Thursday, 27 February 2014

Kudapan Minda 1 : Katak Tak Selalunya Di Bawah Tempurung

Salam,

Hye dearies semua, ari nie ainie nak berkongsi thought . Ainie saje supaya dearies semua bole berfikir, and perhaps motivate uollss untuk berubah step further in your life.

Iye, ainie akui masing2 dari kita mempunyai qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah. Berkenaan dengan perkara ini, Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiallau'Anhu yang bermaksud :

"Sesunguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nutfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan 4 ketentuan, iaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan jalan hidupnya sengsara atau bahagia."

Riwayat Bukhari dan Muslim


Ya, diakui...memang telah tertulis, tapi, sebagai manusia dan hambaNya, kita disuruh agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara. Seperti Firman Allah S.A.W dalam surah Ar-Ra'du ayat 11 bermaksud,

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri. Apabila Allah menghendaki untuk menimpakan sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Dia."

Oleh itu, andai  kita berusaha, in sha Allah dengan izinya, kita boleh berjaya.
So, apa yang ainie nak cuba sampaikan di sini, pengalaman mematangkan ainie dalam menilai sesuatu yang baik dan juga buruk. Takkan selamanya "katak berada di bawah tempurung". Allah "menginkinkan" kita di sesuatu tempat supaya kita belajar tentang banyak perkara..dan menilai ape yang terbaik untuk kehidupan kita. Andai kita rasa "it is the time to move on".. hence u can proceed with  your kind step. Tp ingat mulakan dengan kaki kanan. hehehe


Jom keluar dr tempurung....








All pic credit to Mr Google...



Lots Of Love, 
Ainie.Humpis


Monday, 24 February 2014

Kudapan Ibu Bapa 2 : TiPS Anak TidUr Lena


Salam,


Hye dearies semua...

Menarik kan tajuk entry kali nie..ngeee... sebab mesti ramai parents , especially mummy yang bekerja then terganggu tidur coz anak kecik comey lotey tue tidur tak lena, sekejap2 bangun.. so, lets me share some useful tips biar anak tidur lena, so mummy pun bole tido lena.. have a great and beauty sleep.


TIPS ANAK TIDUR LENA

1. Gelapkan bilik / kawasan tidur anak anda.

2. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. (Tp kalau si aisyah suke sejuk, kalau sejuk tak berkuit tidow, lena sampai ke pagi.)

3. Bilik sentiasa dalam keadaan senyap.

4. Elakkan bermain di tempat tidur. Simpan permainan. 

5. Jadikan waktu tidur konsisten setiap hari. COntohnya setiap hari, tidurkan dia pukul 9.30 malam. In sha Allah, lama kelamaan akan menjadi habit, dan kita akan surprise pukul 9.30 dia akan minta untuk ditidurkan (ditepuk2 atau sebagainya)

6. Sekiranya bayi anda terjaga malam, mungkin dia mahukan susu atau lampinnya basah. Lakukan proses penyusuan atau penukaran lampin dengan cepat, then tepuk2 supaya dia lena kembali. 

7. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar, dan tidurkan dia . Sebab secara psikologi , bayi akan mengetahui bahawa itu tempat tidurnya..dan dia perlu tidur apabila dia diletakkan di situ. 



Alhamdulillah, tips ini berkesan buat ainie dan aisyah, so mummy2 semua, selamat mencuba.. 





Credit to Mr Google



LoTs Of Love, 
Ummi.Safiyya


Kudapan Ibu Bapa 1 : 22 Cara Mendidik Anak




Salam, 



Hye dearies semua.....


heheheh sehat? alhamdulillah.. Jom .. today ainie nak sharekan 22 tips untuk mendidik anak.. Hehehe ainie pun baru belajar, lets we learn together....  Jom didik dia dengan cara yang betul, moga dia membesar menjadi insan yang berguna....



TIPS MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dr lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/ anggota badan kita untuk memukul anak , nanti anak akan menjadi nakal dan tak boleh control. (Sebab tue Rasullullah nasihat gunakan benda macam rotan)

3) Rotan / Pukul anak di bahagian tapak kaki, sebab secara saintifiknya ia merangsang pengaliran darah ke otak. 

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Hurm sebab tue dalam islam digalakkan memberi nama anak yang mempunyai maksud yang baik. 

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari. Sebab ia akan merangsang IQ anak menjadi lebih kuat. Opps baru teringat, as parents, yang jugak husband and wife pun kena peluk2 ea before g keje, in sha Allah umur akan panjang. (Please note, both fakta dapat melalui kajian) 

6) Pandang anak anda dengan penuh kasih sayang, sebab ia mampu membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran yang lebih mencabar. 

7) Berikan peneguhan kepada anak anda setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Contohnya pujian, pelukan, hadiah atau sekurang2nya ciuman tanda kasih)

8) Jangan mengharapkan anak anda yang belum matang untuk melakukan kebaikan secara berterusan. Sedangkan kita juga melakukan kesilapan. 

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah antara kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Kerana kerja boleh dicari dan diselesaikan, tp keluarga, SATU, and that it is, can not mix and match and even replace it with a better one, sebab siapa yang hadir sebagai keluarga kita, itulah kurniaan terhebat Allah pada hambaNYA. 

10) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tidak akan anda dengari lagi pada masa akan datang. 

11) Jangan pernah MENGELUH selama mana anda membesarkan anak anda, keluhan akan membuatkan anak2 terasa mereka sebagai beban. 

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. 

13) Ajari anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri, mereka akan menirunya. 

14) Buatlah sedikir persediaan bagi menyambut hari lahirnya, dan berikanlah hadiah yang unik untuk mereka, walaupun harganya murah. Apabila kita menghargai die, maka die juga akan belajar untuk menghargai orang2 disekililing mereka. 

15) Kemungkinan besar, anak kita memerlukan pengajaran yang lebih dr sekali.. huhuhu teringat iklan petronas, itu burung ape ayah? burung murai... Burung ape? Burung murai....

16) Luangkan masa bersama mereka diluar, dan pegang tangan mereka sewaktu berjalan. Sebab mereka akan merasa pentingnya kehadiran mereka di antara ibu dan bapanya. 

17) Dengarlah cerita mimpi ngeri mereka, sebab mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka akan belajar untuk menghargai barang2 anda. 
Elakkan dari terus membuang mainan kesayangan mereka walaupun sudah rosak, mintalah izin dari mereka. 

19) Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. 

20) Terimalah bahawa kita bukanlah ibu bapa yang sempurna, ini akan mengurankan stress anda. 

21) Jangan membawa bebanan kerja ke rumah, nanti anak2 akan belajar bahawa kerja adalah lebih penting berbanding keluarga. 

22 ) Anak2 anda menangis untuk menarik perhatian anda , layanlah mereka seadanya , and make sure jgn membiarkan anak anda menangis untuk jangka masa lebih lama, kalau boleh jgn melebihi 5 saat. Sebab semakin lama anda membiarkan anak anda menangis, anda mendidik anak anda untuk menjadi seorang yang suka memberontak. 






All pics, credit to google, tp yang pic last nie si jantung hati saya, Aisyah Safiyya. 


That all, till we meet again. 

LoT Of LoVe, 
Ummi.Safiyya











Sunday, 23 February 2014

BISMILLAH dan Kelebihannya

Salam,



Hye dearies semua,


Jom mulakan arinie, dan hari2 berikut kita dengan ,




Pic : Credit to Google


Kenape? Sebab banyak sgt kelebihan bila sebarang kerja atau urusan kita dimulakan dengan bismillah :

Antaranya :

1) Barang siapa membaca bismillah diikuti dengan lafaz, maka dia akan terhindar daripada 70 musibah, kesusahan , penyakit akal dan bebal. 

2) Sesiapa yang mengamalkan membaca bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian dan maut mengejut serta sebarang bencana. 

3) Apabila dibaca 19kali apabila berhadapan dengan orang yang berpangkat besar dan sombong, in sha Allah hatinya akan menjadi lembut. 

4) Setiap kali masuk ke rumah, dimulakan dengan bismillah , in sha Allah diberkati dan rumahtangga akan mendapat bahagia. 

5) Sesiapa yang membaca bismillah sebanyak 313 kali dan berselawat ke atas nabi sebanyak 100 kali pada hari ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat , in sha Allah akan dikurniakan rezeki yang tidak terduga. 


Sebenarnya banyak lagi, tapi cukupla yang lima nie.. Jom sama2 kita mulakan, mudah2an apa yang kita buat mendapat redha ILAHI....


Lot Of Love, 
Ainie.Humpis

Friday, 21 February 2014

JuMaat Yang InDah.. Jom BanyaKKan SelAwAT

Salam, 

Hye dearies, kita nak curi masa awak2 skit... 

Jom selawat... Semoga Jumaat ini membawa seribu satu berkat..




Salam UkhWah, 
Ummi.Safiyya




Monday, 17 February 2014

My TeAMMate, My SoulMate

Salam,

hye dearies semua...

Ahahah entry menggedik lagi, tp khas tuk mereka yang bujang, yang masih mencari..atau mungkin sudah ade tp tak confident dengan pilihan hati... So i hope ape yang ainie kongsikan di sini dapat membuka fikiran adik2 manis semua..

hurm, lets begin the story....

Alhamdulillah, ainie bersyukur seadanya dengan ape yang Allah "pinjamkan" pada ainie, sorry bukan nak kata diri ini cantik, atau cute ke ape, cuma Alhamdullilah , dengan rupa yang Allah pinjamkan nie, ainie diberi pengalaman dengan kenal ramai lelaki, opss ... ainie masih tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.. masuk form 1, ainie ade abang angkat, tp layan setakat tue jew, i mean kat skolah, after skolah, study...coz study is priority. Ainie orang susah, bukan cakap semua benda bole dapat.  ainie kena usaha sendiri, for duit belanja, ainie jarang mintak, kalau diberi ainie terima..

Then, ainie kenal tentang "couple" masa umur 15 tahun, masa tue kan budak2 lagi..ahahah so means nie cinta monyet..ainie couple ngan die coz tak nak hampakan die, sebab dh selalu sgt die bg macam2 and ainie try to terima die n bukak hati nie tuk die.. ceh ayat.. tp , ainie tak boleh, end up kite orang break, after a year couple. Fuh, ainie tak rasa sedey sgt, coz ainie tak boleh sayang die cam mana die sayang ainie.. puuiiii sayang konon, ohoi..belajar la... ahahahha awak kan student.. tet......

Then, masuk tingkatan 4, ainie ditemukan dengan en asben, tet...ahahahha masa tue please...die sgt cikeding, huhuhu serasa ditiup angin pun mampu terbang, like skeleton berjalan..ainie memang tak minat sgt.. please, TAK MINAT SGT...sampai terdetik dalam hati "Ya Allah, ak tak nak bersuamikan orang yang kurus seperti ni"...lepas tue terus darah nie berdesup laju masuk ke dalam jantung, dan menyebabkan jantung di pam laju..ahahahahha yes, it is "sumthing"... Allah bg tahu sumthing... but ainie nak sedapkan hati....biarkan je perasaan itu berlalu pergi ditiup angin lalu....

Focus on study..... study and study... then bawakla diri , sampai ke universiti....


Then, after masuk u, middle of JUn 2009, waktu cuti semester, ainie keje as cikgu sandaran, then masa tue la jumpa balik en asben nie.. waktu tue lunch, mula2 tukar nombor phone... pastu mesej2.. then baru la kuar , pui..konon2 nak kenal dengan lebih mendalam la.. ahahhaha tp tue la namanya JODOH... Rupanya inilah JODOH ainie. Sebelum ainie ditemukan dengan die, ainie dipertemukan dengan beberapa kawan lelaki...huhu tp sorang pun tak SEBERANI en asben ..yang sanggup direject, then try lagi sekali.. yea, tuk pengetahuan kawan2 seperempuan , lelaki paling takut DIREJECT oleh perempuan yang dia suka..


But, en asben bersungguh ...ye, kesungguhan itu yang menawan hati ini... huhuhu prinsip ainie, orang yang bersungguh itu patut dihargai, sebab kalau die tak bersungguh sayangkan kita, manakan die sanggup buat ape2 tuk kita. and most important thing, die sanggup tuk bersama tika susah dan senang.. dan sanggup berada bersama2 waktu ainie buat lump operation dekat breast..huhuhu ainie rasa down sgt masa nie, coz rasa diri nie dh tak sempurna, tp yet, die still datang melawat , n sanggup ambik cuti tuk bring back my semangat yang hilang...fuhhh, sedey plak..tapi tue la.. ainie pilih en asben, sebab banyak sebab, and i believe kawan2 pun sama jugak.. bukan senang untuk kita memilih seorang LELAKI untuk menjadi IMAM kita..

ainie tulis begini, bukan nak mintak kawan2 jadi sgt memilih , tp pandai MENILAI dengan siapa kita berhak mengecap bahagia dan mengejar redha ALLAH bersama2... ape misi kita dalam hidup? bagaimana kita nak mencorakkan hidup kita? Allah memberi kita banyak pilihan, supaya kita menilai mana yang terbaik dalam hidup kita, dan menerima dia seadanya dalam hidup kita, dan itulah JODOH kita...

Dan jodoh ainie,




Alhamdulillah, 
Terima kasih atas "pinjaman" yang tak perlu dibayar ini, 
Seorang lelaki bernama Suami, 
Menghiasi diri dan melengkap diri, 
Menerima setiap kekurangan diri, 
Tempat bermanja dan mengecap bahagia hakiki, 
Mengejar syurga yang kekal abadi.

Terima kasih Ya Allah, 
Jodoh ditemukan sesuai dan tepat pada masanya.




*LoVE Till JannAh, 
Your Other Half - AInie Humpis


Tuesday, 11 February 2014

WakTu SeSuai UnTUK menGandung Kali Ke 2

Salam,

Hye dearies semua,


hurm, ainie dalam dilema, coz rasa excited plak for having a second baby. But eventually, bile terbaca artikel di surat khabar and dari blog Dr Zubaidi, Blog dr Zubaidi, sila klik link itu, untuk bacaan anda. heheh ayat skema plak terkeluar , harap maklum medula oblongata terputus urat. ahahahha TERASA kena TAHAN plak niat tue.. huhuuhu

Menurut dr Zubaidi, jangka masa yang paling minimum adalah 18 bulan, huhuhuhu alahai lamanya kena tunggu... rindu sgt masa perut tgh muncit chomel dulu..ahahhaha and the excited when the baby keluar.. huahuahua.....



18 bulan .....huhuhuhuhuhu


Now aisyah baru 7months plus, 16 nie masuk 8 bulan.. huhuhuhu tp ainie plan hujung tahun nie. Mudah2an Allah perkenankan doa ainie, huhuhuu 

Ya Allah, 
Ak merancang bukan suka2, 
Ak memohon yang terbaik, 
Andai ada rezeki, 
Ak terima seikhlas hati...



Aisyah di hari ke 17. 


RindU..nak cium bau syurga yang Allah titipkan pada baby yang baru lahir.. huhuhu
Semoga ade kesempatan itu.. amin....


Jom sehatkan diri.. yeye


SaLam Kasih, 
Ummi.Safiyya

Monday, 10 February 2014

BiLa HatI BerBiCara

Salam,

Hye dearies semua,


Title post ko tak nak menggedik plak kan..ahahhahaha saje jew.. padahal nak kongsi share skit pasal ape yang kita rasa.. hurm, lately  nie banyak sgt Allah bg kelapangan masa untuk berfikir, dan tup2 terada idea plak timbul kata2 nie.


"Bila kita diberi masa untuk berfikir, maknanya Allah sedang berbicara pada kamu", 
"Bila kita diberi ujian , maknanya Allah rindu dengan rintihan dan doamu".
"Bila hidup kita mula terasa serba tak kena, periksa hubungan Kita dengan Allah."


Terasa sgt kerdil... Waaaaa...

Allahurabbi, 
Aku hanya manusia biasa, 
Seringkali melakukan dosa, 
Seringkali dihimpit noda, 
Seringkali lalai melayan dunia....

Aku terlupa , 
mengejar dunia, hingga akhirat terluka, 
Aku terlupa, 
dunia sementara, akhirat kekal jua, 
Aku terlupa, 
Destinasi akhirku bukan dunia, 
tp Akhirat berdepan dengan Allah yang Maha Esa. 




Aku insan lemah... apa bekal ak nak bawak menghadapNya nanti...
Allhurabbi, Jom sama2 audit diri...


Insan KerdIl Penuh DoSa, 
Ainie.Humpis

Wednesday, 5 February 2014

BiLiaRy AtreSia : BabY AdRA AfieYa

Salam, 

Hye Dearies semua, 


Sebelum nie ainie ade share pasal Baby Adra yang perlukan donation kan.. actually she is suffer penyakit nie.. 
jom kita baca and ambik tahu ape itu penyakit Biliary Atresia. 

Semoga bermanfaat...



Sistem hati kita


Nie hati yang rosak sebab penyakit nie


 Jom, lets us Check it out...



S1 : Apakah penyakit Biliary Atresia ?

Biliary Atresia adalah sejenis penyakit di mana terdapat ketidak wujudnya sistem hempedu luar, menyebabkan penyakit kuning jaundis yang berpanjangan.



S2 : Apakah puncanya penyakit Biliary Atresia? 

Puncanya tidaklah diketahui. Bagaimanapun penyakit ini wujud sejak kelahiran lagi. Banyak teori-teori telah dikemukakan. Besar kemungkinan sistem hempedu luar diserang oleh antibodi badan sendiri (“auto-antibodies”).

S3 : Bilakah penyakit ini selalu dikesan? 
Pada kebiasannya, penyakit ini dapat dikesan di antara umur 2 hingga 4 minggu.



S4 : Apakah gejala dan tanda-tanda penyakit Biliary Atresia? 

Gejala penyakit ini termasuklah kekuningan yang berpanjangan dan najis yang pucat. Air kencing juga berwarna kuning pekat. Tanda-tandanya adalah seperti kuning jaundis mendalam, najis yang pucat, pembesaran hati dan limpa.

S5 : Bagaimanakah penyakit ini dapat dipastikan? 

Penyakit ini cuma dapat dipastikan melalui pembedahan sahaja. X-ray sistem hempedu luar semasa pembedahan (“operative cholangiogram”) akan dapat menunjukkan samada ianya normal ataupun tidak. Kadangkala biopsi hati dan penyiasatan darah juga dilakukan sebelum pembedahan.

S6 : Apakah rawatan bagi penyakit ini? 

Rawatannya ialah melalui pembedahan sahaja. Tiada ubat yang dapat merawat penyakit ini. Pembedahan ini dipanggil pembedahan Kasai, sempena nama Pakar Bedah yang mereka kaedah ini. Di dalam pembedahan ini, sistem hempedu luar akan dibuang dan usus kecil akan disambungkan ke porta hepatis. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik jika pembedahan ini dapat dilakukan sebelum berumur 60 hari. Diperingkat terjadinya kerosakan hati, pemindahan hati sahaja yang dapat merawatinya. Bagaimanapun kaedah ini tidak didapati di negara ini pada masa ini.

S7 : Apakah masalah dengan penyakit Biliary Atresia? 

Pesakit-pesakit boleh mendapat “cholangitis” di mana terdapat radang pada sistem hempedu di dalam hati. Ini boleh menyebabkan demam yang tinggi, jaundis yang mendalam dan najis yang lebih pucat. Dalam jangka masa yang panjang ,kerosakan hati (“liver cirrhosis”) akan timbul. Ini boleh menyebabkan muntah darah dan asites (Ascites).

S8 : Apakah prognosis selepas pembedahan Kasai ini? 

Satu pertiga daripada pesakit tidak dapat apa-apa menafaat, satu pertiga akan bebas dari jaundis dan hidup sebagai bayi normal dan satu pertiga lagi akan memerlukan rawatan yang berpanjangan di hospital untuk komplikasi-komplikasi yang timbul.

S9 : Apakah nasihat yang patut diberi oleh jururawat kepada pesakit Biliary Atresia? 

Jururawat boleh menasihati ibubapa pesakit tentang pentingnya membawa anak-anak yang ada kuning yang berpanjangan ke hospital secepat mungkin untuk penyiasatan yang dilakukan sebelum umur anak meningkat lebih daripada dua bulan.

Dr. Zakaria Zahari



Credit this to Donation for Adra Afieya FB .

Gambar2 latest baby adra, get well soon dear.... 








Lots Of LoVe , 
Ummi.Safiyya


FaMilY GatEwAy : Its CameRon Weehuuuuu

Salam,


Hye dearies semua,


Sehat ? Alhamdulillah ..ainie sehat , aisyah pun sehat... heheh mummy2 cuti CNY uoollss g mana? heheh kami ke  cameron. Aah, kat Pahang tue.. hehehhe Kami bertolak ari ahad, stay only one nite je.. Kami stay di butik Hotel called Bird Nest Hotel. Hotel nie best dan untuk harga RM180, its worth.. :D Malam tue kami sampai , terus carik hotel yang disebut di atas, then carik makan.. heheh then topi pink tuk aisyah.. since waktu malam cameron its so cold.. ahahaha sebelum nie pergi siang, so tak terasa sgt sejuknya.. Sorry ye aisyah.. Then pagi esoknya kami semua bgn awal, coz nak jalan2.. hehehhe


Pagi di cameron ,

Serasa cam 17 degree, so boleh bayangkan tak? sejuknya..menggigil uools..ahahahah then after siap2, snap gambar.. before kuar g sarapan kat Bharat Tea, Cameron Valley.




See how excited si kecik nie nak berjalan..ahahhaha aisyah2.... 

nie dalam kete, 


hai la anak, die bantai tido ... heheheh saba je la.. ade anak kecik memang cam nie.. heheheh redha je la.. 

After ke ladang teh, we oollss semua ke .....




ha..tahu tak kat mana nie? hehehe kat Big Red, Taman Agro Tourism.. heheh sorry tak dpt nak snap gambo signage die.

tempat nie best..heheh macam2 ade.. menu semua ade strawberry... Strawberry ice cream, strawberry jem, strawberry accecories.. dan macam2 lagi la, harap maaf, nak tulis kat sinie, sampai esok tak abis.. :D

Jom enjoy gambo2 heheh alhamdulillah, dh sampai kat situ si aisyah terjaga..so ....siapla... ahahahha








yang best lagi kat tempat nie, ade tempat mainan kanak2.. so kalau ade anak kecik2 okay la..ade jugak tempat diorang leka.. tp mak ayah kena PEKA ye....


tgk si aisyah pun suke... Aisyah ngan papa, ummi snap gambo. 






Then, kitaorang g .......



.
.
.
.
.
.
.
.
.


yup..brinchang market... :D tempat wajib pergi ..pleaaase.... kat sini ade macam2... antaranya sayur yang segar bugar, aksesori yang penting bentuk strawberry, baju baby, baju mak budak and baju ayah budak pun adoo..cuma sediakan duit jew.. pastu ade gak jual Teh Cameron Valley, murah skit la.. if kat Bharat tue jual RM 9.80, kat sini leh dapat RM 9.00 .. leh jimat RM 0.80. hehehe 

Makan tgh hari kami makan kat Restoran Erra, dekat area brinchang jugak la.. Buffet style satu kepala, RM 10.00..aaah, RM 10.00 jew uoolss, makan sampai muntah..ahahaha sorry sgt, tak sempat snap gambar restoran, n lauk bagai, coz aisyah tido.. lainkali kita ambik ea.. 


Pastu kite orang balik KEy Ell.. heheh sampai umah kul 6.30...alhamdulillah.. 

So..itu je la nak kongsi2 je pun.. hehehhe Promosi Tahun Melawat Malaysia. 


Till now..



Ummi Love TraVel, 
Ainie.Humpis




RAMADHAN DI TAHUN 2020

Assalammualaikum semua....  after a long paused, hey , i'm back. Here is the story for my first post in year 2020.  Ramadhan di tahun 20...