Friday, 25 July 2014

BOIKOT ?? PERLU KE ?

Salam semua,

Sana sini duk canang boikot several produk... nak tahu produk ape? Hurm produk dr ISRAEL and product2 yang menyalurkan bantuan kewangan kepada ISRAEL... anda setuju ? ye, to be honest saya setuju.. bukan ape, since ainie tak mampu nak pegang senjata memerangi musuh agama, kita boikot la produk2 dia...


ihsan : Mr google



Hurm nak tahu produk2 nya,





Nampaknya produk2 nie telah pun dan mungkin agak sebati dengan kehdupan kita. 

Meh nak listing skit :

MAKANAN & MINUMAN :

- Coca Cola
- Maggi 
- Kit Kat 
- Fanta 
- McD
- KFC
- Sprite 
- Nestle
- Kratf
- Pepsi 
- Starbucks
- Danone
- Burger King
- Popeye
- Halls
- M & M
- Chillis
- Kellogs
 dan macam2 lagi, 

Owh nampak dengan jelas, kebanyakan makanan dan minuman dalam list nie memang favourite kita , jom..kentalkan hati, lets us slowly boikot and  finally stop from buy the product. 

Alhamdulillah since ramadhan , ainie dh mula stop from going all the listed places that i used to eat before. Jom kita boikot... Mudah2an cara ini mampu membantu rakyat GAZA...


BARANGAN KESIHATAN & KECANTIKAN 

- Loreal 
- Garnier
- Kotex
- Maybelline
- Revlon
- Giogio Armanni
- Calvin Klien
- Ralph Lauren 
- Mark & Spencer
dan lain-lain lagi


BARANGAN BAYI

- Huggies
- Pampers
- Johnson and Johnson 


Inilah sebahagian barangan yang ainie tahu, so jom mulakan langkah pertama untuk mula stop buying all item from all listed manufacturer .

p/S : Since lahir, aisyah memang ainie belikan brand nie, 









0 months to 3 months 


3 months till now

Pic : Ihsan Mr Google


Ainie ada jugak beli brand lain, 

mcam nie, 




tapi aisyah tak sesuai, memerah plak, kesian kat dia.. 

Semalam pening jugak kepala pikir , nak beli brand apa...


hurm, last2 decide beli jenama nie, 

Harap2 okay la...

Aisyah, ummi do just for you sayang.. Semoga aisyah sesuai...


Yang nie untuk malam.. 



Yang nie untuk siang.. 

Pic : Ihsan Mr Google


Nie baru satu.. more to be boikot... 

Semoga dengan cara ini dapat membantu...


Salam Tukar Barang, 
Ummi.Safiyya.













Thursday, 24 July 2014

Hari Raya Menjelang Lagi

Salam semua,

Prepared already all your belongings ? Prepared all the mix and match baju raya with family and must be insan tersayang dalam hidup kita...

Owh..only few days left before kedengaran Takbir Raya di pagi Satu Syawal..

Eh, dh terasa plak sayu dan sedih hati ini..


hurm, Alhamdulillah rezeki,

REzeki ........ masih punya keluarga, 
Rezeki ..........masih punya Mak Ayah, 
Rezeki ..........masih punya adik - adik , 
Rezeki ..........masih punya suami, 
Rezeki ..........masih punya anak, 
Rezeki ..........masih mampu menukar baju baru, 
Rezeki ..........masih mampu ada kasut baru, 
Rezeki ..........masih mampu bernafas , 
Rezeki .....

Ya, ini semua rezeki Allah bg.. REzeki masih lagi hidup , sihat, masih boleh bertutur, masih boleh merasa, masih boleh melihat, masih bole berjalan......

Alhamdulillah.....

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan hebat ini, 

Terima kasih atas pinjaman ini,

Terima kasih....


Syukur alhamdulillah....


Pada mereka yang mungkin tiada rezeki seperti apa yang ainie senaraikan atau mungkin ada rezeki yang lebih, bersyukurlah... Ucapkan Alhamdulillah, 

Ya, anda mungkin tiada rezeki keluarga yang ramai, 
Tapi anda masih ada keluarga, 
Anda mungkin tiada rezeki suami, 
Tapi anda mempunyai keluarga untuk beraya bersama, 
Anda mungkin tiada rezeki anak, 
Tapi anda mempunyai suami yang memahami, 
Anda mungkin tiada rezeki baju baru, 
Tapi anda masih punya baju lama yang masih elok, 
Anda mungkin tiada kasut baru, 
Tapi anda masih ada kasut yang elok untuk dipakai, 

Bersyukurlah, kerana kalau dingatkan pada mereka di GAZA, 
kita sememangnya LEBIH, EVEN MUCHHHHHH BETTER Then diorang, 
Makannya belum tentu ada, 
Lauknya belum tentu berganti, 
Pakainnya belum tentu bertukar, 
Kasutnya apatah lagi...
dan yang penting sekali, 
ainie pasti mereka mendambakan kehadiran orang2 tersayang bersama mereka, 
KELUARGA, 
SUAMI, 
ISTERI, 
MAK, 
AYAH...




KEEP PRAY FOR THEM......PRAY FOR GAZAPRAY FOR PEACE



Salam Lebaran, 
Ummi.Safiyya




Wednesday, 23 July 2014

Minggu Terakhir Ramadhan

Salam semua,

Hurm ...
Minggu nie merupakan minggu terakhir di bulan ramadhan ....
Anda semua sudah bersedia ?
Ramadhan akan meninggalkan kita,
Ramadhan akan membawa bersama segala nikmat yang Allah pinjamkan yang hanya ada di Bulan ini,
Lailatul Qadar, Malam seribu bulan,

Antara hadis-hadis yang berkaitan adalah :

1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A , maksudnya : Bahawa sesungguhnya Nabi pernah bersabda,  "Ketika datang bulan Ramadhan , Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu syurga terbuka, dan pintu neraka ditutup, syaitan - syaitan dibelenggu. Dalam bulan puasa ini, ada satu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan maka barangsiapa yang diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik di dalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti bulan ini)
(Hadis Riwayat : Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadis Shahih Ligwahairihi)

2.  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A , maksudnya :  Bahawa sesungguhnya Nabi pernah bersabda,
"Solat Lima Waktu, Solat Jumaat sampai Solat Jumaat berikutnya , Puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya adalah menutup dosa - dosa ( kecil ) yang diperbuat diantaranya keduanya, bila dosa - dosa besar dijauhi.
(Hadis Riwayat : Muslim)




Pic : Google


Salam Manis, 
Ummi.Safiyya



Sunday, 20 July 2014

MH17 : TRAGEDI DI BULAN RAMADHAN

Salam semua,

Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi tragedi yang cukup tragik pada tahun ini.
Past plus minus 5 months ago, kita semua dikejutkn dengan kejadian MH 370, ia hilang , ntah tak tahu di mana, bagaimana keadaannya, bagaimana keadaan anak kapalnya... bagaimana keadaan penumpangnya... Hanya Allah yang tahu....

kini, MH17 pula... Sungguh ia amat merentap hati... apatah lagi pada mereka yang menunggu insan yang tersayang untuk bersama2 menyambut hari raya tahun ini...

Seramai 298 anak kapal dan penumpang maut.

Al-Fatihah, semoga mereka tenang di sana bersama Pencipta.





Di sini ainie paparkan sedikit gambar, agar anda semua lihat sendiri tragedi ini.












MH17 dilaporkan ditembak oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 17.7.2014 menggunakan peluru berpandu bumi udara (BUK) SA 17 Grizlly, ia merupakan pesawat boieng 777 dan merupakan antara pesawat yang canggih dimiliki oleh MAS dan telah berkhidmat selama 17 tahun.

Antara Fakta Menarik :

1. Rusia. China. Iran. Adalah proksi yang bersekutu.

2. Kumpulan pemisah Ukraine pro Rusia ialah pejuang pemisah yang bersekutu dengan Rusia.

3. Vladimor Putin ialah Presiden Rusia.

4. Dakwaan mengatakan bahawa kumpulan pemisah mahu menembak mati presiden Rusia adalah karut kerana kumpulan pemisah wilayah bergolak dan Rusia bersekutu.

5. Rusia menafikan melalui ruang udara Ukraine. Sehingga kini pihak yang mendakwa Rusia melalui ruang udara Ukraine tidak menghadirkan bukti laluan pesawat yang dinaiki oleh Putin.

6. Setakat ini hanya Ukraine keluarkan kenyataan rasmi bahawa peluru berpandu itu ditembak oleh kumpulan pemisah Ukraine.

7. Tiada pengakuan rasmi yang dikeluarkan oleh ketua kumpulan pemisah Sergev Kavtaradze.

8. Rusia menafikan terbabit (bertanggungjawab) dalam insiden berkenaan. Kumpulan pemisah juga menafikan terlibat mendalangi insiden berkenaan. Mereka menyatakan bahawa misil yang dimiliki oleh mereka hanya mampu menundukkan pesawat yang terbang 3,000 hingga ke 4,000 kaki dari aras laut semata2.

9. Ukraine menafikan mendalangi insiden pesawat #MH17 ditembak jatuh. Dan media-media rasmi Ukraine mengeluarkan bukti bertalu-talu yang tersebar di pelbagai jenis media terutamanya yang pro kepada barat bahawa RUSIA dan kumpulan pemisah ialah dalang kepada insiden berkenaan. Setakat ini bukti yang dikeluarkan oleh Ukraine seperti rakaman perbualan telefon yang dipintas, gambar kenderaan misil yang bergerak ke sesuatu lokasi dan juga bukti berita yang mengesahkan satu pesawat ditembak jatuh adalah bukti-bukti yang tidak dapat direkodkan sebagai sahih.

10. Ukraine. Britain. Australia. USA. Ialah mereka2 yang bersekutu.

11. Agensi2 berita seperti CNN, Telegraf, Dailymail, Foxnews ialah media-media yang bersekutu dengan barat.

12. Kebanyakkan agensi2 ini lebih condong melaporkan kenyataan2 dari pihak Ukraine dan barat berbanding melaporkan kenyataan dari Rusia.

13. Gambar2 pesawat dari Ukraine yang jatuh terhempas ditundukkan oleh kumpulan pemisah ialah merujuk kepada serangan melalui jet pejuang. Bukan menggunakan peluru berpandu.

14. Malaysia tidak membuat kenyataan rasmi dengan MENGESAHKAN bahawa #MH17 telah DITEMBAK jatuh bagi menjaga PENDIRIAN RASMI mereka untuk TIDAK CONDONG kepada mana-mana kenyataan samada dari UKRAINE, wilayah yang bergolak mahupun RUSIA untuk melindungi negara daripada terjerumus kepada satu situasi yang lebih sukar.

15. Ukraine mengatakan pesawat telah ditembak jatuh. Dan ia ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah. Malaysia memerlukan masa bagi menyiasat bukti-bukti berkaitan untuk mengesahkan kenyataan Ukraine.

16. Maka perkataan DIPERCAYAI digunakan oleh MEDIA MALAYSIA bagi memastikan bahawa MALAYSIA tidak CONDONG kepada mana-mana tuduhan terhadap pergolakkan di timur Ukraine.

17. Setakat ini MALAYSIA hanya mendengar hujah2 dari pelbagai pihak tanpa diberikan peluang untuk memastikan kenyataan dari pihak2 tersebut adalah benar.

18. Ramai rakyat Malaysia tak faham bahawa PERANAN MEDIA ialah melapor. Kenyataan presiden Ukraine bukannya Alquran yang sehinggakan PM Malaysia perlu patuh dan bersetuju tanpa diberikan ruang untuk menyiasat kejadian.

19. Rusia dan Ukraine saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Rusia menyalahkan Ukraine adalah punca kejadian kerana mahu memerangi semula wilayah bergolak sehingga senjata terpaksa dinaikkan semula.

20. Ukraine mengeluarkan kenyataan mereka ada bukti bahawa misil sengaja dilepaskan dan disasarkan kepada pesawat MH17.

21. Ketika ini Ukraine dan pihak media pro BARAT mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menekan dan mengaitkan Rusia dalam insiden keganasan terbaru.

22. Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa kotak hitam telah ditemui dan akan diserahkan kepada MOSCOW. Ukraine mengecam tindakan ini sebagai campurtangan pihak Rusia dan USA bimbang jika ada cubaan untuk meminda bukti tempat kejadian untuk melindungi tindakan kumpulan pemisah dan Rusia.

23. Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari Rusia dan kumpulan pemisah bahawa mereka telah menemui kotak hitam. Akan tetapi kumpulan pemisah telah membuat kenyataan jika kotak hitam ditemui ianya akan diserahkan kepada MOSCOW untuk siasatan rasmi.

24. ICAO dan Australia mendesak agar siasatan diketuai oleh pakar penyiasat antarabangsa yang adil dan telus dan kotak hitam diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengetuai siasatan tersebut.

25. Angka 41 ialah jumlah mereka yang berada di dalam penerbangan tetapi tidak dapat ditemui setakat ini.

26. Zon laluan penerbangan yang diikuti oleh MAS ialah zon laluan selamat yang diisytiharkan oleh pihak penerbangan antarabangsa dan bukannya disahkan selamat oleh Malaysia. Malaysia hanya baca kenyataan yang disahkan oleh pihak2 yang berauthoriti yang menentukan apa laluan yang selamat diikuti.

27. Ruang udara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Ukraine hanya melarang syarikat penerbangan dari proksi barat seperti USA dan BRITAIN dari menggunakan ruang angkara mereka. Negara2 berkecuali seperti Malaysia tidak terbabit sama sekali dengan larangan tersebut.

28. MH17 dikesan kali terakhir terbang pada ketinggian 33,000 kaki seperti yang direkodkan oleh FLIGHTRADAR24. Ketinggian 33,000 kaki adalah ketinggian yang dibenarkan untuk terbang tanpa dianggap sedang menceroboh ruang angkara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah.

29. Tiada panggilan kecemasan yang dibuat oleh anak kapal sejurus perhubungan komunikasi mereka terputus dengan menara kawalan udara Ukraine dan KLIA.

30. Dengan berlakunya insiden pesawat ditembak jatuh maka dunia sudah mengisytiharkan bahawa konflik yang berlaku di wilayah Ukraine adalah konflik antarabangsa dan negara2 kuasa besar akan diberikan hak untuk campurtangan bagi menentukan hala tuju konflik berkenaan.
Ini adalah beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum mengulas macam tahu semua benda. Aku dah cakap awal2. Manipulasi media adalah sesuatu yang korang tak boleh abaikan. Kita boleh baca apa yang barat lapor. Kita boleh baca apa yang media Malaysia lapor. Kita boleh baca semua. Tapi untuk terima bulat2, kita kena fikir masak2. Ada sesetengah perkara memang betul dan tiada masalah untuk kita terima. Tapi ada sesetengah perkara ialah propaganda yang bertujuan untuk menjatuhkan satu2 pihak dengan menjadikan MALAYSIA sebagai mangsa keadaan.

TAHUKAH KALIAN SEMUA...
Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak berpihak ialah tindakan yang betul. Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membabi buta mengesahkan kenyataan presiden Ukraine ialah tindakan yang betul. Kita akui pesawat terhempas dan pesawat tersebut adalah milik MAS tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku. Apa puncanya kita tatau. Jadi bila Najib tak mengesahkan apa2 ia adalah tindakan yang betul. Untuk mengesahkan samada kenyataan Ukraine sahih ataupun tidak sahih, kenyataan Rusia sahih ataupun tidak sahih, kita perlu lalui satu proses siasatan.
CC TO: www.PustakaTerahsia.com


FAKTA TERSEMBUNYI : Ini mungkin salah satu jenayah profil tinggi terancang untuk mengalihkan pandangan dunia atas kekejaman ISRAEL Laknatullah pada GAZA dan semestinya pandangan dan fokus kita sebagai sebahagian rakyat MALAYSIA yang menjadi penyokong tegar pada GAZA dan menjadi penyumbang utama pada mangsa2 di GAZA, Wallahualam.. Hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI. 

Salam Sayu, 
Ainie.Humpis

Tuesday, 15 July 2014

ASH ANNAS : SALE SAMPAI LICIN

Dear all,

Since ramai yang review pasal skirt meletop ASH ANNAS, so ainie nak bgtau, yang ASH ANNAS akan mengadakan SALE pada 19 and 20 ari bulan nie...


yey..
yey
yey
yey

aah sabtu dan ahad nie.. datang la serbu...

chaapppp chusss....

ahahaha ainie baru ade dua jew skirt letop die.. so masa nie la nak tambah koleksi.. yippie...


dengar kata skirt - skirt ASH ANNAS Harga mampu milik dan nanges kalau dengar tp tak beli.. gitu.....
fuhhh, leh wat raya uoollsss..

Skirt ape yang diorang wat sales,

hurm..


SENARAI HARGA, komfom korang nanges baca.. hakak pun nak nanges ...(T_T)


1) Satin Exclusive Flared Skirt
    Harga ASAL                             : RM 249
    Harga VENDEUR FESTIVAL : RM 150 
    Harga SALE 19 & 20 JULY     : RM 50...  nanges dikkkkk

2) Lace Premium Collection
    Harga ASAL                             : RM 249
    Harga VENDEUR FESTIVAL : RM 150 
    Harga SALE 19 & 20 JULY     : RM 100...  nanges dikkkkk

3) Royal Chiffon Exclusive Flared Skirt
    Harga ASAL                             : RM 299
    Harga VENDEUR FESTIVAL : RM 150 
    Harga SALE 19 & 20 JULY     : RM 100...  nanges dikkkkk

waaaa... rugi uoollsss.. sape peminat tegar ASH ANNAS kena la pergi kan...

Chapp chussss....


Jom SERBU...



Salam SKirt MEletop,
Ainie.Humpis



Wednesday, 9 July 2014

GAZA under ATTACK


Salam semua,

Perasaan sebak menyelubungi ...membaluti perasaan hari ini.. Rata2 rakan di FaceBook memaparkan mesej tentang , GAZA diserang..

Ya, GAZA diserang secara terang - terangan oleh tentera ZIONIS YAHUDI Laknatullah.
Di bulan Ramadhan yang mulia, keamanan Gaza dirobek dengan rakus oleh tentera zionis.

Di kala kita tenang menghadapi ramadhan dn menjalani ibadah ini dengan aman dan tenteram, saudara seislam kita dibumi Gaza, bermain dengan perasaan dan kebimbangan yang berterusan...

Lihatlah betapa rakusnya bumi ini diserang...
kepulan asa tanda sudah tertanam bom di situ..


Dan wajah mulus anak ini, Ya Allah sungguh ia meruntun hati ibu , hati ummi sayang.... tenanglah kamu di sana...



Allahuakbar, tentunya pedih sekali kesakitan yang dirasai oleh anak ini, andaikata inilah anak kita, Ya Allah bagaimana la perasaan kita sebagai ibu, mama, ummi.. 




dan, hati ini lebih lagi terasa sedihnya... Ya Allah, mungkin sahaja anak ini menjadi yatim piatu... setelah kematian ibu dan bapanya.. Sungguh, andai ummi punya sayap, ummi terbang mengambilmu sayang....

Allahuakbar..
Allahuakbar...
Allahuakbar...




dan ini lagi, 


dan ini lagi...


dan lagi, pemandangan di waktu malam ..



Ya Allah, sungguh berat ujian yang Kau timpakan buat saudara kami, 
sungguh kalau aku punya magic atau punya senjata akan aku gunakan untuk menentang tentera - tentera zalim ini habis - habisan...

Ya Allah, ak tak punya apa - apa melainkan doa...

doa senjataku, 

dan kuharap semua yang membaca entry ini juga sama2 berdoa untuk suadara kita di Gaza...

Please...
Please...
Please..

Pinjamkan 2 minit waktu kalian untuk berdoa, semoga keajaiban terjadi di bulan ini...



Salam bumi GAZA, 
Ummi.Safiyya




Monday, 7 July 2014

Jika Tiada....


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni
Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah



Salam Ukhwah... 



Friday, 4 July 2014

Tukul dan Pahat

Salam semua,

hye...salam Jumaat yang pertama di bulan Ramadhan.

Tukul and pahat?

pernah dengar ? pernah tahu ?

hurm...

teringat satu pesan mak,

Kata mak,

" Kalau nak berjaya dalam ape jua bidang, jangan amalkan seperti tukul dan pahat, bila diketuk baru nak berjalan. "



picture credit to google


in sha Allah, mudah2an ... 
aaammmiiinnnn...

akan ku semat erat dalam diri.. 

Terima kasih atas nasihat mak.. 

Salam rindu, 
Ainie.Humpis

Thursday, 3 July 2014

Sekadar Renungan : Selalu


SELALU, 
kita nampak kesalahan orang, 
sampai kita lupa kita juga melakukan kesalahan yang sama, 


SELALU, 
 kita nak orang layan kita baik, 
cakap elok-elok, 
sampai kita lupa bagaimana mahu menutur kata dengan baik dan elok, 


SELALU, 
kita memberi kritikan, 
sampai kita lupa sebenarnya ia ditujukan buat kita juga, 


SELALU, 
kita mengatakan ini tak betul, itu tak betul, 
sampai kita lupa sebenarnya kita melakukan perkara yang tak betul tue, 


SELALU, 
kita merasakan kitalah yang terbaik, 
tp sebenarnya kita lah yang pembuat onar, 
kitalah yang membuat masalah, 
kitalah punca orang bermasam muka, 
kitalah punca masalah itu, 


SELALU, 
kita merungut, 
kita komplain, 
kita patut dapat yang lebih baik atas apa yang kita ada sekarang, 
tapi kita tak buat apa yang Tuhan suruh kita buat, 
kita leka dengan duniawi, 
kita tak jaga mulut kita, dr menyakitkan hati orang, 
Kita tak jaga mata kita, dr melihat benda yang bukan-bukan, 
kita tak jaga telinga, dr mendengar perkara yang sia-sia. 
sedangkan dengan manusia pun kalau kita meminta, 
pasti ade syaratnya, inikan pulak dengan PENCIPTA kita. 





AUDIT DIRI, SEMOGA LEBIH DIBERKATI. 



Ainie.Humpis


Wednesday, 2 July 2014

ASH ANNAS : VENDEUR FESTIVAL 2.0

Salam..

yey, sape tahu skirt meletops produce by Ash Annas angkat tangan ? ngeh2... hurm likely to annouce he will do MEGA SALE menangis tepi bucu katil sambil lap air mata guna bucu selimut.. phewwww...


seronok kan dengar....


hurm Ash akan bergabung bersama 200 vendor lain bagi memeriahkan Vendeur Festival 2.0.. yey..






Antara vendor - vendor lain yang ado :

1) Ariani
2) Aidijuma
3)AlHumaira Contemporary
4) Sugarscarf
5) Tudung People
6) Mazlianul Maznan
7) Dherbs
8) Jelita Sara
9) Bella Ammara
10) Fatin Suhana
11) Fashion Republik
12) The Geroboc

and many more.. 

So jom la join ramai2.. mesti meletop uoolsss , cari keperluan raya..satu hari jew.. chappp chusss... sonang cito... 

Ade tudung, baju yang elegant, jubah yang menarik, kuih muih, and many more...

So see u there.. 

Di , 



Matrade. yup matrade.. becoz before nie buat di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.. crowd is 20,000... sgt sesak... yang ini pasti nyaman.. tempat pun besor... 

weehuuuuu... saya tak sabar ? anda bagaimana... 


Jom, 
prepare mental and duit... pada 12 and 13 July... 

Jangan lupa ea.. mark kat kalendar cecepat.. 

12 and 13 july, 10 am till 10 pm.. 



See ya.. 

Salam 2.0, 
Ainie.Humpis




RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...