Sunday, 4 May 2014

Permata Yang Hilang

Salam semua,

Lamanya tak hupdate blog nie, maklumla bz all the tyme.. Macam2 perkara happen to my life.. Allah mess up everything and He fix every single thing.

Jumaat pagi yang hening, ak mendapat panggilan mengatakan salah seorang manager yang senior dan banyak pengalaman hidup serta kerja dan selayaknya dipanggil "ABAH" pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang tidak diduga...

Sewaktu hidupnya, ak cuma mengenali beliau secara luaran sahaja, cakapnya bersahaja, tetapi mengandungi 1001 nasihat berguna...


Sekelip mata, mengubah segalanya... anak yang ada berstatus yatim, manakala isteri bertukar gelaran menjadi balu, Alluharabbi, sungguh, UJIAN ini amat berat, apatah lagi pada mereka yang mengalaminya sendiri... Kalaula Allah menguji ak dengan UJIAN ini, harap2 ak juga kuat seperti mereka..

Ye, memang sedih.... kerana teringat dan terimbau segala kenangan yang dicipta bersama...
Ye, memang akan semua akan pergi menghadap Ilahi, tp bagaimana cara dan bila, dan bersediakah kita mengahadapi, semuanya tersimpan rapi di sisi ILAHI..

Ya Allah, kudoakan agar bila sampai Ujian ini, 
Ak kuat untuk menghadapinya, 
Bila tiba saat perpisahan hakiki terjadi, 
Ak menjadi insan yang tabah berdiri....
(Ya Allah ak tahu ak tak mampu, tp ak yakin dengan izinMu ak mampu, tuntunlah ak ke jalanMu)



Situasi di depan bilik mayat Hospital Sri Manjung, Perak..... 

Tiada kata yang mampu diungkap untuk menceritakan rasa2 yang ada di dalam hati.. 3 jam menunggu sementara jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan, pelbagai situasi dan keaddan dapat disaksikan.. 

Ya Allah, ak tak kuat untuk berada di tempat ini lama2, cukupla beberapa jam ini, ia telah pun membuatkan hati ini dan diri ini meronta2 ingin pergi jauh dr sini... Cukupla sekali ak berada di sini, Ya Allah ak tidak mahu kembali lagi ke tempat ini (kalau diizinkan) kerana ak tahu perasaan yang ada membungkam dalam hati.. Alluharabbi, cukup sedih menyaksikan beberapa kujur tubuh kaku di depan, pertama jenazah yang meninggal kerana accident, kedua seorang penghuni syurga berumur 3 hari, ya ak namakan dia penghuni syurga.... dan selayaknya dia mendapat.. owh ..cukup meruntun hati apabila ibunya menangis teresak2, ak juga turut menahan tangis memandangkan ak juga seorang ibu, ummi, dan ak cukup faham betapa hibanya hati menghabiskan pantang tanpa anak di sisi... sayu mengenangkan anak yang dikandung selama 9 bulan, tiada lagi bersama di sisi.. kalau dulu, terasa tendangannya di perut, dan mengharapkan lahirnya membawa keceriaan , nyata Allah lebih menyayanginya... Tabahla hati... setiap ujian mengandungi 1001 hikmah.. 


Salam syahdu, 
Ainie.Humpis




No comments:

Post a Comment

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...