Monday, 17 February 2014

My TeAMMate, My SoulMate

Salam,

hye dearies semua...

Ahahah entry menggedik lagi, tp khas tuk mereka yang bujang, yang masih mencari..atau mungkin sudah ade tp tak confident dengan pilihan hati... So i hope ape yang ainie kongsikan di sini dapat membuka fikiran adik2 manis semua..

hurm, lets begin the story....

Alhamdulillah, ainie bersyukur seadanya dengan ape yang Allah "pinjamkan" pada ainie, sorry bukan nak kata diri ini cantik, atau cute ke ape, cuma Alhamdullilah , dengan rupa yang Allah pinjamkan nie, ainie diberi pengalaman dengan kenal ramai lelaki, opss ... ainie masih tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.. masuk form 1, ainie ade abang angkat, tp layan setakat tue jew, i mean kat skolah, after skolah, study...coz study is priority. Ainie orang susah, bukan cakap semua benda bole dapat.  ainie kena usaha sendiri, for duit belanja, ainie jarang mintak, kalau diberi ainie terima..

Then, ainie kenal tentang "couple" masa umur 15 tahun, masa tue kan budak2 lagi..ahahah so means nie cinta monyet..ainie couple ngan die coz tak nak hampakan die, sebab dh selalu sgt die bg macam2 and ainie try to terima die n bukak hati nie tuk die.. ceh ayat.. tp , ainie tak boleh, end up kite orang break, after a year couple. Fuh, ainie tak rasa sedey sgt, coz ainie tak boleh sayang die cam mana die sayang ainie.. puuiiii sayang konon, ohoi..belajar la... ahahahha awak kan student.. tet......

Then, masuk tingkatan 4, ainie ditemukan dengan en asben, tet...ahahahha masa tue please...die sgt cikeding, huhuhu serasa ditiup angin pun mampu terbang, like skeleton berjalan..ainie memang tak minat sgt.. please, TAK MINAT SGT...sampai terdetik dalam hati "Ya Allah, ak tak nak bersuamikan orang yang kurus seperti ni"...lepas tue terus darah nie berdesup laju masuk ke dalam jantung, dan menyebabkan jantung di pam laju..ahahahahha yes, it is "sumthing"... Allah bg tahu sumthing... but ainie nak sedapkan hati....biarkan je perasaan itu berlalu pergi ditiup angin lalu....

Focus on study..... study and study... then bawakla diri , sampai ke universiti....


Then, after masuk u, middle of JUn 2009, waktu cuti semester, ainie keje as cikgu sandaran, then masa tue la jumpa balik en asben nie.. waktu tue lunch, mula2 tukar nombor phone... pastu mesej2.. then baru la kuar , pui..konon2 nak kenal dengan lebih mendalam la.. ahahhaha tp tue la namanya JODOH... Rupanya inilah JODOH ainie. Sebelum ainie ditemukan dengan die, ainie dipertemukan dengan beberapa kawan lelaki...huhu tp sorang pun tak SEBERANI en asben ..yang sanggup direject, then try lagi sekali.. yea, tuk pengetahuan kawan2 seperempuan , lelaki paling takut DIREJECT oleh perempuan yang dia suka..


But, en asben bersungguh ...ye, kesungguhan itu yang menawan hati ini... huhuhu prinsip ainie, orang yang bersungguh itu patut dihargai, sebab kalau die tak bersungguh sayangkan kita, manakan die sanggup buat ape2 tuk kita. and most important thing, die sanggup tuk bersama tika susah dan senang.. dan sanggup berada bersama2 waktu ainie buat lump operation dekat breast..huhuhu ainie rasa down sgt masa nie, coz rasa diri nie dh tak sempurna, tp yet, die still datang melawat , n sanggup ambik cuti tuk bring back my semangat yang hilang...fuhhh, sedey plak..tapi tue la.. ainie pilih en asben, sebab banyak sebab, and i believe kawan2 pun sama jugak.. bukan senang untuk kita memilih seorang LELAKI untuk menjadi IMAM kita..

ainie tulis begini, bukan nak mintak kawan2 jadi sgt memilih , tp pandai MENILAI dengan siapa kita berhak mengecap bahagia dan mengejar redha ALLAH bersama2... ape misi kita dalam hidup? bagaimana kita nak mencorakkan hidup kita? Allah memberi kita banyak pilihan, supaya kita menilai mana yang terbaik dalam hidup kita, dan menerima dia seadanya dalam hidup kita, dan itulah JODOH kita...

Dan jodoh ainie,




Alhamdulillah, 
Terima kasih atas "pinjaman" yang tak perlu dibayar ini, 
Seorang lelaki bernama Suami, 
Menghiasi diri dan melengkap diri, 
Menerima setiap kekurangan diri, 
Tempat bermanja dan mengecap bahagia hakiki, 
Mengejar syurga yang kekal abadi.

Terima kasih Ya Allah, 
Jodoh ditemukan sesuai dan tepat pada masanya.




*LoVE Till JannAh, 
Your Other Half - AInie Humpis


Tuesday, 11 February 2014

WakTu SeSuai UnTUK menGandung Kali Ke 2

Salam,

Hye dearies semua,


hurm, ainie dalam dilema, coz rasa excited plak for having a second baby. But eventually, bile terbaca artikel di surat khabar and dari blog Dr Zubaidi, Blog dr Zubaidi, sila klik link itu, untuk bacaan anda. heheh ayat skema plak terkeluar , harap maklum medula oblongata terputus urat. ahahahha TERASA kena TAHAN plak niat tue.. huhuuhu

Menurut dr Zubaidi, jangka masa yang paling minimum adalah 18 bulan, huhuhuhu alahai lamanya kena tunggu... rindu sgt masa perut tgh muncit chomel dulu..ahahhaha and the excited when the baby keluar.. huahuahua.....



18 bulan .....huhuhuhuhuhu


Now aisyah baru 7months plus, 16 nie masuk 8 bulan.. huhuhuhu tp ainie plan hujung tahun nie. Mudah2an Allah perkenankan doa ainie, huhuhuu 

Ya Allah, 
Ak merancang bukan suka2, 
Ak memohon yang terbaik, 
Andai ada rezeki, 
Ak terima seikhlas hati...



Aisyah di hari ke 17. 


RindU..nak cium bau syurga yang Allah titipkan pada baby yang baru lahir.. huhuhu
Semoga ade kesempatan itu.. amin....


Jom sehatkan diri.. yeye


SaLam Kasih, 
Ummi.Safiyya

Monday, 10 February 2014

BiLa HatI BerBiCara

Salam,

Hye dearies semua,


Title post ko tak nak menggedik plak kan..ahahhahaha saje jew.. padahal nak kongsi share skit pasal ape yang kita rasa.. hurm, lately  nie banyak sgt Allah bg kelapangan masa untuk berfikir, dan tup2 terada idea plak timbul kata2 nie.


"Bila kita diberi masa untuk berfikir, maknanya Allah sedang berbicara pada kamu", 
"Bila kita diberi ujian , maknanya Allah rindu dengan rintihan dan doamu".
"Bila hidup kita mula terasa serba tak kena, periksa hubungan Kita dengan Allah."


Terasa sgt kerdil... Waaaaa...

Allahurabbi, 
Aku hanya manusia biasa, 
Seringkali melakukan dosa, 
Seringkali dihimpit noda, 
Seringkali lalai melayan dunia....

Aku terlupa , 
mengejar dunia, hingga akhirat terluka, 
Aku terlupa, 
dunia sementara, akhirat kekal jua, 
Aku terlupa, 
Destinasi akhirku bukan dunia, 
tp Akhirat berdepan dengan Allah yang Maha Esa. 




Aku insan lemah... apa bekal ak nak bawak menghadapNya nanti...
Allhurabbi, Jom sama2 audit diri...


Insan KerdIl Penuh DoSa, 
Ainie.Humpis

Wednesday, 5 February 2014

BiLiaRy AtreSia : BabY AdRA AfieYa

Salam, 

Hye Dearies semua, 


Sebelum nie ainie ade share pasal Baby Adra yang perlukan donation kan.. actually she is suffer penyakit nie.. 
jom kita baca and ambik tahu ape itu penyakit Biliary Atresia. 

Semoga bermanfaat...



Sistem hati kita


Nie hati yang rosak sebab penyakit nie


 Jom, lets us Check it out...



S1 : Apakah penyakit Biliary Atresia ?

Biliary Atresia adalah sejenis penyakit di mana terdapat ketidak wujudnya sistem hempedu luar, menyebabkan penyakit kuning jaundis yang berpanjangan.



S2 : Apakah puncanya penyakit Biliary Atresia? 

Puncanya tidaklah diketahui. Bagaimanapun penyakit ini wujud sejak kelahiran lagi. Banyak teori-teori telah dikemukakan. Besar kemungkinan sistem hempedu luar diserang oleh antibodi badan sendiri (“auto-antibodies”).

S3 : Bilakah penyakit ini selalu dikesan? 
Pada kebiasannya, penyakit ini dapat dikesan di antara umur 2 hingga 4 minggu.



S4 : Apakah gejala dan tanda-tanda penyakit Biliary Atresia? 

Gejala penyakit ini termasuklah kekuningan yang berpanjangan dan najis yang pucat. Air kencing juga berwarna kuning pekat. Tanda-tandanya adalah seperti kuning jaundis mendalam, najis yang pucat, pembesaran hati dan limpa.

S5 : Bagaimanakah penyakit ini dapat dipastikan? 

Penyakit ini cuma dapat dipastikan melalui pembedahan sahaja. X-ray sistem hempedu luar semasa pembedahan (“operative cholangiogram”) akan dapat menunjukkan samada ianya normal ataupun tidak. Kadangkala biopsi hati dan penyiasatan darah juga dilakukan sebelum pembedahan.

S6 : Apakah rawatan bagi penyakit ini? 

Rawatannya ialah melalui pembedahan sahaja. Tiada ubat yang dapat merawat penyakit ini. Pembedahan ini dipanggil pembedahan Kasai, sempena nama Pakar Bedah yang mereka kaedah ini. Di dalam pembedahan ini, sistem hempedu luar akan dibuang dan usus kecil akan disambungkan ke porta hepatis. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik jika pembedahan ini dapat dilakukan sebelum berumur 60 hari. Diperingkat terjadinya kerosakan hati, pemindahan hati sahaja yang dapat merawatinya. Bagaimanapun kaedah ini tidak didapati di negara ini pada masa ini.

S7 : Apakah masalah dengan penyakit Biliary Atresia? 

Pesakit-pesakit boleh mendapat “cholangitis” di mana terdapat radang pada sistem hempedu di dalam hati. Ini boleh menyebabkan demam yang tinggi, jaundis yang mendalam dan najis yang lebih pucat. Dalam jangka masa yang panjang ,kerosakan hati (“liver cirrhosis”) akan timbul. Ini boleh menyebabkan muntah darah dan asites (Ascites).

S8 : Apakah prognosis selepas pembedahan Kasai ini? 

Satu pertiga daripada pesakit tidak dapat apa-apa menafaat, satu pertiga akan bebas dari jaundis dan hidup sebagai bayi normal dan satu pertiga lagi akan memerlukan rawatan yang berpanjangan di hospital untuk komplikasi-komplikasi yang timbul.

S9 : Apakah nasihat yang patut diberi oleh jururawat kepada pesakit Biliary Atresia? 

Jururawat boleh menasihati ibubapa pesakit tentang pentingnya membawa anak-anak yang ada kuning yang berpanjangan ke hospital secepat mungkin untuk penyiasatan yang dilakukan sebelum umur anak meningkat lebih daripada dua bulan.

Dr. Zakaria Zahari



Credit this to Donation for Adra Afieya FB .

Gambar2 latest baby adra, get well soon dear.... 








Lots Of LoVe , 
Ummi.Safiyya


FaMilY GatEwAy : Its CameRon Weehuuuuu

Salam,


Hye dearies semua,


Sehat ? Alhamdulillah ..ainie sehat , aisyah pun sehat... heheh mummy2 cuti CNY uoollss g mana? heheh kami ke  cameron. Aah, kat Pahang tue.. hehehhe Kami bertolak ari ahad, stay only one nite je.. Kami stay di butik Hotel called Bird Nest Hotel. Hotel nie best dan untuk harga RM180, its worth.. :D Malam tue kami sampai , terus carik hotel yang disebut di atas, then carik makan.. heheh then topi pink tuk aisyah.. since waktu malam cameron its so cold.. ahahaha sebelum nie pergi siang, so tak terasa sgt sejuknya.. Sorry ye aisyah.. Then pagi esoknya kami semua bgn awal, coz nak jalan2.. hehehhe


Pagi di cameron ,

Serasa cam 17 degree, so boleh bayangkan tak? sejuknya..menggigil uools..ahahahah then after siap2, snap gambar.. before kuar g sarapan kat Bharat Tea, Cameron Valley.




See how excited si kecik nie nak berjalan..ahahhaha aisyah2.... 

nie dalam kete, 


hai la anak, die bantai tido ... heheheh saba je la.. ade anak kecik memang cam nie.. heheheh redha je la.. 

After ke ladang teh, we oollss semua ke .....




ha..tahu tak kat mana nie? hehehe kat Big Red, Taman Agro Tourism.. heheh sorry tak dpt nak snap gambo signage die.

tempat nie best..heheh macam2 ade.. menu semua ade strawberry... Strawberry ice cream, strawberry jem, strawberry accecories.. dan macam2 lagi la, harap maaf, nak tulis kat sinie, sampai esok tak abis.. :D

Jom enjoy gambo2 heheh alhamdulillah, dh sampai kat situ si aisyah terjaga..so ....siapla... ahahahha








yang best lagi kat tempat nie, ade tempat mainan kanak2.. so kalau ade anak kecik2 okay la..ade jugak tempat diorang leka.. tp mak ayah kena PEKA ye....


tgk si aisyah pun suke... Aisyah ngan papa, ummi snap gambo. 






Then, kitaorang g .......



.
.
.
.
.
.
.
.
.


yup..brinchang market... :D tempat wajib pergi ..pleaaase.... kat sini ade macam2... antaranya sayur yang segar bugar, aksesori yang penting bentuk strawberry, baju baby, baju mak budak and baju ayah budak pun adoo..cuma sediakan duit jew.. pastu ade gak jual Teh Cameron Valley, murah skit la.. if kat Bharat tue jual RM 9.80, kat sini leh dapat RM 9.00 .. leh jimat RM 0.80. hehehe 

Makan tgh hari kami makan kat Restoran Erra, dekat area brinchang jugak la.. Buffet style satu kepala, RM 10.00..aaah, RM 10.00 jew uoolss, makan sampai muntah..ahahaha sorry sgt, tak sempat snap gambar restoran, n lauk bagai, coz aisyah tido.. lainkali kita ambik ea.. 


Pastu kite orang balik KEy Ell.. heheh sampai umah kul 6.30...alhamdulillah.. 

So..itu je la nak kongsi2 je pun.. hehehhe Promosi Tahun Melawat Malaysia. 


Till now..



Ummi Love TraVel, 
Ainie.Humpis




Monday, 27 January 2014

TiPs BuaT MuMmY... TAwakAL

Salam, 



Hye dearies semua, 


Sehat ke? Harap2 sehat hendaknya dan sentiasa berada dalam lindungan ILAHI. Amin.. Today ainie cuma share a little bit tips buat mummy and bakal mummy kat luar sana.. psst yang dalam pantang pun boleh try hehehehe....

Apa yang ainie nak share nie, semuanya berdasarkan pengalaman sendiri. Yup, setiap orang lain ujian dan cara mengatasi , tapi sekurang-kurangnya kita cuba berkongsi agar apabila sesuatu perkara tue terjadi , it give us picture how to handle it and sekurang-kurangnya tak buat ape yang ainie buat. Kita sama2 belajar. ye belajar tuk menjadi seorang ibu, ummi, mak, mama, mummy yang terbaik buat si kecil permata hati kita. 

Okay Tips yang ainie nak sharekan ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





 .
.


yes, its TAWAKAL....


Tawakal pada Allah .. tips ini sgt penting .... walaupun cuma satu , but yet it give a big impact to you, and for your baby ....


Selalu terjadi kat ainie , if kiteorang kuar bertiga without my mom yang selalu tolong jagakan aisyah nie. First time , when nak balik kg.. and this is first time for aisyah jalan jauh, and me also coz baru abis pantang.. Memang masa nak balik tue takut sgt, kalau die ape2 i mean nangis ke dan meragam di tgh jalan.. Tp cepat2 cakap dalam hati, Tawakal Alaallah.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tido.. 

Itula kebesaran Tawakal. Bila hati kita buuulaaat pada Ya Rab, Allah hadiahkan bantuan bergolek2 buat kita. 

Lagi satu, kiteorang kuar , tyme nie aisyah dalam 3months plus, jalan2 ke klang, tup2 dh separuh jalan, baru sedar yang puting "kopek" aisyah tak bawak, tertinggal kat umah. Masa tue cam nak nangis pun ada, adoila ummi nie pun pelupa... Tp pastu tak leh nak buat ape pun, so Tawakal lagi.. Alhamdullilah aisyah mampu tidur tanpa puting "kopek" die tue. Alhamdulillah... kuasa Tawakal....

inilah kuasa Tawakal , bila hati kita betul bulat pada Allah S.W.T, lain plak bila tak bulat pada Allah, 

aisyah jatuh katil satu pagi nie, disebabkan ainie nak ke tandas so terpaksa tinggalkan die jugak atas katil sorang2 tanpa pengawasan sesiapa. dalam hati nie rasa sangsi, walaupun kata Tawakal pada Allah. Itulah padahnya. 

*Alhamdulillah aisyah okay jew after jatuh tue, ade karpet bulu2 tebal, so impact die tak kuat sgt..tp TETAP merah di kepala sebagai tanda. Macam tanda kenangan gitew... :D


 Inilah antara moment dan pengalaman yang ainie alami sendiri.. so , tuk mummy2 kat luar sana, especially yang bekerja dan hantar anak di rumah pengasuh, atau di taska, atau di mana jua,



BULATKAN HATI, TAWAKAL PADA ALLAH.
Kita tak berdaya nak menjaga anak kita sendiri, sebab tue kita harus meletakkan die di rumah penjaga, bukan sengaja suka2 kita meletakkan tanggaungjawab itu pada orang lain. 
Semoga anak kita baik2 sahaja di sana. 









till now, sambung lagi nanti...

*Lots Of Love, 
Ummi.Safiyya





Monday, 20 January 2014

MajlIS KesyuKuraN : Kek owh Kek

Salam Hye dearies semua....


Semoga semuanya sehat2 sejahtera..


Ainie ingat nak buat majlis kesyukuran sempena,

1) Besday yang ke 27 cik asben
2) Besday mak mertua :D
3) Dapat beli rumah
4) Aisyah recover from her demam


This coming SabTuDay, 25th January 2013...
ahahhaha menggedik kan, tp ainie cuma nak share idea2 jew...

tema memang tak der la kan..ahaahh hitam putih je la....

so, ainie akan jemput beberapa teman yang rapat.
then, bile dh jemput orang nie mestila bg gift kn before balik tue.. so ainie order ..50 cuppies oren...
cam nie,


Credit to kak leen 


then, untuk kek utama, ngeee, ainie pilih kek nie, yummy super duper sedap.. kalau orang Arab kata, Laziz Jiddan....

Tara...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Russian Black and Cheesecream


Semua readers, ainie tempah kat The Purple Cake Box.. heheeh check out their Facebook page, The Purple Cake Box

Untuk pengetahuan semua, cake wedding ainie pun, ainie tempah ngan diorang.. 








Comel kan..nak makan pun tak lalu sebab chanteq sgt.. :D

hehehe so, pada kawan2 yang nak order cake, or teringin nak makan cake, order laju2 dekat The Purple Cake Box.. 




Salam Manis, 
Ainie.Humpis




RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...