Wednesday, 7 June 2017

UJIAN RAMADHAN

Assalammualaikum.....
.
salam kasih semua, diharapkan agar semua sihat2 belaka. Dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Dan Ramadhan kali ini memang sungguh menyentuh hati.
.
Allah hadirkan ujian pada orang2 yang Dia sayang, dan ak berpegang pada itu juga. Memandangkan seminggu sebelum berpuasa, ak dikhabarkan bahawa nenekku di Seremban demam, dan tahu2lah apabila seorang nenek berumur 81 tahun melawan demam. Allahu, sungguh ak syahdu melihat keadaanya..
.
tapi ak juga bersyukur, dpt melihatnya senyum pada JUmaat sebelum kita berpuasa kerana ak pergi melihatnya. Rasa tak sedap hati plak bila dh dengar khabar begitu tapi tak dtg jenguk.
.
Lewat hari selasa, ak dpt perkhabaran atok dimasukkan ke hospital kerana badannya lemah dan kandungan gula dalam darah terlalu tinggi , 25.
.
Allahu dan bengkak di leher nenek tak surut2....
.
Hari Rabu terus bergegas ke Hospital Seremban, waktu itu, nenekku terbaring lemah dengan bantuan alat pernafasan di kerongkongnya. Sebak, ye, sungguh sebak hati ini melihat keadaannya begitu. dan palinng menyentuh hati tangannya seolah tidak dpt dikawal , diangkat2 ke kiri kanan. Ya Allah, tangan itu yang pernah usap kepalaku, tangan itu juga yang memelukku erat, tangan itu juga kucium setiap kali dtg melihatnya dan sewaktu ingin pulang ke rumah.
.
tapi hari ini kulihat tangan itu seolah cuba melawan sakit yang dibawa .. Allahu, sungguh ak tidak menyangka ...
.
tapi hari ini ku dengar nenekku mampu tersenyum, mampu mengingati kucing2nya... Syukur Ya Allah...
.
Sahabat, mohon kirimkan doa kalain juga ya, untuk kesembuhan nenek ainie.. :)
.
salam kasih,
Ainie

No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...