Tuesday, 10 March 2015

8 Months Pregnancy : Free from Placenta Previa

Salam,

Alhamdulillah, praise to Allah Almighty....





Pic : Ihsan Mr Google

Setelah dua minggu berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur, menapak ke Klinik O & G, berjumpa pakar , akhirnya ak disahkan mengandung...ahahha memang la mengandungkan cuma kandungan ak free from Placenta Previa. 




Alhamdulillah....


Alhamdulillah....


Alhamdulillah....


Alhamdulillah....


Alhamdulillah...

.
Alhamdulillah....


Alhamdulillah....



Thank you Allah, masa kawan dikaborkan oleh doktor pakar yang placenta terletak di atas, rasa cam nak nangis dengan ketentuan Allah dan nak peluk doktor tue kuat2... hehehheeh

32weeks pregnancy , another 8 weeks to go... 

Semoga semuanya selamat... 

Salam kasih, 
Ainie.Humpis

Wednesday, 4 March 2015

Aisyah 1 year 8 months : Si kakak to be

Salam semua,

hai..today nak cerita pasal aisyah safiyya.. my sweet little daugther.... hehehe
Alhamdulillah.... semakin bijak sejajar dengan umur yang semakin meningkat.

Sejak dua menjak nak jadik kakak nie, Aisyah makin bijak, makin kuat merajuk..especially bila ainie cakap,

"Tak nak kawan Aisyah"....

Ahahhahah dia akan terus datang peluk ainie.. so sweet baby.. ummi gurau2 la..takkan la ummi tak nak kawan kamoo.. ummi yang mengandung dan lahirkan kamoo...


Nie masa shopping barang di salah sebuah pasaraya di Batu Caves, seriiusnya muka kamoo aisyah...hehehh nie tgh protes sebab tak de sesape willing nak dukung dia... kih3 boring la tue duduk dalam troli. 

Dulu kalau letak dalam troli bole la tahan sampai end shopping session..now... memang dok la... lagi2 dh pandai berdikari nie.. krik3.....





Sekarang dh pandai bergaya, pantang kalau ummi pakaikan baju baru... confirm inilah reaksinya..... hehehehhe Tq Allah for this opportunity.....

Sekarang.... makan pun nak sendiri2.... tak mo bersuap... 
Sekarang.... main pun sudah pandai sendiri2.... Alhamdulillah, senang tok jaga kamo.....
Sekarang.... bila tido nak di ketiak ummi.... arghhhh yang nie sadis..sebab tak sampai lagi dua bulan kamoo nak beradik, cam mana nak tido kat ketiak ummi lagi.... (T_T)

Sekarang... dah pandai nak duduk belakang sendiri dalam kereta tak nak duduk ngan ummi....
Sekarang... dah pandai main kata and cakap basic things...

"Ummi"
"Papa"
"Bangun"
"Adoi"
"Nak Kit"
"Eeerrmmm Sedap"
"Yak"




sedapnya makan... heheheh nie betul2 putar dan jilat. 



Alhamdulillah... 

Thank you Allah. 





Tuesday, 3 March 2015

Singgah Di Melaka

Salam semua,

hai..

Just want to share,

Ari tue ainie singgah melaka on the way nak balik ke Kuala Lumpur.. So kami g la Taman Buaya,

huhuhu fee masuk dia agak mahal la, plus kiteorang g ari ahad, so setiap dewasa kena bayar

RM 15.00

Aisyah : RM 0.00 Free sebab bawah umur..

hehehheh

Masa ainie pergi cuma ada beberapa kolam besar jew yang menempatkan buaya2.. kebanyakkannya buaya tempatan.. Rasa2nya pihak pengurusan Taman Buaya kena ambil inisiatif untuk menaik taraf dan juga fikirkan tarikan2 lain untuk menarik minat pengunjung2 luar.. sayang sgt kalau dibiarkan tanpa penjagaan yang rapi...

Lepas tue kiteorang g makan dekat restoran yang paling famous letop meletop di Umbai, Melaka.. Mana lagi kalau bukan Restoran Parasmera...

Eh Betul ke...

Tapi lebih kurang la kan....

hahahha

Lepas tue bawak omak den g naik cruise melayari sekitar bandar melaka.. kih2.. baiknya anak dia yang sorang nie....

hehehheeh

Jom layan gambar....





Omak den...


Papa and aisyah di kandang buaya yang kecik2...setiap kandang ada satu buaya jew... okayla bole tgk secara dekat. 




Opss family potrait tak berapa jadi since mata aisyah yang ala2 terpejam... 




Burung merak yang tidak mahu mengembangkan ekornya walaupun dipujuk beberapa kali.  T_T


Excited aisyah.....




Di pintu masuk ... 




Semasa menunggu turm di River Cruise ..... 



Salam kasih, 
Ummi Safiyya

Monday, 2 March 2015

Placenta Previa : Uri di bawah



Salam semua, 

Hai, today nak share about Placenta Previa...... Ape tue eak... 

Nie nak share nie... kih3...

Placenta Previa adalah yang disebut orang kita sebagai uri di bawah.. Uri merupakan sumber oksigen dan makanan kepada baby di dalam kandungan semasa tempoh 9 bulan kehamilan... 

Semasa tempoh kehamilan , uri akan bergerak dan membesar. Ianya adalah normal bagi uri berada di bawah di awal kehamilan , tetapi semasa tempoh kehamilan sehingga sembilan bulan, uri akan bergerak ke atas. Semasa peringkat kehamilan mencecah peringkat ketiga trimester, uri sepatutnya berada di atas bagi membolehkan bayi di dalam kandungan dapat dilahirkan tanpa sebarang halangan dan masalah. 

Apabila, uri terletak di ruang serviks semasa bulan terakhir kehamilan, ini dikenali sebagai Placenta Previa. Keadaan inilah yang menyebabkan pendarahan sebelum atau semasa proses kelahiran. 

Placenta Previa terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu daripada tahap serius hingga ke tahap kurang serius. Bergantung kepada jenis-jenisnya , seorang wanita yang didiagnos mempunyai placenta previa kemungkinan besar tidak boleh bersalin secara normal dan perlu menjalani pembedahan C-Section atau Cesaren. Kebanyakan ibu hamil didalam keadaan memerlukan rehat secukupnya ataupun bed rest. 


Hurm... macam kawan ainie, kandungan dia berusia 7 bulan dah kena bed rest...since die punya jenis placenta previa tahap 4. 

Jom kita tgk jenis2 placenta previa , 




Okay, 
1) Jenis Pertama : Type I ataupun dikenali sebagai Kedudukan Rendah 
    Uri akan berada di segmen yang rendah pada rahim kita tetapi tidak menghalang pintu     
    serviks. 

2) Jenis Kedua : Type II ataupun dikenali sebagai Marginal 
     Uri akan menyentuh permukaan serviks tetapi tidak menutupinya. 

3) Jenis Ketiga : Type III ataupun dikenali sebagai Sebahagian (Partial)
    Uri menutup sebahagian permukaan serviks. 

4) Jenis Keempat : Type IV ataupun dikenali sebagai Keseluruhan 
    Uri menutup keseluruhan permukaan serviks .. 

Sampai sinie je ainie share tuk entry nie, lepas nie kita share pasal simptom plak.. 

Salam Kasih, 
Ainie.Humpis




7 months Pregnant

Salam,

Hai semua, saje nak share pengalaman mengandung anak kedua nie....

Dah masuk tujuh bulan nie, semuanya okay, cuma like mental la kadang2 swing macam hape ntah...
Mungkin kes kencing kotor dan keadaan uri yang sedikit ke bawah membuatkan diri ini benar-benar nanar...

Owh, maafkan ummi sayang, khalifah ILAHI yang umi bawa saban hari ini.....
Ummi tidak berniat untuk mengatakan bahawa mengandungkan kamu sebagai beban buat ummi,
Tapi ujian buat ummi...
Rasa kasih ummi buat Ilahi,
Rasa sayang ummi buatNya,

Terkadang ummi merasa sungguh lelah dan penat dengan ujian ini...
Ya, ummi faham sakit itu kifarah dosa,

Ya Allah, dosaku terlalu banyak rasanya hingga diuji begini,
Ampunkan dosa2 dan khilafku......
Sesungguhnya ak manusia biasa,
Yang ampuh dengan godaan manusia serta bisikan syaitan yang acapkali singgah di hati....

Ak yakin, ada hikmah disebaliknya ...
Moga ak mampu dan cukup mampu untuk bersabar menerima semua ini dengan hati yang terbuka....

Terima Kasih Ya Allah,
Sekurang2nya ujian ini mengingatkan ak padaMu.......








Salam Ujian,
Ainie.Humpis



Ops .... Its Mac Already

Salam semua,


hai... dh masuk bulan ketiga dalam tahun 2015 nie... pfffffttttttt..... rasanya cam baru jew dengar pap...pap..kebabom.... mercun di malam tahun baru..tup2 dh masuk bulan 3.. ngeee heksited tak ? ioollsss macam gini la....

Menanti bulan April... krik3.... semoga semuanya dipermudahkan....

Amiinnn.....

Bulan Mac, pleaseeee be so kind with me...

Hehehehe

 

Ihsan : Mr Google 


For this month..... 

i hope for healthy baby inside my tummy and good healthy for me too... 
Kebimbangan tahap dewa bila dapat tahu kedudukan uri yang agak ke bawah.. alhamdulillah tidak sehingga menghalang pintu keluar baby, but as ummi i feel very worried.. and i really want to deliver this baby normally without c-section procedure. 

Ya Allah, 

Semoga semuanya dipermudahkan .... 


Aminnnnn....

Friday, 6 February 2015

Kencing Kotor

Salam semua,

Hai, today entry nak share pasal Kencing Kotor, penyakit yang selalu melanda perempuan yang preggy ... huhuhuhu....

Ainie jugak tak terlepas terkena penyakit ini... huhuhu

Alhamdulillah, ainie check baru2 nie, kadar kencing kotor dh menurun.. Semoga after a week consume ubat and antibiotik ainie sembuh 100%, no more kencing kotor...

Nak tahu ape itu kencing kotor ?

Menurut blog Dr Zubaidi, Kencing Kotor atau Urinary Tract Infection merupakan satu penyakit melibatkan jangkitan kuman di pundi kencing, ginjal, salur kencing urether dan saluran kencing urethra.

Jangkitan ini ini terjadi berikutan kuman yang datang dr faraj, kulit dubur atau lubang dubur. Kuman akan bergerak dr urethra dan pergi ke buah pinggang dan akan mengakibatkan radang pada buah pinggang dan seterusnya membengkak.


Cara pencegahan :

1) kena make sure semua wanita basuh bersih2 kemaluan dan pastikan mengamalkan amalan kebersihan yang tinggi.

2) Kalau nak lap kemaluan, jangan mula dr dubur dan ke kemaluan, sebaiknya lap sehingga kering kemaluan barulah lap dubur, ini kerana apabila kita lap dr dubur ke kemaluan, maka kuman akan mengikut dan mengakibatkan kencing kotor.

3) Selepas mengadakan jima' atau hubungan seks, pastikan anda kencing bagi mengeluarkan kuman yang sedang merebak.


Tanda2 anda dijangkiti Kencing Kotor :

Sebelum ainie jelaskan dengan lebih mendalam, untuk pengetahuan semua, setiap wanita mungkin mengalami simptom2 yang berbeza, tidak semestinya kita tidak mengalami simptom2 yang disenaraikan di sini kita tidak mengalami kencing kotor. Hati - hati ya. 

1) Kencing rasa "terbakar" ini disebabkan pengecutan pundi kencing yang mengalami keradangan ketika menolak air kencing keluar menyebabkan rasa sakit.

2) Kerap kencing atau mengalami kencing tak lawas, selepas kencing terasa nak kencing lagi.

3) Air kencing bewarna pekat dan bercampur darah.

4) Merasa sakit di bawah abdomen.

5) Demam dan seram sejuk.


Mengapa WaniTa Hamil Lebih Kerap Kena ?

Pertama disebabkan perubahan hormon di dalam tempoh kehamilan . Ini kerana semasa tempoh kehamilan perubahan hormon menyebabkan kekuatan otot salur kencing dan pundi kencing lemah, seterusnya meregang dan melambatkan pengeluaran air kencing.

Pada masa yang sama juga, rahim membesar dan menekan salur kencing hingga menyebabkannya tersekat.

Apabila ini terjadi, maka pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis lalu mengeluarkan air kencing secara keseluruhannya dan meninggalkan sisa air kencing di dalam pundi kencing dan ini memudahkan kuman di pundi kencing membiak.

Dan seterusnya , air kencing wanita hamil lebih tinggi kandungan asid dan gula dan ini menyebabkan kuman lebih mudah untuk membiak.

Rawatan Kencing Kotor...

Selalunya doktor akan memberikan antibiotik, untuk tempoh seminggu, haruslah dihabiskan walaupun demam atau sakit perut sudah berkurangan.

Lagi satu, banyakkan minum air masak, atau air putih untuk membantu mengeluarkan kuman yang terdapat di dalam pundi kencing .

Cara Mencegah :

1) Larutkan satu sudu kecil baking soda ke dalam air, dan minum setiap 6 jam bagi menawarkan asid di dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

2) Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.

3) Terus buang air kecil jika berasa ingin berbuat demikian . Menangguhkan akan menyebabkan pembiakan bakteria.

4) Lap alat sulit dr depan ke belakang.

5) Pakai pakaian dalam yang diperbuat drpd kapas, dan sesuai, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

6) Tukar tuala wanita atau panty liner dengan kerap sekiranya berasa tidak selesa.

7) Buang air kecil selepas mengadakan hubungan seks.

8) Kurangkan minum minuman yang manis dan elakkan minum kaffein.

*Sumber Blog Dr Zubaidi..



Jom kita amil peduli dan amalkan sama2. Mudah2an beransur pulih..

Amiiinnn...

Salam kasih,
Ainie.Humpis







RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...