Thursday, 30 October 2014

Perkembangan Bayi : Minggu ke 12 kehamilan

Salam dearies semua,

Ioolsss nak kongsikan perkembangan baby in weeks 12.

Baby akan terus menerus membesar dan berkembang dengan pesatnya dalam rahim kita ...

For this week,

Your little angle is big as plum.

Pic : Ihsan Mr Google 

 Perkembangan Bayi :

1) Kesemua sistem kritikal bayi telah terbentuk dengan sempurna. Contohnya sistem pernafasan, sistem pengaliran darah... sebab tue dengar baby beat.. excited kan.. weee....

2) Kini, bayi akan memasuki fasa pembesaran dan kematangan , di mana setiap organ dan tisu akan membentuk dengan sangat cepat... 

3) Bayi juga kini sudah membentuk sistem refleks, sekiranya anda menepuk atau menekan perut dengan lembut, dia akan bergerak. 

4) Dia juga sebenarnya sedang aktif menggerakkan tangan dan kakinya yang comel... 

5) Uniknya, otaknya sedang berkembang dengan pesat dan sgt cepat. 

Perkembangan Ibu, 

1) Yey, pada minggu ini kebanyakkan ibu mengandung sudah pun menarik nafas lega dan bertenang, sebab hormon telah pun seimbang. Lesu dan letih berkurangan , so bole la meneruskan kerja2 yang tertangguh tue. 

2) Cecair putih mungkin lebih banyak keluar bg tujuan melingungi miss V daripada sebarang jangkitan. 


Hurm, macam ainie, minggu ini mencabar jugak, sebagai wanita yang bekerjaya, cheewah... ainie akan mula pening lepas asar, then after rehat around 15 minit, dah okay skit, then drive balik, terus golek2 , and selalunya kuatkan diri jugak nak main ngan aisyah. 

Kalau bab memasak, hurm memang failed lagi, bau2 memang tak boleh especially minyak panas , bau goreng telur.. pergh......

Kalau bab makan, hurm. masih memilih lagi, since loya masih suam2 kuku nak menghilangkan diri. 


Salam kasih, 
Ainie.Humpis

Wednesday, 29 October 2014

Buat Bondaku

Buat bondaku, 

Besarlah harapan anakandamu ini agar bonda tetap kekal kuat menghadapi setiap dugaaan yang Allah hadirkan dalam hidupmu....

Apabila Allah uji dengan hadirkan manusia yang berhati busuk, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan manusia yang bermulut puaka, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan manusia yang pandai mengambil kesempatan, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan sakit, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah menguji dengan menghadirkan mereka yang tidak memahami kamu, 
Bangkitlah kerana Allah, 
Apabila Allah mengujjimu, 
Sedarlah Allah sgt menyayangimu.. 
Allah rindu rintihanmu, 
Allah rindu ingin selalu bersama denganmu, 
Allah rindu doamu, 
Allah rindu solatmu, 

Mungkin mereka lupa Allah sentiasa bersama dengan orang yang teraniaya, dan doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah. 

Banyakkan  berdoa bondaku....


Datanglah ujian yang bagaimana besar dan hebatnya, 
Ingatlah setiap ujian yang Allah hadirkan pasti bonda mampu menghadapinya, 
Kerana bonda masih punya Allah yang memberikan ujian mengikut kemampuan hambaNya, 
dan bonda masih ada kami, 
Kami sentiasa menyokongmu.... dan akan menyokongmu sampai bila2...
Hanya maut memisahkan kita. 







Salam manis bondaku, 
Ainie.Humpis

Dibuang Atau Membuang

salam, entah kenapa hati ini tidak keruan dan kurang enak memikirkan tuduhan melulu yang dilemparkan kepada bondaku yang tersayang.
hurm... ape2 pun yang terjadi... biarlah kami simpan.. cuma apa yang ainie nak kongsikan sedikit sebanyak mampu membuatkan diri ini relief.

Dibuang ? atau Membuang ? Dua perkataan berbeza membawa 1001 pengertian yang berlainan.. Lain orang , lain cara interpretasinya.. hurm... for ainie ia juga bergantung kepada satu2 situasi.. Sebab... perkataan yang betul menguatkan lagi makna sesuatu perkara itu berlaku.

Contohnya, dibuang, maksudnya , mengikut apa yang ainie pahamla kan, disingkirkan seseorang dr hidupnya.. Maksudnya orang itu mungkin disingkirkan dr keluarganya, atau pun mungkin seseorang itu disingkirkan daripada kumpulan kawan2nya.. dan lain2 lagi contoh yang menyokong maksud ini.

Maksudnya secara ringkas dia disingkirkan .. bukannya dia yang mahukan penyingkiran.. dan ainie pasti semua orang tidak mahu mengalami situasi ini, sebab UTAMA ia menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk sembuh...

Waima, membuang...membawa maksud yang bertentangan dengan dibuang... mungkin seseorang itu lebih selesa menyingkirkan dirinya daripada kelompok keluarga, kawan2 atau masyarakat. Kerana membuang diri mungkin lebih membahagiakan dan baik untuk dirinya.. (Depends on situation) Kalau memudaratkan, why not kita keluar kan. Untuk apa kita stay dalam kelompok yang saban hari menyakitkan hati kita. 

Come on... Life is too short too be waste... Kenapa nak seksa diri sendiri sedangkan kita mampu mengubah hidup kita untuk menjadi lebih bermakna, 

Firman Allah, 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu (kelemahan, kehinaan, kemiskinan) sehingga mereka mengubah (kelemahan, kehinaan, kemiskinan) yang ada dalam diri mereka. Ar-Ra’d [13:11].


Salam kasih, 
Ainie.Humpis

Tuesday, 28 October 2014

Kerja dan Adakala

Salam semua,

Hai, hurm.. ape kena mengena plak tajuk entry kali ini ea.. Hurm tetiba terjumpa plak satu penyataan yang mempunyai macam2 ayat yang ainie rasa sgt menampakkan situasi sebenar yang berlaku sewaktu di pejabat.

Nak tahu ?



Adakala kita rasa kita datang bekerja , tapi hasilnya HAMPA macam tak datang bekerja, 
Adakala kita rasa BUSY giler, tapi rupanya kita hanya KELAM KABUT sahaja, 
Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY jaga tepi kain orang, 
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED memberikan pandangan , tapi sebenarnya kita KURANG BELAJAR, 
Adakala kita rasa kita OUT SPOKEN, tapi hakikatnya kita MENYAKITKAN hati orang, 
Adakala kita rasa kita berfikiran KRITIS, tapi rupanya kita mencetuskan KRISIS, 
Adakala kita rasa kita menjadi MESRA, tapi hakikatnya kita MENGADA-NGADA, 
Adakala kita rasa " Eh, Dia ni macam tak de kerja", tapi hakikatnya dia LIGAN bekerja masa kita tiada, 
Adakala kita rasa kitalah pekerja yang SEMPURNA, BAIK, SELALU SIAP KERJA on TIME, KOMITED , DEDIKASI, INTEGRITI, 
tapi HAKIKATNYA, 
hati kita berdengki, tabur pasir dalam periuk nasi orang, jatuhkan reputasi dia, KITA sebenarnya LEBIH TERUK dari orang itu dan ANGGAPAN kita pada diri sendiri (yang baik2 tue).


Untuk ape menjadi sempurna di mata manusia, CUKUPLAH kita dilihat sempurna di MATA ALLAH, 
Untuk apa mengejar pujian manusia, CUKUPLAN kita mengejar rahmat ALLAH, 
Untuk apa kita berdengki sesama manusia, rezeki kita telahpun ditetapkan ALLAH, 
Andai ALLAH ingin memberi, tiada tangan lain yang mampu menghalangNYA, 
Andai ALLAH ingin mengeji, tiada siapa mampu menghalangNYA, 
Tidak takutkah kita pada HUKUM ALLAH, 
HUKUM ALLAH yang tidak boleh ditunda2...



Salam kerja, 
Ainie.Humpis






Wednesday, 22 October 2014

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut : Perhatian ibu

Salam semua,

Ainie nak kongsikan skit berkenaan dengan penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai HFMD... huhuhu sebab aisyah kena penyakit ini,..


Harap aisyah cepat sembuh..

Okay, tentang penyakit ini,

ianya disebabkan virus yang dikenali sebagai Enterovirus. Pada tahap awal, penyakit ini tidak berbahaya, tetapi apabila sampai tahap melibatkan keradangan, itu adalah TAHAP SERIUS dan boleh membawa MAUT.




Pic : Ihsan Google (Tanda2 lepuhan dan ruam pada tangan dan kaki)


Penyakit ini tiada ubat yang spesifik, ia akan sembuh dengan sendirinya.. Doktor hanya akan memberikan ubat bg mengurangkan rengsa ulser di dalam mulut kanak2 yang dijangkiti penyakit ini.
dan juga ubat demam sekiranya pesakit demam.


Bagaimana ia menular ?

Penyakit ini menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuhan dan juga najis kanak2 itu . Selain dr itu, ia juga akan menjangkiti kanak2 melalui sentuhan pada alat permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Tanda2 anak anda dijangkiti :

1) Demam panas
2) Luka atau ulcer di mulut
3) Ruam atau lepuh pada tapak tangan dan kaki

Tanda2 kritikal :

1) Anak menjadi pasif
2) Tidak mahu makan atau minum
3) Cirit birit berterusan

Psst.. cepat2 bawa ke hospital bg tindakan selanjutnya. Virus mungkin merebak ke jantng dan jika ini berlaku ia sgt berbahaya kerana ia akan menyebabkan jangkitan pada sistem tubuh yang lain.

Langkah2 pencegahan :

1) Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

2) Kuarantinkan anak agar penyakit ini tidak menjangkiti kanak2 lain.


TIPS :

1) Bagi makanan yang lembut seperti tau fu fa dan disejukkan memandangkan ulser atau luka di dalam mulut kanak2 terbabit.


Salam kasih,
Ummi Safiya


Perkembangan Bayi : Minggu ke 11 kehamilan

Salam dearies,

Today ainie share kan perkembangan baby dalam tummy yang berusia 11 minggu.. weee only 29 weeks to go..

Aminnn..mudah2an dipermudahkan segala urusan dan dipermudahkan waktu nak bersalin nanti.

Okay,

Di minggu ke 11 ini, baby akan membesar hingga sebesar ini,

buah limau. Secara amnya, dianggarkan sepanjang 1.6 inci dan seberat kira2 0.25 ounces.

Ngee.... mesti tak sabar kan nak rasa tendangan dia...

Actually, dia tgh membuat pelbagai aksi dan regangan.. cuma dia terlalu kecil, sampai pergerakan dia kita tak mampu rasa lagi.. harap bersabar ye semua mummy, another 1 month to feel the sensation.. cheewahhh...




Pic : Ihsan Mr Google


Okay, let us see what is the perkembangan for this week... 

1) Kulitnya agak transparent, tetapi jgn bimbang dia tgh mengalami perkembangan yang sgt cepat untuk menjadi bayi yang sempurna... 

2) Jari kaki dan tangannya telah membentuk dengan sempurna. 

3) Gigi, folikel rambut, dan juga kuku sedang terbentuk ketika ini. 


Bagi si ibu pula, 

1) Keletihan dan mual masih lagi terasa, cuma mungkin anda sudah dapat membiasakan diri, dan ini membantu anda untuk melalui tempoh kehamilan dengan lebih tenang dan positif. 

2) Ibu2 akan mula senang untuk melepas kan GAS iaitu dr segi kentut ataupun sendawa. Simpton ini adalah normal, so jangan bimbang ye. 

3) Pada minggu ini, kaki sudah mula cramp, dan mengganggu tidur malam anda. Oleh itu, pastikan kaki anda lebih tinggi semasa tidur . 

4) Garisan hitam mungkin akan terbentuk di perut anda, dan ia dinamakan Linea Nigra, jgn bimbang, ianya normal semasa tempoh kehamilan. 

Okay, itu sahaja buat kali ini. 

Salam kasih, 
Ummi.Safiyya

Wednesday, 15 October 2014

SEDEkAH

Salam semua,

hai, saje nak share thought pasal sedekah..

Yup, sedekah.. memberikan sedikit duit kita pada orang yang memerlukan.


Pic : Ihsan Mr Google

Tapi, senyuman juga sedekah, belanja orang juga sedekah... 

Menyebut pasal belanja orang especially bab makan, memang banyak benarnya. Sebabnya, ainie ada seorang kawan yang agak berusia, dan setiap kali waktu makan, mesti dia yang akan belanja.. Kalau la orang lain nak bayar, mesti orang tue kena marah (in a good way) then for sure untuk hari2 yang mendatang, semua orang tak berani nak bayar, coz bimbang member nie marah. 

So nak dipendekkan cerita, pagi ini ada sembang2 ngan dia, and suddenly dia kata, dia dapat offer kerja sehari RM 1,800 - RM 2,200. So in total dalam sebulan, dalam RM 39,600 - RM 48,400. wow... rezeki..... 





Memang, dan ianya terbukti... 

Mudah2an kita juga akan menjadi sebahagian dr golongan ini, dan dimurahkan rezeki. 

Lagi satu, kawan ainie tak pernah TIDAK memberi pada mereka yang dtg pada dia untuk meminta sedekah, sebab katanya, 

"Kita tak tahu dan takkan pernah tahu kalau yang datang meminta sedekah pada kita itu, sebenarnya manusia atau MALAIKAT yang ALLAH S.W.T utuskan untuk menguji kita. "



Salam SedeKah, 
Ainie.Humpis







Tuesday, 14 October 2014

PUTING BELIUNG : Di MALAYSIA ?

Salam semua,


Pada tarikh , 14 October 2014, negara kita dikejutkan dengan berita PUTING BELIUNG melanda Pendang, Kedah, Malaysia.

Ye, negara kita yang tercinta..

Rasa cam tak percaya, coz selama nie melihat kejadian seumpana ini di negara Barat, memandangkan kita telah pun set mind kita bahawa Malaysia sebuah negara yang selamat dr bencana alam kerana kedudukan kita di dalam garisan khalutistiwa dan juga mempunyai banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara kita dan ini melindungi angin2 supaya memutar menjadi puting beliung...


Ya Allah , kuasaMu tiada siapa yang bisa menandingi...
Kau mampu berbuat apa sahaja,
Sementelah kami ini CiptaanMu,
Dunia ini juga CiptaanMu,

Kami hanya hambaMu,
Kami hanya mampu berserah,
Kami hanya mampu berdoa,
Kerana itulah Senjata kami,

Ya Allah ,
Moga peringatan ini menjadikan kami lebih dekat denganMu,
Lebih giat gandakan amalan kami,
Lebih giat basahkan lidah kami,
Lebih menginsafkan kami,
dan mengingatkan kami,
BAHAWA KIAMAT ITU TELAH DEKAT..


Antara gambar2nya,

Sorry, all this pic ainie ambik dr Pak cik GOOGLE.







Salam dr Gombak,
Ainie.Humpis

2nd Pregnancy : Adik Aisyah


Pic : Adik Aisyah to be... 

Salam semua, 

Fuh..... Alhamdulillah. Finally this is adik aisyah to be.. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik .. 


For this second pregnancy, we still choose Gombak Medical Center untuk buat check up dan bersalin di sana. Layanan yang baik, dr nurse sampailah ke doktor membuatkan ainie tidak teragak2 untuk memilih Gombak Medical Center. 

Dear My future son/daugther, 

Ummi mendambakan saat2 ini..terima kasih kerana sudi membesar dalam rahim ummi. Tak sabar nak jumpa bulan 4 nanti... 

Hug and kisses.. 


Dear My Beloved Aisyah, 

Ummi always and will always love you.. Thank you for being such a good, adorable and cute little girl for me and papa. Thank you for hadir dalam hidup kami.

Salam Kasih, 
Ummi.Safiiya 





Monday, 13 October 2014

GAJI : UNTUK APA ? HIDUP atau BERMEWAH

Salam...


Hai.. hurm.. today terasa terpanggil plak nak tulis pasal gaji.. ngeee bukannya nak merungut, atau mengungkit.. dan bukan tak cuba untuk meluahkan pada meraka yang layak mendengar dan membuat keputusan, tp semuanya tak berhasil....

Ye, ak bersyukur kerana ak punya kerja,
Ye, ak bersyukur kerana ak punya duit masuk setiap bulan dalam akuan bank,

Cuma, ak mengharapkan agar ak dan kawan2 ak dibayar selayaknya dengan kerja yang diletakkan di bahu kami..

Bagi ak, RM 1,500 tidak cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih2 lagi di pinggr ibu kota Kuala Lumpur.. Walaupun pinggir, Lembah Klang merupakan tempat yang pesat membangun dan sgt strategik bagi proses pembangunan. dan kini, Lembah Klang tengah membangun dengan gelojohnya.. Di sini, harga rumah sewa sahaja, mencecah ribuan ringgit, manakala rumah flat dalam lingkungan RM600.00.

Ini baru bab kemudahan perumahan, okay, apa kata kalau kita tablekan, (Anggaran bagi yang bujang)

1) Sewa Rumah              : RM 300.00 (Kongsi)
2) Makan Minum (Ofis) : RM 200.00
3) Belanja Dapur           : RM 200.00
4) Minyak & Tol           : RM 400.00
5) Loan Kereta              : RM 600.00
6) Loan PTPTN            : RM 100.00
7) Duit bg Mak Ayah   : RM 200.00
JUMLAH                       RM 2000.00

PENDAPATAN RM 1,500 , anggaran belanja RM 2,000.00 huhuhuh bukan nak mintak simpati tp inilah realiti.. ini belum lagi dh kahwin, duit taska, duit pampers, duit susu, duit rumah sewa, duit emergency klinik, dan lain-lain lagi.. 

Ini baru basic, sebab ainie tahu, ukur baju di badan sendiri, sebagai perempuan , mestilah nak shopping bagai, baju anak nak berganti, mainan nak bertambah sejajar dengan pertumbuhan umur anak.. 

Walauapa sekalipun, Ak masih bersyukur dengan apa yang ak miliki, dan apa yang ak dapati setiap bulan, moga Allah membuka hati mereka2 yang berkuasa memberikan kami hak selayaknya....

Salam kasih,
Ainie Humpis

                  


FAIZUL RIDZUAN : Siapa dia?

Salam, 

Hai, today just nak share pasal seseorang yang biasa menjadi luar biasa... 

Nak tahu pasal siapa? 

Ye, Faizul Ridzuan. 

Katanya Orang Kaya yang tak pernah susah, ainie sharekan siapa dia sebenarnya.. 

Berkongsi melalui akaun FaceBooknya dengan artikel bertajuk, 

FAIZUL RIDZUAN ORANG KAYA YANG TAK PERNAH SUSAH? MINYAK RM0.20 dan GAJI GRADUATE RM2500 SEBULAN TAK CUKUP? :
"Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sbb saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.
- Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dgn sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sbb ramai lagi yang takde duit untuk makan.
- Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 org yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.
- Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?
- Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.
- Sebab lapar sgt, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food org lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari org lain.
- Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.
- Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.
- Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.
- Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sbb mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan mlm atau sarapan untuk esok.
- Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.
- Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.
- Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad the tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni mmg best sbb langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sgt byk.
- Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank sbb nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dgn kekecohan gaji permulaan
- Waktu berkerja di bank, mcm mcm business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya byk belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 mlm sbb ada kerja 9-5 dan business.
- Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menatu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya mmg takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (skrg dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.
- Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sgt membeli kereta sbb ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.
- Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.
Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tgk ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan? Saya tak nak sempit rezeki…..dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.
Subsidi minyak skrg ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.
Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga. "

Hurm , bukan senang nak senang... setiap orang ada pandangan tersendiri, bagi ainie... Hidup di dunia hanya sekali.. tak salah kalau kita berusaha untuk memberikan yang terbaik dan termampu untuk orang2 yang kita sayangi dan juga sebagai salah satu method untuk menghargai diri sendiri . especially bg mereka yang bekerja ... Bekerja dan dalam masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, sgt mencabar minda dan menguji kesabaran kita... Memang, penat akan terubat melihat teletah anak dan senyuman suami, tp reward akan membuatkan kita lebih motivasi untuk bekerja.. Siapa setuju? hehehheh  tapi kalau kerja makan gaji jew, mungkin kurang mencukupi untuk menampung segala keperluan hakiki dan tambahan yang ada.. Jom kita mula berfikir... 

Ainie pun tgh berkira2.. bukan kita ini orang yang tidak mempunyai prinsip, tp kalau cara dia betul, tak salah kita ikut selagi tidak memudaratkan diri sendiri ye dok... 

Salam PelabuRan, 
Ainie.Humpis

Thursday, 9 October 2014

KARMA

Salam,

Hai, ari nie duk tgh bersembang2 ngan kawan... tetiba teringin plak nak tulis pasal KARMA..
Hurm normally KARMA nie kepercayaan masyarakat Barat,

"What goes around , Goes Around"

Tapi yang pasti dalam ISLAM, pun banyak sgt dalil mengatakan pasal kebaikan akan dibalas kebaikan , begitu juga sebaliknya...  teringat pepatah melayu, 


" BUAT BAIK BERPADA2, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"



Bukanlah nak mendabik dada mengatakan yang kita nie baik sgt dan tidak melakukan sebarang kesalahan , sebab kita kan manusia, manusia memang tak sempurna , hanya Allah yang sempurna. Tapi perlakuan dan sikap segelintir kawan2 kita, sumtimes menyakitkan hati.. Hati kecil, lagi rapuh.. HUrm .... keep positif... percaya bahawa Allah tue MAHA MELIHAT, MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGETAHUI.. mungkin kita dalam mood PMS, so bile orang buat perkara yang menyakitkan hati kita walhah, dia tak berniat pun nak buat kita sakit hati.. and mungkin kita tgh moody, pergh...lagi la menghancur luluhkan hati yang memang tgh tak de mood tue... Jom suntik mood POSITIF dalam diri.. 




Buatla apa yang kau rasa betul...
Buatla apa yang kau rasa patut...
Buatla apa-apa pun, 

Yang penting, 
Ak masih punya ALLAH untuk bergantung, 

Walau mungkin perlakuanmu itu, 
menyakitkan hati, 
dan mungkin merundumkan semangatku, 

Ak masih punya ALLAH untuk ak mengumpulkan semangatku...

Terima kasih. 


Salam positif, 
Ainie.Humpis



Tuesday, 7 October 2014

Hand Phone dan Kerja

Salam,


lalalalal, tajuk entri pun agak2 la.. ngeee

Tapi itu la kan, hand phone ke talipon ke tetap barang yang sama.. Now, semakin canggih.. Kalau dulu tak de application pelik2 dalam phone, sekarang..FB la, instagram la, whats apps la, line, we chat, kamera pun dah macam kamera biasa.

itulah dia kan, kisah telefon bimbit yang semakin canggih... ape kena mengena plak dengan kerja? hurmmmmm....



Pic : Ihsan Mr Google


eh, eh chupp... ye la kadang2 ada orang waktu bekerja pun sebuk jew ngan phone.. kejap2 tut3... tak pun bergetar jew... lelaju tgk.. hehehhe ainie tak cakap orang.. ainie pun tgk hand phone jugak masa bekerja... 

Korang  ? hurm... tepuk dada tanya la iman... ehhhh gitu...




Pic : Ihsan Mr Google

tak salah... JANJI KERJA KO SIAP... ko ghase ak kesah? ahahah tak la.. for me the mmost priority is work.. 

Itulah punca rezeki, 
Itulah nak bagi anak2 makan, 
Itulah nak share ngan mak bapak kita, 
Itulah BERKAT usaha kita, 
Kalau tak berkat, 
Mula la tak cukup itu dan ini.. 

Pikirla mana yang baik, yang betul.. 



Salam manis, 
Ainie.Humpis

Perkembangan Bayi : Minggu ke-10 Kehamilan

Salam semua,

Hai, this week is 10th week of pregnancy. So jom ainie share perkembangan baby inside tummy.

At 10th week of pregnancy,
the size of the baby are like a PRUNE.



Pic : Ihsan Mr google


Dan perkembangan baby as per below :

1) Pembentukan sendi2 lengan , tulang rawan dan tulang sedang berlaku dengan cepat. 

2) Organ utamanya telah terbentuk dengan sempurna, dan mereka sedang berkerja . Contohnya seperti jantung. 

3) Jari-jari kaki dan tangannya mula muncul begitu juga dengan rambutnya. :)

4) Kini, baby sudah mampu menelan dan menendang. Percaya tak ?




Pic : Ihsan Mr Google


Alhamdulillah, semoga baby membesar dengan sempurna. Only 30 weeks to go. 

Thats all.. Jumpa next entry 11 weeks. 

Salam Kasih, 
Ummi.Safiyya


Aisyah Safiyya : 1Year 3 Months


Salam semua ,

hai, aisyah dh 1 year and 3 months old.... alhamdulillah, semakin besar semakin bijak..

Aisyah anak ummi tersayang...

Sekarang aisyah dh semakin bijak nak berdikari sendiri.
Makan pun nak sendiri, minum pun nak sendiri, pakai seluar sendiri, pakai baju sendiri.. Alahai anak ummi, sungguh .. cepat sgt masa berlalu, dan kamu membesar dengan sangat cepat.. Rindunya kamu masa kamu mula2 lahir melihat dunia. Dengan mata sepat segan2 buka... Sungguh ummi rindu.. now pandai dah buntangkan mata dan protes kalau apa yang aisyah hajati ummi tak bagi..

Aisyah,

Ummi nak aisyah tahu, ummi syg aisyah semampu mungkin...walaupun ummi tgh mengandungkan adik aisyah (in sha Allah) .. aisyah tetap di hati ummi.

Luv u lots my little daugther.

Sesungguhnya ummi menerima amanah dan hadiah yang amat bernilai dr Allah dr syurga.. dan itulah KAMU...

Kamu, Aisyah Safiyya Bt Muhammad Hafiz.











*Sorry , entri yang agak penuh dengan emosi.. 
Sungguh sebagai ummi, ainie sgt berterima kasih, Allah pilih Aisyah untuk bersama ainie.. 
Ummi akan cuba untuk menjadi ummi yang terbaik untuk aisyah. 

Salam kasih, 
Ummi.Safiyya


Friday, 3 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam semua,

Sempena raya aidiladha yang bakal menjelma, so ainie nak ucapkan selamat hari raya, mohon maaf andai ada yang terasa..

Semoga raya ini lebih bermakna...

Kenapa Hari Raya ini disambut?

Hari Raya Aidiladha disambut oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan ibadah Haji. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana umat Islam yang mampu untuk mengerjakan ibadah korban boleh berbuat demikian dengan menyembelih haiwan seperti unta, lembu, kambing dan juga biri-biri (ikut kemampuan masing2)

Ibadah korban dijalankan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail A.S kerana patuh dan taat kepada perintah Allah S.W.T. Namun, berkat kesabaran, ketaatan dan kecintaan yang tinggi pada Allah, maka Allah telah menggantikan dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahi bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini dirakamkan di dalam surah di bawah,


" Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." Surah As-Soffaat: 101 - 108


Selain bercerita tentang pengorbanan, korban , taat dan sabar pada jalan Allah, ia juga menyaksikan sedekah dan amal jariah yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah kerana, daging korban yang ada akan diagih-agihkan pada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi golongan yang difikirkan perlu. 


Semoga segala amalan dan ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.




Salam AidilAdha, 
Ainie.Humpis

RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...