Thursday, 20 November 2014

Perihal Kehamilan : Minggu Ke 16

Salam semua,

Phewww.. rasanya baru jew dapat tahu pregnant.. Now dh masuk week 16.. So ape perkembangan in 16 weeks nie...

Baby sekurang2nya akan membesar sebesar ini, diibaratkan bagai avocado,

dengan anggaran ukuran , 11 sentimeter panjang dr kepala hingga hujung kaki.



Ihsan : Mr Google 



Pic : Ihsan Mr Google 


Untuk diri ainie, ainie dpt rasa baby dh gerak2 dan menendang2 dengan jayanya .. Cuma based on The Bump, 

Katanya, 

1) Si kecil sudah mamupu mendengar suara si ibu. So ape lagi mula la bercakap dan berbicara dengan si kecil.. Contohnya waktu nak solat, cakap ngan dia, " Syg, ummi nak solat nie, jom kita solat sama2."

2) Rambutnya , keningnya dan bulu matanya mula tumbuh juga. 

3) Sistem rasa atau lidahnya juga mula terbentuk... Owh no wonder la macam2 makanan duk mengidam masa nie.. 

Bagi si ibu pula, 

1) Ibu akan mula merasa pergerakan baby. Mungkin mula2 berasa seperti otot yang kejang, kemudian lama kelamaan, akan terasa dia berjoget dalam rahim kita. 

2) Sakit belakang merupakan kesan biasa semasa mengandung. Pastikan anda bersenam untuk mengurangkan dan melegakan sakit pinggang ini. 

3) Payudara yang semakin membesar sebab penghasilan susu sedang berlaku dengan jayanya. 

4) Sembelit..Sebab uterus mula menekan intestine. 

5) Kulit akan bersinar... namanya GLOWING SKIN... hehehhe masa inilah orang yang mengandung melalui masa yang sangat indah.. Mulala ada orang bgtau, "Berseri muka awak".. 


Salam kasih, 
Ummi.Safiyya


Cerita Hari Ini : Pengalaman

Salam semua,

Hai, today ntah kenapa nak cerita pasal pengalaman dan yang pastinya pengalaman hidup.. opppss bukan pengalama kerja.




Pengalaman membuatkan kita menjadi kebih dewasa dalam menjalani kehidupan seharian kita. 

Bagaimana melayan kerenah orang?
Bagaimana ekspresskan idea pada orang?
Bagaimana menegur orang?
Bagaimana membuatkan diri lebih motivasi?
Bagaimana melihat masalah sebagai satu peluang?

Dan macam2 lagi. dan pastnya setiap dr kita mempunyai pengalaman hidup yang berbeza dan mungkin lebih kurang sama, hingga membolehkan kita berkongsi cerita. 

Bagi diriku... hanya mereka yang melalui sesuatu pengalaman itu sendiri yang hanya akan merasai pahit dan manisnya. Ramai orang boleh membantu dengar  mendengar masalah yang kita hadapi, tapi hanya kita sendiri yang boleh mengatasi sesuatu masalah itu dan menjadikannya sebagai pengalaman di masa depan. 

Mungkin ada orang yang akan menempelak, "ELEH, masalah ak lebih besar dr engkau okay jew... yang kau nak emosi kenapa ? 

Mungkin dia lupa, ALLAH mengurniakan setiap manusia itu berbeza2 penerimaannya, Ada orang mungkin dapat menerimaya dengan baik, ada orang yang menerimanya bukan dengan hati yang terbuka. Mungkin dia lemah, dan tidak pernah mengalami pengalaman yang sedemikian rupa. 

Sebagai manusia, kita haruslah memandangnya secara berhemah... 

Kadang2 Allah bagi ujian ini pada orang lain, dan kemudian pada kita pula. Mana la tahu kan.. Kita hanya manusia, Ujian datang tanpa diduga.. Jadikan ujian orang lain sebagai satu pelajaran HIDUP, untuk membuatkan kita lebih bersedia dan positif . 



Ada orang diberi pengalaman merasa SUSAHnya hidup tanpa wang yang banyak, 
Maka apabila datangnya ujian kesempitan hidup , dia dapat melaluinya dengan tenang, 
Ada orang diberi pengalaman merasa SUSAHnya hidup tanpa kemudahan yang baik, 
Maka apabila datangnya ujian diberikan keSENANGan , dia dapat melalui dengan baik tanpa sombong dan bongkak menghiasi diri...

Salam Kasih, 
Ummi.Safiyya


Thursday, 13 November 2014

Allah is the best planner

Salam. 


Indeed... Allah sememangnya sebaik2 perancang.... Kita hanya menurut sahaja sebagai hambaNya yang beriman.. Kadang-kadang pastinya kita akan terfikir, kenapa pertolongan Allah tak datang sekarang? Kenapa apa yang kita mahukan kita tak dapat on the spot? 

Hurm ....

Semuanya sebab Allah lebih mengetahui akan sesuatu perkara yang terbaik buat kita. 
Kononnya kita rancang nak kahwin bulan 6, sempena birthday kita, tp terpaksa delay atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.. 

Sebenarnya , mungkin lebih baik bagi kita dan pasangan kita berkahwin selepas itu, mungkin dari segi faktor ekonomi, dari segi mental, dari segi fizikal, dari segi..macam-macam segi lagi, dan semestinya Allah yang lebih mengetahui, kerana Dia Maha Mengetahui tentang sesuatu perkara samada yang ghaib, yang sedang berlaku, dan juga yang akan berlaku. 

Cam ainie, ainie merancang nak anak yang kedua , i means mula pregnant bulan 7, macam tue, tp ainie tak dapat..my wish dosent come true. At the moment, i really sad... coz i really hope for the second baby deeply.. Alhamdulillah... i manage to redha , and i calm myself to accept, every single thing, happen for reasons, there were nothing in this world happen without reasons and hikmah. Since, then, i open my heart and accept the fact...Alhamdulillah, during the very calm and unexpected time, i am pregnant with Allah permission.. Alhamdulillah, Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Thank you Allah for sending this cute little angle from Heaven to me and husband. 

True...
and it is very true. 
Allah never let us down and never disappoint us. 
Us, ourselves make ourselves disappointed and finally ruined our own life. 

Take a deep breath...
Please, have a good thought to our dear Allah S.W.T.

Sometimes, 
We complain about having this and that, without notice the hidden hikmah Allah had prepare for us. 
Sometimes, 
Allah tested us with a conflict and unexpected problem, 
Sometimes, 
Allah leave us in the wrong situation, till finally we sit down and realize this is WRONG, and i should change a long time ago..

Think , 
He also might take you from your love one to be with Him, 
But He don't , 
Because why, 
He want you to learn from your mistake, 
He want you learn how to be thankful, 
He want you learn how to be more grateful, 
He want to show, 
How much He loves you. 



EVERY SINGLE THING HAPPEN FOR REASONS.



Warm Regards, 
Ainie Humpis. 

Wednesday, 12 November 2014

Istimewa insan bergelar WANITA





Salam, 

Hai, just nak share satu benda pasal wanita... 


WANITA 


Ketika ALLAH  menciptakan wanita, Malaikat datang dan bertanya, 

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita , Ya ALLAH?"

ALLAH menjawab , 

" Sudahkah engkau melihat dengan teliti setiap apa yang AKU ciptakan untuk wanita ?
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga ramai anak pada saat bersamanya punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan...
Malaikat menjawab dengan takjub, 
"Hanya dengan dua tangan ? Tidak mungkin."

ALLAH menjawab , 

"Tidakkah engkau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, 

"Ya ALLAH, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

ALLAH menjawab, 

" Itu tidak seperti engkau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", malaikat bertanya lagi. 

ALLAH menjawab, 

"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan , kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya sebahagian kemampuan wanita. "

"Wanita dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyinpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, 
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, 
Dia mampu menyanyi ketika menangis, 
Dia menangis saat terharu, 
Bahkan tertawa ketika ketakutan. 
Dia berkorban demi orang yang dicintaniya, 
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, 
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, 
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa gembira, 
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran, 
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, 
Tapi dia mampu mengatasinya, 
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. 

Allah S.W.T berfirman, 
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan menjadi seorang yang istimewa. 
Aku membuat bahunya cukup untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tegar ketika orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya sangat menyakitkan hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya , tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suami tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."










Special dedicated to all women and especially to my mom and my mother in law. 
Thank you for being a very good mother to me, and i am so grateful because i married with your lovely, caring son. Thank you .... 

With deep love, 
Ainie.Humpis 

Erti Bersahabat


Pic : Mr Google 
Ihsan : Ustaz Kazem Ilias



salam. 

Alhamdulillah.. 

Thanks to Allah coz i been selected to have friends like that. Sememangnya kita perlukan kawan yang sebegitu.. Sebab kita akan bercerita dengan dia, perasaan kita, marah kita, sedih kita, khilaf kita..dan macam2 lagi.... 

So , kawan yang menjaga aib kita memang sgt baik dan paling penting diorang can be TRUSTED.. 

ops..sebelum kita mencari kawan yang menjaga aib, kita jadilah dulu, Kawan yang menjaga aib kawan kita... 

Ngeeee... Tips dr HaTi..  

Dear all my sweet fren, 
May this relationship ends forever.. 

Luv u all.. 

XOXO

Meh ainie belanja gambo  kawan2 ainie.. 









Salam sayang, 
Ainie.Humpis

My Little Family

Salam semua,


Hai..

ngeh2... today nak bercerita pasal my little family, yang kecik , comel molek, kecuali papa aisyah.... heheh *papa jgn marah na.... anggap ini sebagai cabaran fuhhhhh....

Lets start a healthy life and target, heheh kurangkan berat badan.. Bukan sebab nak canteq... tapi sebab aspek kesihatan..

Yey....

Okay persembahkan gambar yang baru2 ini diambil di majlis pernikahan adik ipar den , di Hulu Langat , Selangor.




See , bole tak nampak bagaimana aisyah berkelakuan... fuhhh..sungguh mencabar.. bagaikan baby boy... heheheh nway, ummi tetap happy plus a little bit tired. Coz aisyah tak mo duduk diam... ade jew nak buat ... nak panjat la... tyme nak tangkap gambar sebok nak turun la... adoi... anak.. 

Plus ummi pun tgh preggy nie, lagila menambahkan penat, huhu cepat plak mengah this time... Mungkin kita perlukan supplement kot heheheh

Papa, Tolong belikan supplement..... ceeewah........... main order jew, ko ghase.....

Jom kita survey2 supplement yang ado... 

Sambung next entry... 

Eh, tp nak belanja gambo gelagat aisyah... 

Tara...




Owh....ai yokkk....... ahahah sampai headband pun senget2.. 


Aisyah n ummi.... yey....


Auw.... seksi kan mulut cenggini....gitu.... 


Aisyah with Pak Cu... 

p/s : Aisyah first tyme makan gula2.. aisehhh... terpaksa bagi coz dia meronta2 ligan sangat.. 



Salam Kasih, 
Ainie.Humpis 



Monday, 10 November 2014

Its November Already : Throwback

Salam,

Hai all,


hurm... it seems like we are so near to the new year, 2015.

Berdebor rasa....

ye dok...

Sekarang dh bulan november ......

tinggal.... another 1 month and few weeks to go..
Rasanya sekejap sgt masa itu berlalu...

Dan buat Tahun 2014 ini, macam2 perkara yang berlaku , suka dan duka, perkara yang mematangkan jiwa dan raga, serta ada juga perkara duka.. cheeewahh... ko hengat nie ape? Tempat curahan perasaan yang tak bertapis.. ngeee...

Peristiwa duka, membuatkan kita lebih matang dan dewasa dalam menilai kehidupan sehari2.. Betul tak ?

Apa yang ainie rasa, dan lalui, mungkin sama dan juga mungkin berbeza, sebab penerimaan kita terhadap ujian itu berbeza, dan Allah juga menurunkan ujian selaras dengan kemampuan kita,

Sungguh, ainie cukup kagum dengan mereka , ibu2 yang kehilangan anak mereka.

Allah ambik mereka, kerana Allah lebih sayangkan mereka.

Ya Allah, sungguh kalau ak ditempat diorang, tak tahu la bagaimana ak bereaksi.

Pertama,

Anak yang berusia 3 bulan yang meninggal di Taska, kerana dikhuatiri tersedak susu. Dan yang paling sedih sekali, mayat anak tadi semasa dijumpai telahpun dihurung semut.. Sungguh hati ini pilu membaca kisahnya, Ya Allah tempatkan dia disyurga, dan semoga dia membawa ibu dan bapanya ke syurga...

Kedua,

Pengalaman yang ak rasakan sendiri, apabila ak berkesempatan ke Rumah Mayat Hospital Manjung, Perak kerana ada salah seorang pengurus di tempat kerja ak meninggal dunia di hospital itu. Beliau diserang sakit jantung, dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ammmminnn...

Okay, apa yang ak nak cerita, semasa menunggu jenazah dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan, tiba2 lalu sekujur tubuh kecil disorong dihadapanku..

Ya Allah,

kemudian kedengan suara esak tangis seorang ibu muda yang disorong dengan kerusi roda oleh suaminya.. Sungguh adegan yang menyayat hati...

Semoga ibu muda itu tabah menghadapi saat2 berpisah dengan anaknya.. Ak... dengan tanpa segan silu air mata ini turut keluar melihat si ibu dan sekujur tubuh kaku itu. Dengar cerita, anak itu meninggal setelah 2 hari dlahirkan berikutan jangkitan kuman di dalam otak..

Dua hari baru merasa nikmatnya menjadi seorang ibu,
dan kini anak itu tiada lagi...

Ya Allah sungguh berat ujianMu...


Ainie percaya macam2 lagi kes dan peristiwa ..
Semoga ibu2 tabah menjalani hari2 mendatang..

Salam kasih,
Ummi.Safiyya

Kitaran Hidup Kita : Perempuan

Salam semua,

Hai,since ainie nak tulis pasal perasaan seorang ibu,

Ainie rasa better ainie share kan dulu info di bawah nie ..

Ainie rasa penting untuk melihat transformasi di bawah ini,

Ahahhah surprise tak ?

Kan...
Macam ape ntah ayat penyata cam tue..


Okay,

maksud ainie,


Kitaran Hidup Seorang yang bergelar PEREMPUAN :

                                                     

Mula2, kita bergelar anak perempuan, 



Kemudian , kita membesar menjadi seorang anak dara, yang kemudiannya berjaya. 




Seterusnya , ditakdirkan kita berjumpa jodoh kita, dan mengikat ikatan yang selayaknya diikat bagi menghalalkan perhubungan di antara dua insan yang lain...  

Maka Ikatan Perkahwinanlah yang paling sesuai ...


Setelah bergelar isteri, pastinya menginginkan anak sebagai penghibur hati ...

Maka, dengan Izin Allah S.W.T, kita bergelar sebagai ibu, 




Menggalas tugas ibu kita yang selama ini mendidik dan menjaga kita. 

Pelbagai perasaan kan bersarang dalam hati kecil kita.. 

Let me share in next entry .. 

Ngeee ... 

Salam Kasih, 
Ummi, Safiyya







AisYah : JanTung Hati Umi

Salam..

Ada sihatkah ini hari ?

Ainie? Alhamdulillah.. Cuma EMOSI tak stabil.

Dush2... Pergila jauh2 wahai emosi yang tak elok.. Tak seronok okay...

Life is too short to be wasted.

Ari nie, sungguh.. Ummi Aisyah yang super emosi bila tinggalkan anak dengan toknya waktu nak pergi kerja pagi tadi.

How i miss her...

Rasa nak kelek jew pergi kerja...

Manjanya yang super duper over dr biasa...membuatkan hati ummi sgt tersentuh... Adakah kerana dia tahu bahawa dia akan mempunyai pesaing ?



Aisyah anak ummi yang tersayang,

Kamoo tetap ummi syg....

Ummi syg sampai bila2...

Kerana kamoo la jantung hati ummi.

Ya, kamoo akan menjadi kakak tak lama lagi...

Tapi, tetap kamoo di hati ummi...

Ummi letakkan kamoo di tempat yang paling istimewa di dalam hati ummi.




Aisyah 7 months old...



Aisyah 11 months old, kena paksa test baju..sempat lagi senyum.. Owh How i miss u my little girl.. 




Aisyah 12 months old. Yey.....




Aisyah during site visit di kebun onyang. 




Aisyah 1st Day Raya : Nak Duit Raya.... 




Aisyah and ummi... Allahuakbar.... Aisyah , really i am lucky to have u...




Aisyah 1 year 4 months old, posing ala2 Marily Monroe.  gitu...


Kadang2 ummi menjadi agak emosi dan pemarah bila aisyah buat perangai, especially tyme ummi penat and tyme pening ummi datang.. 

Maafkan ummi syg.... Nampaknya ummi tidak menjadi ummi yang baik buat kamu, tp tetap ummi syg kamo, dan belajar untuk menjadi lebih tenang dan bersabar setiap kali kamo membuat protes... and setiap kali kamo asyik nak berdukung ngan ummi.. 

ummi paham mungkin kamoo inginkan perhatian yang lebih, kerana barangkali ummi akan melebihkan adik kamo nanti.. 

Ummi cuba berbahagi kasih syg dengan seadil dan selayaknya anak ummi dapat.. Okay?

See u in next entry.. 

Salam Rindu, 
Ainie.Humpis

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...