpa anak2 disisi dan cucu2nya, nenek pergi dengan mudah, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengambil nenek dalam keadaan yang baik sekali..tanpa sakit yang berpanjangan, matimu dalam Khusnul Khatimah. Moga kita pun begitu jua..
Setahu ak, nenek sehat, tanpa ade penyakit merbahya hingga mampu meragut nyawanya. Tapi sebagai hamba Allah, kematian memang tak dapat nak dielakkan, kita yang masih hidup nie tak tahu bila nyawa akan diambil dan bagaimana keadaannya..
Nenek, pemergianmu ak redha, tenanglah kamo di sana... Di sini ak kongsikan gambar arwah utk kenangan..
Last makan2, makan mee bandung, owh sangat feveret, and nenek jugak suka makan KFC, kalau ak balik, mesti tak lupa bungkuskan untuk die.. Allahurabbi, moga ak kuat ...
Tiada lagi mata tua yang dapat ku tenung,
Mata tua yang menyimpan seribu satu cerita,
Setiap cerita menyelit makna yang berbeza,
Tiada lagi ulas senyum,
mahupun ketawa girang terukir di bibir mungil itu,
Tiada lagi kata nasihat dan juga pesanan berguna buat diriku,
Tiada lagi masakan penuh cinta,
dari tangan yang membelai penuh kasih sayang,
Tiada lagi sambutan mesra serta dakapan erat,
tatkala pulang ke kampung,
Sungguh ak rindu, ak rindu dengan tawamu, dengan nasihatmu, dengan masakanmu, dengan pujukannmu, serta nasihatmu... yang pergi tetap pergi, tak mungkin akan kembali,
izinkanku menyimpul rapi segala kenangan dan memori...
Yang merinduimu selalu,
Cucumu...
*Lots Of LOve,
Ainie.Humpis
No comments:
Post a Comment