Salam semua,
.
hai just nak share pengalaman ainie se famili ke LANGKAWI last cuti sempena tahun baru last year.. Alhamdulillah , percutian yang sgt best dan ohsem..
.
Kami akan pergi lagi tahun nie in sha Allah.
.
Okay,
.
Perjalanan kami dimulakan pada hari selasa, 22 Dec 2015. Pukul 5 pagi kami bertolak ke Kuala Perlis dari Gombak. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan izinNya. Dua beradik tue, tido sepanjang jalan. :D
.
Berhenti sekejap di RnR UTC Sg Perak untuk solat subuh, dan segarkan kelopak mata. :D
.
Tips untuk mommies, untuk perjalanan jauh, better isi air masak siap2 dalam botol susu, sebab nanti senang tinggal bubuh air panas dan susu jew, terus bancuh, .. mudahkan .. Untuk travel, ainie bawak 3 botol untuk husien, 2 botol untuk aisyah, dan jgn lupa, pencuci botol, penting.. :D
.
Kemudian, kiteorang teruskan perjalanan, berenti jap di Sungai Dua untuk sarapan, then teruskan lagi sampai ke Kuala Perlis.
.
Sampai di jeti pukul 11.30 pagi, hehehhe lambat ? kami rasa okay jew, sebab banyak kali nohh berenti, maklumla travel sendiri2, tak de limit masa, kena pandai2...
.
Terus beratur ambik tiket feri, dpt pukul 1.30, sambil tunggu feri, kami makan dulu di kedai depan jeti, ak makan laksa, husband makan nasi campur, aisyah ? SUP ayam.. heheh her fav.
.
Lepas makan, tak sedar rupanya almost 1.30, ahaha berkejar masuk dalam, memang dah beratur pun nak naik feri, alhamdulillah .. Allah permudahkan, So, kami tak de buang masa. Dalam feri, si aisyah yang paling hepi, husien excited.
.
Perjalanan menggunakan feri ke Pulau Langkawi mengambil masa sejam 15 minit, sampai di langkawi , kereta sewa dh tunggu, ngeee, alhamdulillah kawan yang arrangekan...
.
Sampai langkawi dalam kul 3.30, ambil kete, terus g home stay. Kami duduk di Anis Homestay, dekat ngan Pantai Chenang. Tp tak crowded, kami sukaaaa......
.
Untuk family Room, Satu katil queen, satu katil single, RM 115 je satu malam, we alll, gile jatuh cinta. affordable dan selesa, tak havoc macam di chenang. nak parking pun berebut. :D
.
Lepas merehatkan diri, dan menyegarkan diri, kami keluar lepas magrib, mengisi perut yang lapo nie,.. kami makan di Restoran Lubuk Buaya, betul2 sebelah Hotel The Aseania.. G la, komfom puas hati.. Servis pun terbaik...
.
RESTORANG LUBUK BUAYA,
Murah, sedap dan cepat.
Sotong Tepung : RM 10.00
Udang Goreng Kunyit : RM 5.00
Nasi Goreng Tom Yam : RM 5.50
Nie makan hari ke-2
ahahahah gigih tak hari2 makan kat restoran tue, sampai promote kat orang. hahahaha
Lepas tue, kami jalan2 naik kete g Pantai Chenang. :D tak dan nak turun...
.
Pastu ZZZZzzzzz...
.
HARI ke 2 (23 Dis 2015 - Rabu)
.
Pagi2 tue sarapan di Restorang Pak Malau, kalau nak tahu, restoran nie OTW nak g ke MAKAM MAHSURI. So, memang senang jumpa, lagipun tepi jalan,
.
Apa yang special ? NAsi Dagang Uolsss... i is very happy...
memang terbaik....
tp owner bukan orang dr pantai timur, asal orang JAwa, klang. :D
.
Sebelum makanan sampai. Sempat la makan mee goreng dan muffin blueberry.
Lepas tue, snap la gambo. hehehehe Ummi n husien.
Papa and aisyah.
Lepas bersantap, kami g Geopark, nak naik cable car.
.
Sementara tunggu papa beli tiket, dua beradik nie tido dulu Charge tenaga.
Muka happy dpt naik Cable Car, wehuuu setelah 3 jam beratur. pffttt...
pengajaran, jgn pergi tyme cuti, and kalau ada duit lebih bole guna express lane, tambah RM 50 seorang. fuhhhhh....
Weehuuu, nampak tak belakang tue... Scary kan..
syukur diorang tak gayat.
Di atas skybridge, aisyah paling tak gayat.. berlari2....
Aisyah jumpa kawan baru...
nampak tak excitednya aisyah....
Then, lepas habis naik cable car, kiteorang g 3D art MuSueM...
seronok gile.
Meh ainie kongsikan skit, gambar2 yang ada... heheh Alhamdulillah... gigih pergi walaupun penat... Sebab dah bayor , RM 47 termasuk cable car dan 3D Art Museum.
.
.
Lepas abis trip nie, terus g makan, ahahah lapa tahap gaban.
.
Lepas makan terus zasss, tido..
.
PK esok nak g check in mana plak.. sebabnya, huhu kiteroang booking untuk 2 malam jew, bila nak extend tak bole, sebab dh fully book .. sedey mak cik,, tp tak pe, rezeki ALLAH ada..
.
HARI ke -3 (24 Dis 2015)
.
Alhamdulillah, sarapan di Chenang.. Rezeki, aisyah pun suka... Lepas tue kiteorang rushing nak g pekan Kuah carik Hotel, maklumla dah kena keluar dari ANis Homestay. ahaha gatai nak extend, patutnya kena balik terus, tp sebab kami dh jatuh cinta dengan langkawi, terus nak extend, masih banyak lagi tak explore....
.
Sampai di pekan kuah, puas cari kat area depan bella vista hotel, semua penuh, nak g adya, tak mampu hoiii, RM 450 satu malam, baik shopping pinggang mangkuk.. ahahhah nampak.....
.
Lepas tue tawakal g Haji Ismail Group Hotel, HIG, ALHAMDULILLAH, rezeki, dapat satu bilik dan memang tinggal bilik tue jew...
.
lepas bayar and check in, letak beg semua, terus g bird park..
.
RM 18 ringgit for adults, kanak2 percuma. :D
Jom layan gambar hotel dulu. satu malam RM 290 sebab very peak seasons, kalau tak murah jew, RM 240.
.
Di Bird Park,
.
Aisyah memang so excited dengan arnab, nanti kita bela ye anak.. :D
Lepas tue, kitaorang balik hotel, then siap2 g tanjung Rhu,
memang cantik dan indah, sorry mak cik tak sempat nak ambik gambo banyak2 sebab mak cik sebuk tgk pantai, ahaha maafkan mak cik ye,
uolls kena g sendiri tgk...
and nak tahu tak sebenarnya, tanjung rhu merupakan antara 100 pantai tercantik di dunia.
.
Lepas tue, kami balik terus makan and shopping, weehuu, sebab esok nak balik dah....
.
ahahahah
.
Nak kata shopping banyak sgt tak pun, cokelat jew untuk keluarga tersayang.
.
Untuk TIPS mak2 yang ada anak kecik, tolong bersedia mentally okay, feri ke langkawi agak sempit, so be prepared.
.
Ak ? stress jugak la, tp cepat2 switch, ataupun, korang beli la seat lebih, jgn kedekut .. hahaha sebab yang selesa pun korang jgk. bukan akak.
.
.
Percutian yang sgt best...
.
Nak repeat tahun ini.
.
Doakan kami.
.
Salam manis Langkawi,
Ainie.Humpis