Monday, 15 December 2014

Buta Warna Vs Buta Hati

Salam semua,


Hai, today entry tajuk pasal buta.. ..sorry, bukan niat nak menyindir atau ape2 tak de niat semua tue... ainie cuma nak share thought sahaja... Setiap orang ada pandangan tersendiri, so begitu juga ainie...

Bercakap mengenai BUTA WARNA,

buta warna merupakan satu penyakit di mana mata tidak dapat membezakan warna merah dan juga hijau....

contonhnya macam gambar kat bawah,



Pic: Ihsan Mr Google


Kalau orang yang mempunyai buta warna, diorag tak nampak nombor yang kat dalam gambar kat atas nie .. 

So end of the story of buta warna... penyakit yang tak lah teruk sgt, hehehhe 

Tapi yang satu Buta nie, memang agak kronik skit.. huhuhuhuu

namanya BUTA HATI...

Disebabkan penyakit ini agak subjektif maka ainie tak nak komen banyak2, cuma ape yang ainie nak sharekan... 

dalam badan kita, Allah kurniakan seketul daging, dan daging itu namanya HATI.. ramai antara kita memikirkan hati sebagai tempat simpanan toksik semata, tp dengan HATI la ia mampu mengubah segalanya... 





Pic : Ihsan Mr Google


Kalau kita ada HATI, mesti kita lebih mudah menerima maaf orang, 
Kalau kita ada HATI, mesti kita mudah menilai orang, tapi awas jangan sampai berburuk sangka, 
Kalau kita ada HATI, kita pasti akan pandai mentadbir perasaan, 
sebab kalau kita mahu perasaan kita dihormati dan tidak dihenyak sesuka hati, 
kita mesti berbuat perkara yang sama, 
Bukankah hukum Allah itu pasti, 
Hari ini kita buat orang, esok2 Allah bayar balik....

Kalau kita ada HATI, pastinya kita tahu menilai mana yang baik, mana yang buruk, 
HATI jugak membuatkan kita jadi baik, atau jahat, 
sebab kalau BUSUK HATI, 
macam2 perkara jahat bersarang di minda lantas ada HATI ingin melakukan sesuatu yang buruk. 

Ape2 pun, bijaklah menilai sesuatu perkara, jangan biarkan ape jua anasir memasuki HATI kita hingga memBUTAkan HATI kita lantas membuatkan kita tersalah perhitungan dan membuat keputusan yang salah. 

Kalau kita diambang dilema, cepat2la mohon petunjuk ALLAH kerana Dialah yang Maha Mengetahui segala2nya.. 


Salam kasih, 
Ainie.Humpis



No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...