Wednesday, 18 March 2015

Review : Minyak Kelapa Dara

Salam ,

hai, nie nak review pasal minyak kelapa dara,

Ainie rasa semua orang tahu kan pasal minyak kepala dara dan apa bendanya minyak kelapa dara nie...

Cuma mungkin kurang jelas kebaikan2 yang ia mampu berikan pada tubuh kita..

Antara kebaikannya secara umum adalah,



  • Membantu menyokong kesihatan badan secara umum
  • Berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pencegahan
  • Membantu bagi mengatasi masalah alahan (allergic)
  • Membantu mengurangkan dan sekaligus mengatasi masalah jerawat
  • Berfungsi sebagai antioksidan semulajadi untuk kecantikan kulit
  • Membantu mengekalkan kulit yang lembut dan licin
  • Membantu memberikan nutrien penting kepada rambut
  • Membantu meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
  • Membantu melancarkan sistem pembuangan (pencernaan)
  • Membantu melawaskan pembuangan, masalah buasir dan sembelit (susah berak)
  • Membantu menambah dan meningkatkan tenaga di dalam badan
  • Membantu bagi yang ada masalah cepat rasa letih kerja seharian
  • Membantu mengawal berat badan yang berlebihan
  • Membantu meningkatkan metabolisma didalam badan
  • Membantu merawat pelbagai masalah kulit (psoriasis, eczema, ruam)
  • Membantu mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat
  • Sesuai bagi wanita mengandung, menyusu dan ketika dalam pantang
  • Membantu memudahkan proses bersalin
  • Membantu mengurangkan masalah ketika datang haid
  • Sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas
  • Selain di makan terus,boleh juga disapu pada kulit yang bermasalah untuk rawatan luaran
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan
Yang penting tuk pregnant women macam ioollsss nie, 

Kebaikannya adalah, 

1) Memudahkan proses bersalin. 

2) Mengurangkan kesan koyakan ataupun tiada langsung koyakan semasa proses bersalin berlangsung. 

3) Memberikan tenaga sepanjang hari. 

4) Mengurangkan strecth mark. 

Macam ainie, ainie guna Minyak Kelapa Dara Tanamera, 



Pic : Ihsan Mr Google 


Ainie mula minum satu sudu kecik setiap hari apabila kandungan masuk 30 minggu, then sekarang 33minggu, ainie ambik 2 sudu besar, tp kadang2 ainie ambik lebih..sebab rasanya sedap cam gula2 kelapa... 

Masa last pregnant dulu, cam nie jugak amalan ainie, Alhamdulillah, ainie tiada kesan koyakan cuma jahit di kulit luar 2 jahitan.. Alhamdulillah..mungkin sebab ainie tak rajin sapu minyak kelapa dara di kawasan perineum...

So , azam pregnant kali ini, tiada langsung jahitan, so kena merajinkan diri menyapu minyak di kawasan perineum dua kali sehari minimum selepas mandi.... So kalau rajin bolehla sapu banyak kali, sebab secara logiknya, otot di kawasan perineum akan mengembang dengan mudah bila minyak disapu di kawasan itu...macam minyak pelincir la jadiknya.. Mudah2an usaha ainie membuahkan hasil.. 

Semoga Allah mengizinkan dan redha atas ikhtiar kita.. 

Amin.....

Salam Kasih, 
Ainie.Humpis


No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...