Monday, 10 November 2014

AisYah : JanTung Hati Umi

Salam..

Ada sihatkah ini hari ?

Ainie? Alhamdulillah.. Cuma EMOSI tak stabil.

Dush2... Pergila jauh2 wahai emosi yang tak elok.. Tak seronok okay...

Life is too short to be wasted.

Ari nie, sungguh.. Ummi Aisyah yang super emosi bila tinggalkan anak dengan toknya waktu nak pergi kerja pagi tadi.

How i miss her...

Rasa nak kelek jew pergi kerja...

Manjanya yang super duper over dr biasa...membuatkan hati ummi sgt tersentuh... Adakah kerana dia tahu bahawa dia akan mempunyai pesaing ?



Aisyah anak ummi yang tersayang,

Kamoo tetap ummi syg....

Ummi syg sampai bila2...

Kerana kamoo la jantung hati ummi.

Ya, kamoo akan menjadi kakak tak lama lagi...

Tapi, tetap kamoo di hati ummi...

Ummi letakkan kamoo di tempat yang paling istimewa di dalam hati ummi.




Aisyah 7 months old...



Aisyah 11 months old, kena paksa test baju..sempat lagi senyum.. Owh How i miss u my little girl.. 




Aisyah 12 months old. Yey.....




Aisyah during site visit di kebun onyang. 




Aisyah 1st Day Raya : Nak Duit Raya.... 




Aisyah and ummi... Allahuakbar.... Aisyah , really i am lucky to have u...




Aisyah 1 year 4 months old, posing ala2 Marily Monroe.  gitu...


Kadang2 ummi menjadi agak emosi dan pemarah bila aisyah buat perangai, especially tyme ummi penat and tyme pening ummi datang.. 

Maafkan ummi syg.... Nampaknya ummi tidak menjadi ummi yang baik buat kamu, tp tetap ummi syg kamo, dan belajar untuk menjadi lebih tenang dan bersabar setiap kali kamo membuat protes... and setiap kali kamo asyik nak berdukung ngan ummi.. 

ummi paham mungkin kamoo inginkan perhatian yang lebih, kerana barangkali ummi akan melebihkan adik kamo nanti.. 

Ummi cuba berbahagi kasih syg dengan seadil dan selayaknya anak ummi dapat.. Okay?

See u in next entry.. 

Salam Rindu, 
Ainie.Humpis

Thursday, 30 October 2014

Perkembangan Bayi : Minggu ke 12 kehamilan

Salam dearies semua,

Ioolsss nak kongsikan perkembangan baby in weeks 12.

Baby akan terus menerus membesar dan berkembang dengan pesatnya dalam rahim kita ...

For this week,

Your little angle is big as plum.

Pic : Ihsan Mr Google 

 Perkembangan Bayi :

1) Kesemua sistem kritikal bayi telah terbentuk dengan sempurna. Contohnya sistem pernafasan, sistem pengaliran darah... sebab tue dengar baby beat.. excited kan.. weee....

2) Kini, bayi akan memasuki fasa pembesaran dan kematangan , di mana setiap organ dan tisu akan membentuk dengan sangat cepat... 

3) Bayi juga kini sudah membentuk sistem refleks, sekiranya anda menepuk atau menekan perut dengan lembut, dia akan bergerak. 

4) Dia juga sebenarnya sedang aktif menggerakkan tangan dan kakinya yang comel... 

5) Uniknya, otaknya sedang berkembang dengan pesat dan sgt cepat. 

Perkembangan Ibu, 

1) Yey, pada minggu ini kebanyakkan ibu mengandung sudah pun menarik nafas lega dan bertenang, sebab hormon telah pun seimbang. Lesu dan letih berkurangan , so bole la meneruskan kerja2 yang tertangguh tue. 

2) Cecair putih mungkin lebih banyak keluar bg tujuan melingungi miss V daripada sebarang jangkitan. 


Hurm, macam ainie, minggu ini mencabar jugak, sebagai wanita yang bekerjaya, cheewah... ainie akan mula pening lepas asar, then after rehat around 15 minit, dah okay skit, then drive balik, terus golek2 , and selalunya kuatkan diri jugak nak main ngan aisyah. 

Kalau bab memasak, hurm memang failed lagi, bau2 memang tak boleh especially minyak panas , bau goreng telur.. pergh......

Kalau bab makan, hurm. masih memilih lagi, since loya masih suam2 kuku nak menghilangkan diri. 


Salam kasih, 
Ainie.Humpis

Wednesday, 29 October 2014

Buat Bondaku

Buat bondaku, 

Besarlah harapan anakandamu ini agar bonda tetap kekal kuat menghadapi setiap dugaaan yang Allah hadirkan dalam hidupmu....

Apabila Allah uji dengan hadirkan manusia yang berhati busuk, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan manusia yang bermulut puaka, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan manusia yang pandai mengambil kesempatan, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan sakit, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan mereka yang tidak memahami kamu, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah mengujjimu, 
Sedarlah Allah sgt menyayangimu.. 
Allah rindu rintihanmu, 
Allah rindu ingin selalu bersama denganmu, 
Allah rindu doamu, 
Allah rindu solatmu, 

Mungkin mereka lupa Allah sentiasa bersama dengan orang yang teraniaya, dan doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah. 

Banyakkan  berdoa bondaku....


Datanglah ujian yang bagaimana besar dan hebatnya, 
Ingatlah setiap ujian yang Allah hadirkan pasti bonda mampu menghadapinya, 
Kerana bonda masih punya Allah yang memberikan ujian mengikut kemampuan hambaNya, 
dan bonda masih ada kami, 
Kami sentiasa menyokongmu.... dan akan menyokongmu sampai bila2...
Hanya maut memisahkan kita. 







Salam manis bondaku, 
Ainie.Humpis

Dibuang Atau Membuang

salam, entah kenapa hati ini tidak keruan dan kurang enak memikirkan tuduhan melulu yang dilemparkan kepada bondaku yang tersayang.
hurm... ape2 pun yang terjadi... biarlah kami simpan.. cuma apa yang ainie nak kongsikan sedikit sebanyak mampu membuatkan diri ini relief.

Dibuang ? atau Membuang ? Dua perkataan berbeza membawa 1001 pengertian yang berlainan.. Lain orang , lain cara interpretasinya.. hurm... for ainie ia juga bergantung kepada satu2 situasi.. Sebab... perkataan yang betul menguatkan lagi makna sesuatu perkara itu berlaku.

Contohnya, dibuang, maksudnya , mengikut apa yang ainie pahamla kan, disingkirkan seseorang dr hidupnya.. Maksudnya orang itu mungkin disingkirkan dr keluarganya, atau pun mungkin seseorang itu disingkirkan daripada kumpulan kawan2nya.. dan lain2 lagi contoh yang menyokong maksud ini.

Maksudnya secara ringkas dia disingkirkan .. bukannya dia yang mahukan penyingkiran.. dan ainie pasti semua orang tidak mahu mengalami situasi ini, sebab UTAMA ia menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk sembuh...

Waima, membuang...membawa maksud yang bertentangan dengan dibuang... mungkin seseorang itu lebih selesa menyingkirkan dirinya daripada kelompok keluarga, kawan2 atau masyarakat. Kerana membuang diri mungkin lebih membahagiakan dan baik untuk dirinya.. (Depends on situation) Kalau memudaratkan, why not kita keluar kan. Untuk apa kita stay dalam kelompok yang saban hari menyakitkan hati kita. 

Come on... Life is too short too be waste... Kenapa nak seksa diri sendiri sedangkan kita mampu mengubah hidup kita untuk menjadi lebih bermakna, 

Firman Allah, 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu (kelemahan, kehinaan, kemiskinan) sehingga mereka mengubah (kelemahan, kehinaan, kemiskinan) yang ada dalam diri mereka. Ar-Ra’d [13:11].


Salam kasih, 
Ainie.Humpis

Tuesday, 28 October 2014

Kerja dan Adakala

Salam semua,

Hai, hurm.. ape kena mengena plak tajuk entry kali ini ea.. Hurm tetiba terjumpa plak satu penyataan yang mempunyai macam2 ayat yang ainie rasa sgt menampakkan situasi sebenar yang berlaku sewaktu di pejabat.

Nak tahu ?



Adakala kita rasa kita datang bekerja , tapi hasilnya HAMPA macam tak datang bekerja, 
Adakala kita rasa BUSY giler, tapi rupanya kita hanya KELAM KABUT sahaja, 
Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY jaga tepi kain orang, 
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED memberikan pandangan , tapi sebenarnya kita KURANG BELAJAR, 
Adakala kita rasa kita OUT SPOKEN, tapi hakikatnya kita MENYAKITKAN hati orang, 
Adakala kita rasa kita berfikiran KRITIS, tapi rupanya kita mencetuskan KRISIS, 
Adakala kita rasa kita menjadi MESRA, tapi hakikatnya kita MENGADA-NGADA, 
Adakala kita rasa " Eh, Dia ni macam tak de kerja", tapi hakikatnya dia LIGAN bekerja masa kita tiada, 
Adakala kita rasa kitalah pekerja yang SEMPURNA, BAIK, SELALU SIAP KERJA on TIME, KOMITED , DEDIKASI, INTEGRITI, 
tapi HAKIKATNYA, 
hati kita berdengki, tabur pasir dalam periuk nasi orang, jatuhkan reputasi dia, KITA sebenarnya LEBIH TERUK dari orang itu dan ANGGAPAN kita pada diri sendiri (yang baik2 tue).


Untuk ape menjadi sempurna di mata manusia, CUKUPLAH kita dilihat sempurna di MATA ALLAH, 
Untuk apa mengejar pujian manusia, CUKUPLAN kita mengejar rahmat ALLAH, 
Untuk apa kita berdengki sesama manusia, rezeki kita telahpun ditetapkan ALLAH, 
Andai ALLAH ingin memberi, tiada tangan lain yang mampu menghalangNYA, 
Andai ALLAH ingin mengeji, tiada siapa mampu menghalangNYA, 
Tidak takutkah kita pada HUKUM ALLAH, 
HUKUM ALLAH yang tidak boleh ditunda2...



Salam kerja, 
Ainie.Humpis






Wednesday, 22 October 2014

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut : Perhatian ibu

Salam semua,

Ainie nak kongsikan skit berkenaan dengan penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai HFMD... huhuhu sebab aisyah kena penyakit ini,..


Harap aisyah cepat sembuh..

Okay, tentang penyakit ini,

ianya disebabkan virus yang dikenali sebagai Enterovirus. Pada tahap awal, penyakit ini tidak berbahaya, tetapi apabila sampai tahap melibatkan keradangan, itu adalah TAHAP SERIUS dan boleh membawa MAUT.




Pic : Ihsan Google (Tanda2 lepuhan dan ruam pada tangan dan kaki)


Penyakit ini tiada ubat yang spesifik, ia akan sembuh dengan sendirinya.. Doktor hanya akan memberikan ubat bg mengurangkan rengsa ulser di dalam mulut kanak2 yang dijangkiti penyakit ini.
dan juga ubat demam sekiranya pesakit demam.


Bagaimana ia menular ?

Penyakit ini menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuhan dan juga najis kanak2 itu . Selain dr itu, ia juga akan menjangkiti kanak2 melalui sentuhan pada alat permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Tanda2 anak anda dijangkiti :

1) Demam panas
2) Luka atau ulcer di mulut
3) Ruam atau lepuh pada tapak tangan dan kaki

Tanda2 kritikal :

1) Anak menjadi pasif
2) Tidak mahu makan atau minum
3) Cirit birit berterusan

Psst.. cepat2 bawa ke hospital bg tindakan selanjutnya. Virus mungkin merebak ke jantng dan jika ini berlaku ia sgt berbahaya kerana ia akan menyebabkan jangkitan pada sistem tubuh yang lain.

Langkah2 pencegahan :

1) Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

2) Kuarantinkan anak agar penyakit ini tidak menjangkiti kanak2 lain.


TIPS :

1) Bagi makanan yang lembut seperti tau fu fa dan disejukkan memandangkan ulser atau luka di dalam mulut kanak2 terbabit.


Salam kasih,
Ummi Safiya


Perkembangan Bayi : Minggu ke 11 kehamilan

Salam dearies,

Today ainie share kan perkembangan baby dalam tummy yang berusia 11 minggu.. weee only 29 weeks to go..

Aminnn..mudah2an dipermudahkan segala urusan dan dipermudahkan waktu nak bersalin nanti.

Okay,

Di minggu ke 11 ini, baby akan membesar hingga sebesar ini,

buah limau. Secara amnya, dianggarkan sepanjang 1.6 inci dan seberat kira2 0.25 ounces.

Ngee.... mesti tak sabar kan nak rasa tendangan dia...

Actually, dia tgh membuat pelbagai aksi dan regangan.. cuma dia terlalu kecil, sampai pergerakan dia kita tak mampu rasa lagi.. harap bersabar ye semua mummy, another 1 month to feel the sensation.. cheewahhh...




Pic : Ihsan Mr Google


Okay, let us see what is the perkembangan for this week... 

1) Kulitnya agak transparent, tetapi jgn bimbang dia tgh mengalami perkembangan yang sgt cepat untuk menjadi bayi yang sempurna... 

2) Jari kaki dan tangannya telah membentuk dengan sempurna. 

3) Gigi, folikel rambut, dan juga kuku sedang terbentuk ketika ini. 


Bagi si ibu pula, 

1) Keletihan dan mual masih lagi terasa, cuma mungkin anda sudah dapat membiasakan diri, dan ini membantu anda untuk melalui tempoh kehamilan dengan lebih tenang dan positif. 

2) Ibu2 akan mula senang untuk melepas kan GAS iaitu dr segi kentut ataupun sendawa. Simpton ini adalah normal, so jangan bimbang ye. 

3) Pada minggu ini, kaki sudah mula cramp, dan mengganggu tidur malam anda. Oleh itu, pastikan kaki anda lebih tinggi semasa tidur . 

4) Garisan hitam mungkin akan terbentuk di perut anda, dan ia dinamakan Linea Nigra, jgn bimbang, ianya normal semasa tempoh kehamilan. 

Okay, itu sahaja buat kali ini. 

Salam kasih, 
Ummi.Safiyya

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...